Melayu Benci Komunis Tapi Buat Cara Komunis

Tajuk ni dah isu paling kontroversi tapi tujuan aku buat ni bukan la propaganda ideologi ke apa. Aku tak paham sebenarnya.

Aku sebenarnya agak pelik dengan masyarakat Malaysia khususnya marhaen melayu yang bersikap anti komunis tapi suka komunis. Dan lebih teruk selalu associate komunis dengan DAP yang mana parti ni lebih bersikap fasis (ultra nationalis berhaluan kanan) sedangkan komunis ni haluan kiri.

Start dengan definisi komunis. Komunis ni adalah political ideology yang berfahaman Marxism. Kalau sapa yang tak tau Marxism ni apa. Marxism berfahaman yang mana sistem economy yang mana perlu berbentuk collective rather than individual asset.

Punca ketidakstabilan socio-economi yang berlaku adalah sebab monopoli dan penindasan terhadap pekerja buruh. Jadi muncul Marxism yang mana berpendapat distribution economi perlu adil dan saksama kepada buruh. Maka munculah kesatuan kerja dalam dunia thanks to Marxism.

Bercerita pasal komunis. Komunis ni plak adalah gerakan politik yang berfahaman Marxism. Sama macam fasis cuma depa ekstrim ke haluan kiri kalau fasis ekstrim ke haluan kanan. Komunis ni cuma tinggal tiga negara yang saya tau China, Cuba, Korea Utara. Yang lain ada tapi berbentuk demokratik sosialis (yang bersikap sederhana tapi haluan kiri)

Dah cerita pasal definisi komunis dah tiba masuk bab yang penting kat sini. Aku tak cerita sejarah sebab semua dah tau pasal komunis ni cuma orang yang betul celik dan saja tau sejarah mendalam pasal komunis ni. Aku suggest untuk baca buku kajian UKM Gerakan Haluan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan dari penerbit UKM untuk tau lebih lanjut.

Aku cuma tak paham kenapa orang kita especially melayu ni anti komunis tapi bersikap penyokong komunis. Aku jelaskan kat sini, kebanyakan orang kita ni anti komunis memang benci sebenci-bencinya la sebab pernah buat kerosakan di Tanah Melayu dulu. Sampai sekarang aku tengok macam tu.

Tapi yang aku tak paham kenapa rakyat Malaysia nak government kawal economi termasuk harga minyak, bagi subsidi, hapuskan tol, nak pembelajaran percuma yang mana semua tu boleh dapat kalau kerajaan komunis Marxism.

Sebab tu tajuk berbunyi ‘Melayu benci komunis tapi suka komunis’ Sekali lagi aku tak menyokong ideologi ni sebab ada kes ekonomi failure beberapa negara yang amal ideologi ni contoh paling dekat Venezuela. Yang tu aku risau juga.

Kerajaan Venezuela under Chavez dulu memang pemurah sangat. Bagi subsidi macam-macam price control untuk barang makanan. Free education. Tapi end up economi jatuh. Banyak penyebab yang jatuh tapi reason paling besar terlampau pemurah sangat dengan rakyat.

Yang tu aku risau sekarang ni dengan sikap rakyat kebanyakan jenis free rider (dalam ekonomi sikap dimana seseorang mengambil hak tanpa perlu bayar apapun) kalau jenis macam ni membiak ramai bagi sapa2 memerintah pun hancur juga.

Ni baru-baru kes Foodpanda, kat sini aku dah pelik sebab rakyat kita ni sebenarnya berdarah komunis cakap kapitalis menindas pastu boikot Foodpanda (bukan macai foodpanda sini ok) just nak bagitau kes ni sebab tulah tak paham. Lagi satu kenapa la korang benci DAP pastu cakap parti komunis.

Macam aku cakap sebelum ni DAP tu takde kualiti komunisme pun dalam parti depa bahkan bersikap pro kapitalis yang fasis (ekstrim haluan kanan). Kalau hangpa nak tau kita ada parti yang mendokong ideologi Marxism ni parti sosialis Malaysia.

Bukan Malaysia saja tapi kat dunia pun ada, macam UK dia panggil Parti Buruh. Yang macam ni demokratik sosialis masih amalkan ideologi Marxism cuma bersikap demokratik. Parti ni tak popular mcm parti pembangkang lain sebab yelah sebabnya haluan kiri la.

Penutup sini aku bukan pendokong ideologi Marxism ataupun pro kapitalis kat sini. Cuma aku nak jelaskan aku tak faham dengan rakyat Malaysia especially melayu ni selalu sangat post pasal kebencian komunis.

Lepas tu dalam masa sama sikap nak dapat benefit yang banyak dari government dapat duit free dapat free education dapat free medical semua free la. Tu semua boleh dapat kalau kerajaan korang tu Komunis.

Dia control everything for you. Nak free education, komunis buat universiti free, nak medical free, Komunis boleh buat hospital free. Tapi kena ingat the price is high kebebasan terhad korang takleh buat bisnes corporation yang besar sebab mencabuli perlembagaan komunis.

Semua hak adalah public no private. Macam tu komunisme dia. So kalau korang nak ekonomi ni memang kena kawal sepenuhnya boleh la start pikir untuk choose Parti Sosialis Malaysia. Hahaha.

– Wartawan bebas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *