Masjid Yang Disalahgunakan

Assalamualaikum semua. Sebelum aku tulis confession aku. Aku nak kasitahu yang penulisan aku ni bukan pukul rata cuma kepada orang yang tertentu.

Kampung aku ni ada satu masjid. Dari dulu kecik sekarang dah upgrade ada air con dan siap tv lagi dan barang-barang lain. Aku lama tak balik, dulu waktu masjid ni dalam proses renovate aku selalu juga datang tolong gotong royong. Lepas aku dah belajar jauh, jadi dah jarang aku kemasjid tu. Tapi setiap kali aku balik. Aku tengok peningkatan yang bagus. Siap ada lampu warna biru lagi dalam masjid.

Jadi aku pun okay kagum. Sekarang dah besar lawan dan selesa. Tandas pun serupa hotel siap ada tempat kering tangan macam dekat mall tu. Serta ada tempat mandi. Aku pun sebab ada hal dekat kampung. Aku tinggal sana 6 bulan. Biasanya maghrib isyak subuh aku memang pergi masjid tu. Yang aku kagum masjid ni ramai budak-budak datang. Lepastu jenis baik je semua. Sekali rupanya diorang ni dari rumah anak yatim dekat kawasan sini.

Aku pun setiap hari datang tengok je gelagat diorang ni. Lagipun dekat sini kalau pagi tu ada kuih muih. Buah-buahan. Dah lah ada water filter yang ada air sejuk dan air panas. Memang seronok lah duduk masjid. Sebulan aku datang dekat masjid ni. Selesa dan tenang. Cuma satu je yang aku agak kesal. Pakcik dan Makcik dekat surau ni. Diorang ni AJK jadi setiap hari memang ada muka mereka kat sini.

Setiap kali budak-budak situ nak makan. Di sergah dia. Ada sekali tu budak tu tengah duduk makan elok je ada pakcik ni marah “tahu makan je kau ni” aku yang duduk dekat kawasan tu pun bila dengar macamtu terasa. Tapi budak tu diam je dia habiskan makanan. Ada sekali ni aku datang maghrib. Bila aku nak langkah masuk dalam masjid ni. Makcik sorang ni membebel. “Asyik muka engkau je yang datang makan”.

Terus-terang aku tak tahu kenapa budak ni kena marah. Budak ni elok weyh. Tak lari-lari dalam masjid waktu ada ceramah diorang kalau gurau dengan kawan-kawan tu biasa je. Tak ada buat bising. Tapi setiap kali aku datang pakcik makcik ajk masjid ni mesti cuba nak cari salah. Ada sekali tu, satu keluarga ni bagi makanan. Nasi ayam dekat masjid. Banyak, kalau tak silap aku dalam 100-200.

Masjid ni walaupun besar dan selesa siap ada tv. Orang tak ramai, yang ramai hari jumaat. Yang buat masjid ni nampak meriah dan ramai sebab budak-budak dari rumah anak yatim. Jadi bila dapat nasi ayam tu, lepas solat ajk-ajk dekat sini pun bagi lah sorang satu. Aku pun tumpang lah sekali. Orang setakat 20-30 orang je.

Jadi geng pakcik-makcik ni dapat 2 weyh. Siap dia kasi lebih untuk bawa balik rumah. Tapi bila sampai dekat budak-budak ni. Dia suruh kongsi 2 orang 1 bungkus. Makcik tu cakap “ha kongsi-kongsi nanti tak habis. Jangan sepah” nada makcik tu cakap pula bagi aku memang agak kasar.

Jadi budak-budak ni dengan muka excited dan innocent dia cakap jom kongsi-kongsi. Punya lah seronok diorang makan. Tapi aku tengok tak cukup, siap tulang ayam yang dah habis tu diorang gigit. Maklumlah nasi ayam dia sedap. Jadi aku tengok setiap kali orang lalu nak balik ada yang ambik nasi ayam tu. Pakcik makcik dekat situ jangan cakaplah ambik sampai 3-4 bungkus. Jadi aku pun bangun. Aku tengok dalam plastik tu ada cukup-cukup untuk budak tu. Aku pun bangun buat bodoh, ambik dan suruh budak tu makan. Benda banyak, kan membazir tak habis. Budak ni makan licin je. Orang lain makan tak habis.

Selang beberapa bulan tu, aku datang solat isyak. Aku nampak budak-budak ni kena marah dengan makcik-pakcik dekat situ. Aku pergi tanya kenapa. Sekali rupanya diorang ni terhabiskan makanan dekat masjid tu. Aku cakap lah dengan makcik pakcik tu, tak apa lah tu. Yang kasi pun orang kampung sini untuk orang yang datang masjid. Aku pun cakap sudahlah. Rumah Allah ni tak elok. Jadi lepas kejadian tu. Budak-budak tu aku dah tak nampak terus datang masjid. Aku kalau datang tercari-cari juga. Tak ada, dari subuh sampai isyak. Tak ada lagi kelibat budak-budak ni. Aku memang dah fikir yang diorang ni mesti merajuk..

Siapa yang tak merajuk kalau kena marah macamtu. Aku yang besar ni pun kalau kena macamtu memang tak datang lagi lah dekat masjid ni. Budak-budak tu datang minum makan solat dan duduk diam. Apa salahnya, lebih kurang dengan ajk masjid sini je. Ada sekali tu aku join diorang punya meeting. Bincang pasal duit derma semua. Duit derma banyak, setiap bulan beribu-beribu. Tapi tahu ke mana duit tu?

Gaji untuk ajk-ajk diorang. Aku sebenarnya agak terkejut juga. Aku tak tahu yang ajak ke setiausaha masjid rupanya dapat gaji. Kalau gaji sedikit tak apa. Ini gaji kalah orang yang kerja ada degree. Aku sempat tanya jugalah. Ada sorang pakcik ni. Gaji dia 3000-4000 sebulan. Peh terkejut aku. Aku kerja sebagai akauntan pun gaji baru 2 ribu lebih. Aku ada juga check masjid tu punya duit derma dan macam mana dia guna.

Charity setakat 10-20% lain-lain tu benda yang agak tak masuk akal. Aku ada cadangkan guna duit ni kita fokus untuk tolong orang susah dekat kampung. Katanya dah bantu. Sekali bila aku tengok berapa percent je. Sebelum ni cadangan ajk ajk ni nak buat macam pagar untuk kawasan wanita jadi lebih selamat. Bila tengok kos beribu-beribu. Aku cakap tak payah. Makan kos . Sekali tengok ada orang datang tengok renovate kawasan tempat solat perempuan. Aku tanya pakcik makcik sini diorang taknak jawab. Bila aku tanya orang yang buat tu. Peh mahal rupanya beribu-ribu juga.

Jadi aku pergi rumah anak – anak yatim ni. Rupanya pasangan suami isteri ni dia secara sukarela nak jaga anak-anak yatim ni. Tengok rumah dan makan cukup-cukup je. Aku siap cadang dekat masjid ni kita bantu rumah anak yatim tu. Tapi dia cakap rumah tak berdaftar dan siap cakap yang suami isteri tu sukarela jadi mampu. Memang la pasangan suami tu sukarela. Tapi kita bantu anak-anak yang dekat situ.

Jadi bila aku makin cari tahu hal masjid tu aku rasa macam kecewa sangat. Bab duit tu jangan cakap lah. Diorang guna buat apa pun aku tak tahu. Ada yang hal ni kalau buat dan upah baru 3-4 ribu sebab dulu aku pernah tanya benda ni dekat masjid lain. Tapi sampai dekat sini. Nak dekat 8-9 ribu! Cuba kau bayangkan? Aku tergamam bila tengok list tu . Tapi orang kampung sini ramai berdiam sebab masjid ni tunjuk kewangan dekat board. Tapi berapa ramai yang ambil peduli ? Setakat tengok dan ohh gitu rupanya.

Itu belum masuk gaji ajk-ajk dekat sini. Aku tengok gaji dia kalah orang yang belajar tinggi. Yang paling aku kesian anak-anak yatim dekat situ. Aku pernah cuba tulis surat dekat ketua kampung. Aku suruh dia siasat masjid tu. Aku siap jumpa cakap depan dan terangkan keadaan masjid tu dari segi akaun. Tapi sayang, rupanya ketua kampung ni pun dapat gaji dari masjid tu yang aku rasa agak banyak sebenarnya.

Down juga aku bila fikirkan duit yang aku masukkan dalam tabung masjid. Yang aku anggap akan pergi dekat orang yang memerlukan rupanya jadi duit gaji diorang. Jadi lepas aku dah kerja jauh sikit, sebulan sekali aku balik kampung dan belikan barang untuk anak-anak yatim tadi. Aku cakap dengan diorang pergi je masjid tu. Makan je. Jangan layan makcik pakcik dekat situ.

Aku sampai sekarang nak bongkar masalah dekat masjid tu. Tapi sayang, tak dapat. Pernah aku pergi mesyuarat kampung. Dia marah aku, cakap aku selalu tak datang masjid tapi complain lebih. Aku cuma tak datang zuhur asar sebab kerja. Lain tu aku datang, yang bangkang cakap aku tu rata-rata memang aku jarang nampak dan keluarga ajk-ajk masjid tu. Jadi aku pun give up. Entah tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni. Takkan nak datang sana cakap saya nak audit kewangan masjid ni. Jadi nak taknak, kena tunggu ada orang lain yang bongkarkan.

Jadi mungkin ada salah sorang dari pembaca uuim yang kemungkinan kecil datang dari kampung sama dengan aku. Jadi tolong lah pantau. Aku dah duduk jauh. Jadi aku dah tak tahu sangat keadaan masjid tu. Awal tahun ni, ada satu dermawan. Derma 100 ribu dekat masjid. Ini aku dengar rumor je lah. Tapi bila aku cuba siasat. Cari tahu siapa yang derma dan lain-lain. Aku rasa macam masjid tu ada buat benda tak elok.

– Zul

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *