Masalah Pembelajaran di Malaysia

Assalamualaikum semua , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Since kerajaan Malaysia telahpun bertukar ,, i think that cara pembelajaran di malaysia also need to ditukarkan kepada yang lebih baik.

To admin,, please post my artikel. Im begging. Saya dah terdesak

Siapa aku? Kenapa aku cakap benda ni? Aku terkesan dengan pru14 baru2 ni. Yang mengatakan suara rakyat harus didengari. Jadi sekarang aku nak menyuarakan suara/pendapat aku tentang cara treatment sekolah dalam malaysia ni yang bagi aku ,, tidak adil.

Kenapa aku anggap tak adil? Sekarang aku akan bercakap tentang institusi rendah iaitu sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas. Kalau kita lihat,,, dalam malaysia, jenis sekolah ada banyak. Sbps , mrsm , smk , smkjc , sekolah kluster, kecermelangan , swasta , perdalaman dan lain2.

Bagi aku sangat tak adil.

Sekolah seperti sbp dan mrsm ,, mendapat treatment yang special. Mereka disanjung oleh kpm. Mereka dianggap hebat kerana mereka sekolah berasrama penuh, maktab sains mara ,, sekolah yang dianggap murid2 didalamnya boleh mengubah Malaysia satu hari nanti. Tapi betul ke? Confirm ke? Sama jugala dengan sekolah kluster kecermelangan.

Apa yang tak adilnya??

Sekolah yang disanjung tu,, mendapat treatment yang bagus. Education yang bagus. Cikgu2 yang berpengalaman. Banyak yang sponsor. YANG DIBANDINGKAN DENGAN SEKOLAH LAIN,, CARA PEMBELAJARAN AGAK BERBEZA.

Kita lihat , sbp belajar menggunakan peranti, atas tujuan untuk pembelajaran mereka. Which for me sangat bagus la sebab dengan peranti seperti ipad tu,, dapat memudahkan kerja sekolah kita.

Kalau sekolah biasa?? Guna buku teks . Aku tak cakap buku teks tu tak berguna. Cuma sbp juga guna buku teks. Tapi mereka ada bantuan peranti iaitu ipad. Kenapa sekolah biasa tak dapat menggunakan peranti tersebut?? Tambahan,, murid2 sekolah biasa lebih memerlukan bantuan tambahan daripada sekolah2 cemerlang yang dikatakan mempunya murid yang bagus2.

Kpm nak buat yang pandai jadi lebih pandai ,, yang bodoh tetap bodoh?? Macam tu?

Kalau sekolah pedalaman?

Haih.

Jadi jangan tanya la,, kenapa sekolah yang disanjung tu,, dapat result yang baik2, yang cemerlang. Dan yang sekolah biasa, result biasa.
Tepuk dada tanya diri. The treatment of education langsung takde equality

Dan bagi saya, perkara ni perlulah diubah.

KEADILAN KENA ADA

Akhir kata , saya harap saya dapat membuka mata orang diluar sana. Tolong. Saya nak keadilan

Assalamualaikum

– A student who wants justice

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *