Masih Cuba Sesuaikan Diri Dengan Keluarga Baru

Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu aku minta maaf kalau reader anggap confession ni lebih kepada KRT. Aku Aine dibesarkan di bandar kerana mengikut ayahku bekerja. Bukanlah bandar besar seperti KL tapi bukan juga di kampung.

Aku cuma nak minta pandangan yang lain dari sisi pandangan aku sendiri supaya aku lebih faham tentang pergaulan bersama keluarga sebelah suami. Keluarga suami ada 9-10 orang adik beradik. Aku tak pasti sebab ada yang dah meninggal sebelum aku berkahwin.

Aku dah berkahwin lebih dari 5 tahun. Kami berasal dari negeri yang sama cuma aku dibesarkan di banyak tempat. Sekarang aku menetap di KL. Suami isteri bekerja swasta & alhamdulillah kehidupan kami selesa.

Masalah bermula bila aku tahu ipar perempuan macam selalu sebut pasal penampilan aku. In fact tudung aku labuh lagi dari yang menegur tu. Tapi ada je tak kena dimata mereka.

Baju aku macamtu lah baju aku macamni lah yang bagi aku tak ada salah silap pun cumanya aku banyak baju moden yang dibeli siap dari website online berbanding mereka yang akan tempah baju kurung (untuk raya).

Aku lebih senang beli readymade sebab aku takde masalah dengan measurement outfit readymade. Tak payah bayar upah tailor bagai semua dah siap. Harga pon murah kalau beli tengah sale.

Soalan aku, wajib ke aku kena ikut cara berpakaian sama macam mereka walhal penampilan aku cukup semua menutup aurat hanya kerana aku dah berkahwin dengan adik mereka?

Dah tak boleh pakai macam sekarang walhal itulah pakaian aku hari2. liberal kah aku kalau pakai outfit moden. Macam biasa je skirt/palazzo/blouse/tunic & adalah scarves macam2 jenis.

Itu belum masuk bab lifestyle yang bagi aku biasa-biasa je sebab aku dah dibesarkan macamtu. Contohnya jalan2 ke mall, travel, makan2.

Bila balik kampung aku suka beli breakfast kat luar (bukan hari2) sebab nak cari kuih muih & lauk kampung kita. Masa balik kampung ajelah nak jumpa semua tu. Takkan pula aku kena buang semua tu hanya sebab nak sama dengan family mereka?

Kadang2 aku takde mood nak balik sebelah sana sebab apa yang aku buat semuanya macam tak kena dengan adat budaya mereka. Add fb & stalk aku lepas tu buat modal untuk kecaman akan datang.

Fb aku akan update aktiviti macam biasa ajelah. Letak gambar anak main2 di playground mall, bawa anak swimming, gambar travel yang aku rasa normal bagi semua orang (aku tak upload gambar aku sorang tengah posing/make up atau selfie).

Mostly benda happy2 takkan pula nak update anak tengah tantrum? Aku beli apa2 pon tak pernah upload di socmed.

Sorry kalau penulisan serabut sebab aku memang dah lama serabut. Tolonglah terima perbezaan (kalau ada) ahli keluarga baru sebab kita semuanya bukan dibesarkan sama2 & berasal dari family berlainan.

– Aine (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *