Manusia Gila II

Untuk part I, (https://iiumc.com/manusia-gila/).

Assalamua’laikum… Confession topup ni untuk jelaskan beberapa benda. Pertama sekali, sekarang ni COVID-19 tak habis lagi guys. Tahu tak berapa ramai menganggur dan takde kerja sekarang ni? Ramai sangat. Aku ni tergolong dalam golongan tu.

Jadi yes, aku memang terdesak sampai terpaksa tinggal dekat tempat ni. Kalaupun takde manusia gila dekat tempat ni tapi aku boleh sedia tempat lain walaupun kecik, mesti aku dah cari tempat lain untuk tinggal.

Kami golongan bawahan yang susah walaupun ada segulung ijazah. Walaupun pernah apply macam-macam jenis kerja. Aku tak pilih kerja.

Ada yang komen suruh tinggal anak bini kat kampung? Kampung ada manusia gila jenis lain pulak. Yang ni pun aku dah bagitahu isteri aku dari awal kahwin lagi, supaya jangan berharap sangat orang tu baik dekat kita, walaupun kita buat baik kat dia.

Tapi dia tak percaya sebab tu family dia. Aku tak direct kata la orang tu jahat. Nanti dia lagi tak boleh terima. Aku cakap jangan berharap sangat je.

Lepas beberapa tahun, terbongkar perangai sebenar orang tu, isteri aku pun nampak dan kena hadap sendiri perangai orang tu, baru la nak percaya.

Walaupun aku boleh rasa, tapi aku tak bulat-bulat percaya apa aku rasa. Tapi aku jadikan rasa tu sebagai asbab untuk aku berjaga-jaga sahaja. Aku pun tak berani kata semua aku rasa tu betul sebab kita ni lemah. Mungkin saja tu mainan perasaan kita.

Allah je yang Maha Mengetahui dan tahu sebenar benarnya hati budi hamba-hambanya. Sebelum aku labelkan orang tu sebagai sekian-sekian dalam kepala aku, biasanya dah banyak benda-benda yang dia buat yang meyakinkan apa yang aku rasa.

Aku bukannya sekali pandang orang, terus tahu perangai dia ek. Tapi, kadang-kadang, orang yang jenis psycho ni, cara pandangan mata dia lain. Jenis ni kalau aku perasan, aku memang alert terus la untuk jaga diri.

Psycho ni maksud aku jenis jahat yang memang jahat. Bukan kemurungan ke apa.

Orang yang kemurungan, nak bunuh diri apa semua tu diorang tak jahat cuma diaorang kadang-kadang ada segelintir yang hilang kewarasan dan buat benda luar jangka macam contohnya bunuh bayi sendiri.

Ada satu komen yang unik, lain dari lain. Orang tu kata ‘semoga confessor dilindungi dari kejahatan jin dan manusia’. Sangat tepat untuk kami. Macam tahu-tahu je. Haha.

Kami memang ada masalah dua-dua ni. Tapi aku sebagai ketua keluarga, aku la yang baca ruqyah dekat anak isteri aku kalau diorang tak ok atau tak sedar diri.

Masa aku dengar si A pasang video lucah tu kan aku dalam tandas. Sebenarnya aku pun ragu betul ke tak aku dengar ni. Ke benda lain ke ape.

Tapi tak, lepas habis kejadian 18SX tu, si A keluar dan mandi dalam bilik air besar satu lagi. Jadi aku pasti benda yang aku dengar tu memang betul-betul jadi.

Bukan mainan perasaan atau benda-benda lain. Lepas si A tu siap mandi apa semua, aku tetap dalam tandas tengah memerut. Walaupun aku pun rasa dia ni gila boleh pasang video lucah kuat-kuat dan buat suara yang aku geli nak dengar tu, tapi aku yakin benda tu betul-betul jadi.

Ada satu komen kata, si A dah bagi hint tu. Betul! Bila dia dah buat kejadian 18SX yang aku kata dekat perenggan atas tu, si A ni dah tergolong dalam golongan psycho yang kita tak boleh nak jangka dah apa yang dia berani buat.

Dan tambah psycho lagi bila si A ni boleh berlagak macam takde apa-apa jadi dan tegur aku, isteri dan anak macam biasa, boleh bagi makanan macam biasa.

Tapi sekarang ni, ada-ada masa, bila hanya ada aku dengan dia, dia akan bagi satu pandangan psycho dia dan buat diam je walaupun aku tegur dia bila terserempak dengan dia.

Aku buat macam takde pape jadi bila terserempak dengan dia sebab taknak burukkan keadaan atau provoke dia untuk buat apa-apa yang lebih gila. Sebab aku tak tahu bila aku dapat blah dari sini.

Golongan psycho ni memang akan test atau perhati tingkahlaku kita atau reaksi kita. Diaorang biasanya takkan tiba-tiba buat gila. Sama ada kita perasan atau tak jela. Kadang benda yang dia buat sangat halus tapi berkali kali.

Sebab tu lelaki yang psycho yang nak pekena orang pompuan, dia akan perhati atau test dulu sebelum dia decide nak buat lagi gila. Tapi kalau yang jenis pakai minyak dagu tu, tak yah kata la. Diorang calit je terus. Tak pikir ape dah.

Sekarang ni aku tak kerja. Jadi aku memang ada dekat bilik ni je dengan anak bini. Cuma bila dah jadi macam ni, aku nak keluar beli barang keperluan pun sangat risau.

Nasib la ada lagi balance duit kwsp, boleh bawak keluar guna skim i-lestari. Ada lagi la sebulan dua lagi duit i-lestari ni sebelum licin akaun 2 kwsp aku tu.

Sehari dua ni duk order guna foodpanda je. Nak bawak anak bini keluar sekali, payah. Sebab bini aku kesihatan tak menentu sangat. Keanapa tak order beli groceries je, masak sendiri? Satu, aku duduk dapur pun aku risau anak bini dalam bilik. Bilik aku bukan sebelah dapur.

Dua, aku memang dah malas sangat nak keluar bilik supaya aku tak terserempak dengan dia.

Walaupun aku boleh buat bodoh je tapi agak-agak kau berapa kali lagi aku boleh hadap kalau dia buat adegan macam melancap kat ruang tamu dalam gelap tu atau adegan tak pakai baju usap-usap dada dan bulu dada tu?

By the way, yang adegan kat ruang tamu tu, yang video arab tu, video style macam ceramah. Penceramah lelaki ok. Bengong tak? Boleh terima akal tak, melancap tengok video style macam ceramah.

Orang dalam video lelaki, dia pun lelaki. Video plak style macam ceramah. Sorry ok. Aku sendiri pun terkejut sikit masa kejadian tu. Tapi aku buat bodoh macam tak tahu.

Sekarang ni pun aku duk cari rumah sewa murah-murah yang takde deposit. Mana tahu ada yang dalam kemampuan dan boleh survive dalam sebulan dua, mungkin boleh usahakan something bila dah pindah nanti. Aku pikir positif macam tu la.

Jangan kata aku tak risau weh. Aku risau gila sebab tu aku takut nak keluar tinggal anak bini walaupun keluar kejap je untuk pergi kedai pun aku tak berani. Sebab hint yang si A bagi tu dah cukup untuk aku label dia sebagai psycho yang aku tak boleh jangka apa yang dia berani buat.

Sampai aku kadang tu ikut sekali anak bini aku pergi tandas. Duduk tunggu depan tandas. Anak aku memang kalau pergi tandas, sekali dengan bini aku. Anak bini aku kalau nak pergi tandas masa aku tengah tidur pun aku suruh kejut aku dulu.

Terima kasih kepada semua yang doakan kami. Terima kasih doakan kami. Teruskan doakan kami supaya dapat pindah secepat mungkin yer. Terima kasih semua. Yang tak tahu aku membebel apa kat atas ni, boleh cari artikel pertama aku tajuk “Manusia Gila”.

P/s: Kalau artikel kedua ni publish, sepanjang masa dari artikel satu keluar sampai artikel kedua ni keluar, aku tak pernah kontek sape-sape yang komen dekat artikel pertama. Jadi hati-hati takut ada yang menyamar sebagai aku.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *