Masalah Kulit Muka

ku Ania, 22 tahun. Dulu orang suka panggil bepop sebab muka berjerawat. Yes, aku ada masalah muka dan aku tak pernah mintak semua ni. Aku taip ni sebab aku sakit hati, orang perlekehkan muka kita macam kita ni takde effort langsung nak bersihkan muka.

Aku ada masalah kulit dari zaman sekolah lagi, jerawat pasir, jerawat batu, berdarah, bernasi semua aku pernah alami. Sekarang kulit aku dah improve sikit. Dulu aku pernah pakai local skincare ni memang sumpah aku cakap masatu aku dah rasa paling lawa. Kulit licin, putih, glowing kau. Tapi bila stop hah ambeeek kau makan dia. Aku sarankan janganlah pakai local product kalau boleh yang ada krim siang/malam tu, sabun buku sebab aku perhati je texture dia sama je, packaging je lain. So tolonglah jangan tertipu. Tak cakap semua local products tau, tapi kebanyakan. Tolonglah sebelum beli tu buat research, check perkilangan dia kat mana wujud ke tak, tengok feedback dia jangan setakat baca testimoni screenshot conversations customer dalam instagram je, eh taktau ke sekarang zaman IT boleh edit, boleh reka sendiri benda tu even fake whatsapp pun wujud tau. Kalau tak percaya check dekat apps/play store korang.

Actually bukan tu yang aku nak highlight aku nk cakap tolonglah jaga hati dan perasaan kami yang mempunyai masalah kulit muka ni. Jangan suka duk pandang muka kita lepastu buat muka jijik. Eh makan penampaq satgi kang. Ada jugak yang terus direct “teruknya muka kau ni, kau tak cuci muka ke”. Ni kalau aku takdak iman memang aku duk toreh mulut dia sampai koyak. Mulut takdak insurans hah. Baik sikit, aku punya products kemain banyak, cuci muka, jaga muka aku lah paling teliti tau berbanding orang muka flawless ni. Bukannya kami yang jenis bermasalah ni tak reti nak jaga muka, cuma kami belum jumpa products yang sesuai tau dan belum tiba masanya untuk Allah bagi aku kulit yang sempurna gebu gebuk macam korang tu. Bukan je member yang cakap pakai lepas, mak aku sendiri pun suka tegur muka aku. Kata aku perabih duit aku dekat drugstore tu tapi tak jugak bersih muka. Kecik hati aku. Pernah aku make up lepastu makcik aku tegur cantik muka, tapi mak aku pi habaq “mananya cantik, kalau tengok dekat-dekat muka dia bukan bersih. Jerawat kecik2 banyak. Takut tengok”. Kecik hati kita lagi. Nak dimarah, mak sendiri. Malas nak jadi durhaka, tapi mereka-mereka ni tak faham :(

Aku pernah rasa tertekan gila sebab orang-orang yang dekat dengan kita asyik perlekehkan muka kita. Macamlah kita ni tak ada hati, tapi nak buat camana kan. Pernah aku stress sampai aku gosok-gosok muka aku, tampar muka sendiri dengan harapan jerawat semua hilang. Pernah rasa nak je beli product yang boleh flawless dalam masa 3 hari tu sebab penat dengar orang kutuk kita tapi aku fikir untuk jangka masa panjang kesan dia urmm terus aku cancel. Memang aku selalu perhabis duit beli macam-macam sebab aku kena experiment muka aku apa yang boleh, apa yang tak boleh. So, tolonglah jangan kata kami ni tak reti jaga mukalah, tak cuci mukalah memang aku maki dalam hati jela. Aku insecure kalau nampak orang kulit bersih mulus duduk sebelah aku. Aku nak jugak kulit macam dia. Asal nampak perubahan muka pada member aku jadi makin cantik, mesti aku akan tanya apa tips. Pakai product apa sebab aku nak jugak dapat perubahan yang macamtu. Kenapa tak jumpa doktor? Dah. Aku dah jumpa berabis beribu tapi hasilnya tak memberangsangkan. Takpe ni aku tengah kumpul duit untuk pergi jumpa pakar kulit swasta dekat area selangor tu, tak ingat pulak nama klinik dia. Ada jugak yang suggest pergi Dr. Ko tapi tak jumpa lagi dekat area aku. Mahal ok khidmat dia, jadi doakan aku ye.

Aku tak mintak banyak, kalau orang macam kami ni bagi honest review atau bagi tips pasal sesuatu product please jangan cakap “mana kau tahu? Muka kau pun tak bersih”. Kami pun ada hati. Bukan kami mintak sebegini. Doakan muka aku bersih, flawless sebab sekarang kulit aku dah nampak perubahan dia. Alhamdullilah berkat kesabaran aku selama beberapa tahun, akhirnya nampak hasil yang positif. Kebanyakan aku beli dekat drugstore je, aku dah tak berani nak beli dekat instagram/facebook. Tolonglah cari yang trusted products, better beli yang dermatologist recommended. Lagi selamat. Tak cakap semua drugstore products ni bagus, tapi at least kita tahu source dia, mana dia dihasilkan, ingredients pun dipercayai.

Buat yang tengah struggle dengan masalah kulit muka, stay strong! Aku faham perasaan korang, tolonglah bersabar dan jangan berhenti mencuba dan berdoa. InsyaAllah masanya akan tiba. All the best!

– Ania

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit