MC 2 Hari Kena Buang

Hi semua. Terdetik nak menulis hari ni.

Saya merupakan Graphic Designer di sebuah company G dekat Utara. Company ni dia buat printing macam banner sticker semua tu.

Saya pekerja kontrak kat situ kontrak selama setahun tapi saya bagi notis nak berhenti sebulan sebelum kontrak habis.

Plan asal nak berhenti ikut kontrak tapi disebabkan dah tak tahan saya hantar surat resign.

Waktu interview semua okay. Interview hari ni esok dah dapat offer (offer hanya melalui chat bukan pdf) best kan?

Masuk kerja bos cerita perangai buruk staff lama tapi waktu tu tak rasa apa lagi sebab baru masuk kan duk rasa bos ni terpaling baik la.

Masuk bulan ke-9 / ke-10 macam tu bos ni tunjuk belang dia slowly dia tunjuk.

First tak boleh makan lepas tu tak boleh sembang dengan kawan sekerja (walaupun hal kerja).

Hujung bulan ke-10 hantar surat resign sebab dah tak tahan sangat dah.

Bulan ke-11 last bulan kerja ikut notis. Awal bulan semua okay. Tiba-tiba satu hari saya terpaksa MC sebab perut terlalu sakit.

MC pertama, selama kerja dekat situ dan sent dekat bos gambar MC. Bos reply “okay noted”.

Lepas tu kerja macam biasa sampai la tengah bulan terpaksa EL sebab kena jaga sepupu masuk wad sebab sakit asma, sepupu umur 12 tahun.

Mak sepupu waktu tu outstation dekat KL. Jadi pihak hospital mintak orang dewasa yang umur 18 tahun keatas jaga sepupu.

Saya hantar chat dekat bos siap snap gambar sepupu pakai nebulizer. Bos reply “okay noted”.

Masuk kerja macam biasa sampai la terpaksa MC sekali lagi sebab sengugut sampai tahap tak boleh bangun. MC kedua selama kerja kat situ.

Masuk kerja 2 hari last day tu bos call suruh jumpa dia pada jam 6.27 waktu balik kerja 6.30. Jumpa bos dan dia bagi tau hari tu last day saya atas sebab terlalu banyak MC dan susah untuk bos atur kerja.

Turun bawah masuk bilik marketing komputer dah kena ambik mungkin takut saya delete design.

Waktu tu rasa mix feeling sangat sedih marah semua bercampur.

Masih ingat ayat bos “masuk cara baik, keluar cara baik” saya hantar surat resign sebulan sebelum ikut kontrak adakah itu cara tak baik?

Disclaimer: MC pertama tu cuti sehari, MC kedua cuti sehari, EL cuti sehari sebab mak sepupu sampai hospital untuk ganti saya.

Disclaimer 2: Dah tanya pejabat buruh tentang kes ni, boleh buat untuk mohon balik kerja company tu balik ja.

Doakan saya dapat kerja tempat yang terbaik dan semoga dapat bos yang baik.

– Sayra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Dah awk kta nk berhenti kerja n bgi notis, blah jela kot.., lgi pon x sampai sebulan je lg, tolak mc n cuti suma tu.. mmg la dari segi ‘hak’ awk sbg pekerja tu dah ‘dikhianati’, tp klaw g kerja pon, hati awk pon xkan ‘senang’ dgn perangai bos n staf lain.. unless, klaw awk buat ‘donno’ jer dgn depa dan teruskn kerja hingga tamat kontrak, dpt gaji , then blah.. 🤨 ..wallahu a’lam

  2. Elok la berenti. Red flag obvious sgt kot. First, offer letter pun tak de. Patut ko insist nak surat sebelum mula kerja. Dalam tu ada semua info gaji, cuti/MC berapa hari, notis berenti.

    Kau tak payah la ralat sgt kena mcm tu. Bersepah lagi tempat kerja lain nak pakai skills kau tu. Kena pandai jual diri je. Boleh la nk pujuk diri tu at least kerja kat sana dpt tambah pengalaman.

    Selalu company kecik management mmg perangai mcm ni. Yg type M ke.. C ke.. sebijik sejiban perangai. Asal boleh pusing/cut off gaji pekerja/MC tak boleh guna semua dia buat.. nak jimat la konon. Kepala hangguk dia. Ni dh resign gaji dapat tak?

  3. Kau pon bodoh main terima kerja tanpa offer letter.

    Takdak hitam putih sudah pasti Boss asal boleh ambil kesempatan!

    Kau pon red flag sikit sikit MC cuti. Kau tu contract tapi langgar contract lah kiranya patut setahun kan? Tibah nak resign sebelum habis contract tuh pasal boss pon sakit hati.

    Dapat kerja baru jangan banyak alasan. Orang lain kerja dah 2 tahun ke atas baru berani ambil unpaid leave dan MC kerap.

    Kau? Belum setahun kerja TERPALING BANYAK MASALAH, TERPALING BANYAK ALASAN.

    Nak kerja buat cara nak kerja!

    Belum 2 tahun ke atas kerja jaga attitude dan attendance!

    Kalo kau pergi company besar taraf International pown tak guna deknon, kalo belum 2 tahun ke atas kerja dah banyak masalah asyik cuti dan MC. Kalo kau jadi bos mahu ka ambil pekerja macam kau?

    Cuti cuti cuti MC, KALAH STAFFS SENIOR!

    SEMUA ORANG BANYAK MASALAH TAPI TAK JADIKAN ALASAN!!!!

    • Kau ni dah kenapa lebih-lebih? tak relax yall.

      Budak tu cakap fresh grad kan first time kerja lah tu, dengan offer letter tak dapat mana tahu management macam mana…
      Lagi satu tak salah pun nak berhenti even before tamat kontrak, notice sebulan is enough. Takde issue pun, boleh je. Bos nak marah? Sangat tak professional sebab tindakan tu tak salah pun, pekerja pun ada hak, management pun teruk so buat apa nak stay lama-lama. Dan kau tu relax sikit, emo lebih kenapa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *