Maruah Perempuan Islam Akhir Zaman

Assalamualaikum.. Semoga Allah sentiasa merahmati admin dan buat seluruh pembaca yg mulia hati.Terima kasih kerana sudi membaca, bacalah smpai habis muhasabah diri sendiri.

Aku nk cerita tentang betapa sedihnya aku sebagai seorang perempuan Islam melihat saudari-saudari seislamku kini.. wanita-wanita Islam khususnya dkt Malaysia skrng sntiasa mempertahankan maruah drng. Bila keluar isu perempuan dirogol,diperkosa, disisih dan sebagainya maka keluarlah semua perempuan-perempuan yang “melabel” diri mereka wanita islam konon rasa takut,tak selamat, lelaki gatal, semua pihak nak disalahkan. Tapi pernah tak kita sebagai seorang wanita Islam cuba berdiri depan cermin tengok diri masing2 cuba muhasabah diri masing-masing?

First, about aurat. Aurat perempuan kepada yang bukan muhrim adalah SELURUH ANGGOTA BADAN kecuali MUKA & TAPAK TANGAN SAHAJA. “SAHAJA”. Kiranya, KAKI,TANGAN,LEHER dan lain2 selain muka dan tapak tangan adalah aurat. Aurat ni maksudnya kena tutup la kan? Tapi cuba kita tengok skrng perempuan2 sng je keluar rmh pakai blouse angkat tangan tuhhh dia smpai ke siku nampak tau la putih melepak tapi itu AURAT bukan? Pakai kasut mahal2 tapi nampak kaki yang putih tu smpai ke buku lali nampaknya huhh bukankah itu juga AURAT? dengan begitu mudah dan tidak bersalah kita mendedahkan aurat pada yang bukan mahram kita.. MUHASABAH LAH SAUDARI. Kalian pakai tudung diatas tapi lengan pendek, seluar ketat nampak bentuk kaki, blouse pendek nampak terserlah dua ketui kat belakang jalan lelaki perhati free show dari belakang…lepastu kata lelaki tu miang sedangkan hampa sendiri yang tak geti nak tutup bahagian2 aurat tu.. tutup bukan BALUT. TUTUP AURAT means PAKAI PAKAIAN YANG LONGGAR, LABUH & TAK NAMPAK BENTUK BADAN. Pakai lah inner atau handsock tutuplah lengan korng tu.. stoking jgn tinggal walau sekali walau keluar nk gi kedai pun sebab kaki dan tangan itu aurat.

Second, about tudung. ALLAHUAKBAR, inilah yang paling aku sedih sekali melihat wanita2 ISLAM berjalan dengan penuh bangga mendadakan dua ketui dkt dpn tu.. ALLAH..ALLAH..ALLAH.. wahai saudari-saudari seislamku, ingatlah SURAH AN-Nur ayat 31 ada menyatakan “hendaklah mereka menutup kain tudung ke bawah dadanya” aku pelik kenapa susah sangat korng nak tutup sampai bawah dada tak labuh sangat pun bukan kena pakai bidang 60 pun.. kain sepanjang 1.8 meter dan 0.8 lebar pun sudah dapat menutupi dengan sempurna dada kalian.. GADIS2 SEKARANG SUKA BELI TUDUNG MAHAL2 YANG DILANCARKAN DI TEMPAT2 YANG POPULAR,GRAND tapi bila disarung habis hilang 1,8 meter tu dibalut keliling leher masuk baju?? ALLAH.. lelaki memang suka tengok bahagian tu dan korng pun persembahkan DIMANAKAH MARUAH KALIAN? Dah lah tuudng singkat lepas tu nipis pulak.. dah nipis now duk pakai turban tu pulak ALLAH leher itu aurat sayang2ku sekalian.. jangan duk ikut nk jdi moden nk ikut artis2 pujaan korng tu nnti dkt akhirat drng tk dpt selamat kan korng..korng sndiri selamatkan diri korong. ingatlah wahai sahabat2ku…

Third,about pergaulan. Aku tak ckp kita kena jaga ikthilat sampai tkleh bergaul dengan lelaki boleh tiada masalah selagi mampu menjaga batas kita.. tapi aku tngok dkt media social skrng, menari sana sini, pose gambar sana sini dengan keadaan tidak menutup aurat. memang banyak like korng dpt tapi tu hanya untuk tatapan lelaki. Korang rasa seronok tapi agak2 dekat akhirat nnti korng blh seronok mcm skrng tak? muhasabah diri dan fikir2kan… ubah pelan2 praktis pelan2 insya ALLAH lama2 mesti blh.. Cuba korng baca kata2 kat bwhni n hadam dalam2 ;

1) JIKA WANITA MENANYANGKAN AURATNYA, MAKA LELAKI MENCINTAIMU DENGAN NAFSU.
NAMUN, JIKA WANITA MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, MAKA LELAKI MENCINTAIMU
DENGAN IMAN.
2)TAK PERLU JADI PEREMPUAN CANTIK KERANA PEREMPUAN CANTIK DAH TERLALU RAMAI.
JADILAH PEREMPUAN CERDIK YANG MENJAGA MARUAH DAN ADA SIFAT MALU KERNA DUNIA
SEMAKIN HILANG GOLONGAN INI.
3) SETINGGI MANA MARUAH KORONG PAMERKAN? MACAM MANA NK WANG HANTARAN
MAHAL KALAU YANG KITA PAMERKAN TERLALU MURAH?

SETIAP WANITA MENGIMPIKAN UNTUK MENDAPAT SUAMI BERIMAN,BIMBING SOLAT DAN PENYAYANG KAN? SEMUA BOLEH DAPAT DENGAN CARA? KITA UBAH DIRI KITA DULU INSYA ALLAH. PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK BEGITU JUGA SEBALIKNYA.

Aku hanya hamba biasa yang tak lari dari mmbuat silap tapi kita boleh muhasabah dari hari ke hari jangan tunggu tua amalkan dari sekarang. Dekat akhirat nanti andai korng dpt lepas ke syurga jangan lupa tariklah aku ni hamba yang lemah ini aku sahabat kalian..

SEKIAN DARI AKU KALINI, MAAF ANDAI TERKASAR HANYA MAHU MENGINGATKAN SESAMA ISLAM. YANG BAIK DATANG DARI ALLAH YANG BURUK DTG DARI AKU SNDIRI.

-HAMBA ALLAH

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *