Mata Yang Melihat

Mata Yang Melihat

Assalamualaikum, aku nak ucap terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Aku cuma nak tanya pandangan para pembaca sebab aku rasa tak normal. Aku cuma nak tanya “aku je ke yang rasa, ada mata yang terbuka hijab/yang boleh tengok alam ghaib ni satu kelemahan?” Sebab aku baca banyak confessions dan banyak yang panggil ianya satu kelebihan sedangkan aku tak rasa begitu langsung.

Aku rimas aku nampak lebih dari apa yang orang lain nampak. Aku rasa aku tak normal dan aku malu mengaku aku sixth sense. Sampai sekarang tak ada sorang pun kawan kawan uni aku tahu yang aku sixth sense. So aku decide untuk confess sini sebab takde orang kenal aku.

Apa yang buat aku rasa camni sebab ada beberapa peristiwa.

Peristiwa 1:

Satu haritu semasa aku umur belasan tahun, aku ke sebuah istana lama di perak, aku nampak seperti seorang budak perempuan tengah bersidai kat tembok penghadang koridor, aku ingatkan manusia, so aku pun cakap kat kawan aku “kenapa budak tu duduk atas tembok tingkat 2? “.

Kawan aku kata dia tak nampak apa-apa, terus aku terdetik dalam hati yang tu bukan manusia sebab aku tahu aku boleh nampak lebih. Dan kawan panggil aku pelik(dia taktahu aku sixth sense) . Sejak dari tu, aku mind set otak aku yang sixth sense ni pelik. Ya, perkataan “pelik” dari kawan aku tu buat aku jadi seperti sekarang.

Peristiwa 2:

Juga sewaktu aku umur belasan, ada berlaku satu peristiwa histeria di asrama aku, dan waktu tu ustaz tak available, so kawan-kawan aku as senior terpaksa handle sendiri bersama-sama dengan warden yang tak tahu perubatan islam. Dorang cuba bermacam cara untuk keluarkan jin tu, baca maksurat, ayat kursi tapi jin tu degil.

Aku cuma tolong pegang tangan je, tapi budak tu semakin ganas, so aku pun ambil inisiatif untuk tekan tempat jin tu duduk dalam budak tu iaitu di tulang ekor dia. Serta merta dia muntah keluar jin tu dan okay, tapi side effect dia, tangan yang aku tekan belakang budak tu sampai sekarang sakit, mungkin sebab aku tak guna cara syifa, aku cuma paksa dia keluar tanpa pelindung diri.

Dan lebih budak tu okay, terus kawan-kawan aku anggap aku sebagai hero dan mereka terus buat kesimpulan yang aku sixth sense (walaupun aku memang sixth sense) dan…… dorang suruh aku nego dengan jin tu supaya jangan ganggu asrama kami lagi. Dia ingat aku ni kuat sangat ke sampai boleh bercakap dengan jin. Aku tahu kalau sekali kau berinteraksi dengan alam sana, hidup kau takkan sama jadi aku cuba avoid benda tu.

Aku cuma nak hidup macam manusia normal jadi aku sangkal kesimpulan dorang yang aku sixth sense dengan alasan aku hanya main tekan-tekan je badan budak tu dan kebetulan kena tempat jin tu duduk, dan aku tak sixth sense so aku tak boleh bercakap dengan alam ghaib. Sejak dari tu aku selalu avoid tolong-tolong kejadian histeria di asrama.

Peristiwa 3:

Juga di asrama semasa aku belasan tahun hahah. Ada budak ni, aku taktahu lah kenapa, tapi mungkin dia nak attention. Dia tipu yang dia histeria, dan boleh dikatakan dia sangat famous kat asrama aku sebab dia selalu histeria, tapi….aku tahu dia tipu.

So aku rasa aku pelik, sebab bila kawan-kawan aku berbual pasal budak tu, dorang bercerita dengan penuh rasa simpati dan bersungguh nak budak tu sembuh, dan aku tak boleh nak connect dengan cerita dorang sebab aku tahu kebenarannya. Tapi aku tak sampai hati nak bagitahu sebab nanti budak tu malu sebab satu sekolah kenal dia dan aku taknak orang tahu aku sixth sense. Kau paham tak dilemma aku ni?

Banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa yang buat aku rasa aku pelik sebab aku nampak lebih dari yang orang lain nampak. Dan kalau boleh aku taknak ade ‘kelebihan’ ni, biarlah aku taktahu macam kawan-kawan aku. Entahlah, sixth sense ni pun buat kau susah nak tidur malam, so aku selalu ada eye bag yang sangat besar so tolonglah paham kenapa aku tak suka aku sixth sense.

– J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit