Media Sosial Punca Runtuh Institusi Kekeluargaan

Salam admin, terima kasih kalau sudi post artikel aku ini. Nama aku Nidia, of course bukan nama sebenar. Aku berusia awal 40-an. Aku nak kisah kan tentang kawan aku yang dianiaya suami nya sendiri ketika bukan pada kehendak nya. Kawan aku ni seorang wanita yang hebat ikut pada pandangan mata aku. Dia dikurniakan 4 orang anak yang sangat comel, 2 lelaki dan 2 perempuan (bakal lahir twin). Kawan aku ni dia kahwin awal usia 20-an. Dia seorang yang ada background pendidikan yang tinggi, ada master. Dulu dia seorang yang bekerjaya dan baru resigned awal bulan 7 yang lepas kerana tidak tahan pressure kerja yang membuat dia kadang kadang kurang masa dengan keluarga dan keluarga mertua.

Jadi dia berkorban kerjayanya. Sebelum dia resigned, dia ada membuat perniagaan kecil kecilan bagi menambah duit poket dan membantu kewangan suaminya walaupun pada hakikatnya suami nya lebih daripada mampu. Aku gelar kan kawan aku ni (Ain) supaya mudah untuk aku gambarkan.

Aku kenal Ain waktu zaman sekolah lagi. Ain ini seorang yang bijak, kesayangan semua orang, especially cikgu. Ain seorang yang sangat tegas dan tidak mudah bergaul dengan mana-mana lelaki walaupun waktu itu dia sudah di peringkat Universiti. Ain sangat tegas dalam bab pelajaran nya dan sangat cerewet sehingga dalam memilih urusan pasangan hidup nya pon dia sangat berhati-hati. Aku sangat kagum dengan didikan yang diberikan oleh ibu Ain sehingga berjaya mendidik akhlak dan kesantunan dalam diri Ain. Ain ni sangat cantik, hijabster, pandai bergaya, makeup selalu natural, kulit dia masya Allah flawless sangat. Badan sentiasa maintain dari aku kenal dia sampai lah nak beranak pinak. Dia sangat cantik dan idaman semua lelaki. Setelah mempunyai kerjaya,

Ain melangsungkan hidupnya dengan seorang lelaki yang bak kata mudahnya, paras rupanya macam langit dengan bumi. Orang kata beauty and the beast. Sebelum Ain berkahwin, aku selalu cakap dekat Ain ‘ Ain kau sure ke dia lelaki untuk kau?’ Sebab aku tahu dia sangat picky sepanjang pilih soal jodoh. Dia selalu pesan pada aku, biar lah tidak sedap pada mata orang lain, tapi pada aku dia seorang lelaki yang sangat gentleman. Ain cakap, dia ni bukan lah jenis mengayat, cuma perbuatan dia membuat kan Ain jatuh hati. Jadi Ain berkahwin dengan nya pada 11 tahun yang lepas.

Ciri suami Ain ni idaman setiap wanita jika kenal perlakuan nya dan tidak memandang paras rupa. Aku lihat Ain sangat bahagia dalam alam perkahwinan nya, dari bergelar seorang isteri, menantu dan ibu kepada 4 orang anak nya. Aku bahagia melihat Ain disantuni suaminya yang sangat penyayang, beragama, menunaikan tanggungjawab dengan sangat baik, nafkah tidak culas, Ain jatuh cinta dengan suaminya setiap saat, setiap hari. Ain seorang yang pandai mengambil hati suaminya pada mata kasar aku dan kiraan aku, Ain sangat perfect.

Tapi, perkahwinan dan rumah tangga mana yang tidak diuji? Ain ditampar dengan ujian yang hebat bila mana, dalam diam, suami nya bermain dengan wanita lain yang dikenal melalui social media instagram. Sepanjang 10 tahun kenangan perkahwinan yang sangat manis, pada tahun ke sebelas perkahwinan nya, Ain diuji. Terduduk Ain apabila dia mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin secara diam di belakangnya dan tanpa pengetahuan nya. Suami Ain yang disangka sentiasa manis bak jagung susu, bertukar menjadi seorang lelaki yang keras hatinya bak kayu balik. Tiada lagi sweet serenity dalam perkahwinan mereka.

Ain hanya mampu mengalir kan air mata bila mana mengetahui dia sudah dimadukan hampir 2 minggu waktu itu. Ada lagi seorang rakan rapat aku dan Ain, kami membantu mencari bukti dia dicurangi, terdapat banyak gambar gambar bermesraan antara suami Ain dan wanita itu. Ain sangat kesal, dia mencari di mana silap nya sehingga diperlakukan oleh suaminya begitu rupa.

Kawan kami sendiri bertanya kan kepada wanita itu di laman instagram nya, apakah dia tahu suami (Shirik) Ain sudah berkahwin? Dia hanya menjawab, Ya tahu, dan tidak salah kerana dia memerlukan seorang teman dan pelindung untuk dirinya. Kawan kami cuba siasat lagi. Ternyata dia ada lah seorang ibu tunggal beranak 4 dan lebih tua. Yang paling kami tidak percaya, Shirik berkahwin dengan seorang wanita yang jauh beza dengan perwatakan Ain. Ain seorang yang sangat lemah lembut, menjaga aurat, batasan pergaulan, tetapi wanita itu ibarat ibu tunggal yang selalu kita tengok di Tik Tok, Musically. Pakaian nya jauh sama sekali. Akhlak nya dari segi dia membalas DM kawan kami boleh dilihat sangat tidak berperi kemanusiaan.

Mengambil kesempatan atas kebahagiaan Ain dan suaminya. Tetapi Ain tidak mudah menyerah, pada awal ketahuan peristiwa itu, Ain kelihatan lemah, menangis dan seperti mayat hidup. Aku selalu berhubung dengan Ain untuk bertanyakan khabar nya. Dia sangat kuat dan hanya menyatakan, “Nidia, aku okay. Aku akan cuba kuat untuk ujian Allah ini. Aku tak sangka Allah sayang aku sejauh ini Nidia. Aku tak sangka, aku dipilih Allah untuk diuji”. Dalam masa dia diperlaku kan suami nya begitu, dia masih sangat menjaga aib suaminya. Masih tidak menceritakan keburukan suaminya pada kami kawan baik nya. Masih bersangka baik. Allah! mulianya akhlak kau Nidia. Beruntung nya Shirik mendapat kau sebagai isteri, tapi ruginya dia mensia kan kepercayaan kau sebagai seorang isteri.

Harini sudah sebulan Ain dimadukan, aku lihat Ain sangat kuat, semakin dekat hubungan nya dengan penciptaNYA. Wajah nya semakin ceria, dia sedang menunggu hari untuk anak perempuan kembarnya Ogos ini . InsyaAllah. Aku lihat Ain selalu sibuk kan diri nya mencari akhiratnya dan perniagaan online nya semakin maju. Dia selalu memberi kan semangat dan nasihat kepada aku, “Nidia, walau apa pun terjadi dalam rumah tangga kita, Percaya lah, Allah uji hanya sebentar. Kita ini kena belajar redha dan kejar rahmat Allah. Ada khilafnya yang mungkin kita tidak nampak sekarang. Sabar.” Ain! aku tak sangka kau sebegini kuat Ain, kau kawan aku yang sangat baik! Dia berseloroh, “Haha! aku baik sebab Allah tutup aib aku Nidia. Kita jaga lah aib sesama kita.

Moga setiap ujian itu adalah untuk kebaikan.”Aku menitis air mata bila Ain bagi nasihat macam tu. Shirik! kalau kau baca artikel aku ini, ruginya kau sia kan Ain sebagai isteri yang taat setia pada kau. Dan sayang nya kalau Ain berubah hati satu hari nanti, jangan salah kan mana mana pihak, kau yang memilih jalan ini. Ain sekarang sedang mengumpul kekuatan dan kutip semula semua kepercayaan dia yang dah berkecai hanya untuk terus hidup dengan kau. Kalau ditakdirkan jodoh kau dan Ain tidak berpanjangan, aku sentiasa doakan Ain berjumpa lelaki yang lebih baik dan hebat daripada kau. Ain berhak untuk bahagia. Last but not least. Ain! aku sayang kau.

Nasihat untuk yang suka membenih perasaan kepada suami orang, sila peka terhadap perasaan wanita juga. Cuba bayangkan kita di tempat isteri lelaki yang gatal ini. Kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Dan jangan pula menjadi penggoda sehingga sampai tahap bergembira atas kesedihan wanita lain. Dari awal tolong elak kalau memang tahu berkenalan dengan suami orang. Ada batas pergaulan. Last but not least, ingat, wanita yang “EKSKLUSIF” tak pandang suami orang. Jadi mahal sikit okay!

Thanks…

– NIDIA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *