Melepaskan Atau Terus Berdoa

Assalamualaikum and hi semua. Andaikata luahan ini tersiar, ku mengharapkan komen-komen yang positif buat motivasi diri ini untuk membuat keputusan yang sepatutnya.

Mungkin kedengaran seperti masalah kecil dimata kalian tapi percayalah setiap orang Allah akan uji dengan apa yang paling ditakutinya. Dan itu sudah cukup terasa berat dibahunya.

Sedikit pengenalan tentang diri ini. Aku anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Satu satunya perempuan dalam keluarga. Dan masih lagi belum berkahwin.

Mempunyai pekerjaan yang tetap. Bakal memiliki rumah sendiri tahun ni (insyaAllah doakan). Apa yang bakal aku ceritakan adalah tentang si dia, jodoh yang tidak diketahui serta redha kedua ibubapaku.

Aku mengenali si dia 4 tahun yang lepas dalam seminar yang kuikuti. Tanpa kusedari sebenarnya dia sudah memberikan hint untuk berkawan denganku dengan meletakkan nombor hp dinota seminar milikku (baru menyedarinya setelah dia memberitahuku).

Tapi memandangkan aku tidak memberikan apa-apa respons so dia mengambil jalan lain dengan mencari num hpku dari sumber yang boleh dipercayai.

Dipendekkan cerita kami mula start berkawan. Dia rajin bertanya khabar. Bertanyakan perihal kerja seharian.

Dan lama-lama kami mula semakin rapat sehinggalah dia menyuarakan hasrat hati yang dia sudah mula sukakanku lebih dari kawan dan ingin aku menjadi seseorang yang halal baginya.

Sejak dia meluahkan perasaannya, aku jadi semacam berdebar-debar, tak keruan dan sewaktu dengannya kerana dia ingin berjumpa kedua ibu bapaku untuk memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat hati. Itulah benda paling aku takuti!

Dalam lebih kurang 5 bulan juga aku ambil masa nak karang ayat untuk beritahu pada mummyku. Tapi tidak juga aku beritahu mummy secara bersemuka, aku lagi selesa menggunakan whatsapp dan kerana aku bekerja di selatan tanah air jauh dari kedua ibubapaku.

Dan setelah lama masa yang diambil serta ayat yang panjang dikarang dengan lemah lembut. Whatsappku dibalas ringkas sahaja.

Semudah itu mummy menjawab, ‘Babah tak suka.. dia bukan penjawat awam.. tak payah suruh dia datang nak kenal kenal bagai.’

Mengalir air mataku membaca reply whatsapp dari mummy. Mummy dan babah punya pendirian ‘No Means No’. Walaupun kau datangkanlah berpuluh kertas menunjukkan kebaikan pasangan yang kau inginkan.

Walhal hari sebelumnya si dia sudah begitu excited untuk memilih tarikh untuk berjumpa dengan kedua ibubapaku.

Kedua ibubapaku merupakan penjawat awam. Dan semua yang mengenali keluarga kami sangat mengetahui bahawa kedua ibubapaku sangat tekankan untuk kami adik beradik kerja kerajaan dan bukan itu sahaja pasangan kami pun mestilah kerja kerajaan.

Dan alhamdulillah berkat doa mereka kami semua merupakan penjawat awam. Tetapi malangnya pasangan yang bakal aku kenalkan bukan berada dalam kategori yang mereka inginkan.

Tetapi dia berada dalam ciri ciri pasangan yang kuidamkan. Dia seorang yang menjaga solat wajib dan sunatnya. Tidak merokok dan menjaga kesihatan badannya.

Sangat mengutamakan keperluan ahli keluarganya. Seorang yang mempunyai profil kewangan yang baik (dia selalu menunjukkanku apps money planningnya setiap bulan padaku, berapa simpanan emas, asb dan lain2 simpanan yang sudah dicapai).

Dia juga sudah mempunyai rumah sendiri. Sangat bersederhana dalam apa-apa yang dia lakukan. Dan dia memang menunjukkan semuanya padaku termasuklah memberitahuku bahawa ibubapanya sudah tidak sehaluan.

Tapi sekadar itu tidak membuka aib kedua ibubapanya dengan memberitahuku kenapa. Dia tidak mahu aku terkejut dikemudian hari dan ingin aku menerima keadaan diri dan keluarga seadanya kelak. Banyak lagi sikapnya yang membuat kutersuka tanpa sengaja.

Bulan berganti bulan. Kami terus berkawan dan dia masih lagi menghantar permohonan kerja di agensi kerajaan yang memerlukan.

Sampaikan ada juga jawatan kosong yang dipohon tidak menggunakan ijazah yang dia ada tetapi menggunakan sijil stpm memandangkan syarat yang ibubapaku kenakan inginkan pasangan hidupku kerja kerajaan walaupun berjawatan gred rendah.

Namun masih lagi tiada rezeki untuk bergelar penjawat awam walaupun banyak permohonan telah dibuat dan interview telah dijalani. Dan tahun 2021 ini berakhirnya kontrak untuk jawatannya sekarang. Itu lagi menguatkan ‘No’ mummy dan babah.

Sampai sini sahaja luahanku. Cuma satu yang kupinta dari pembaca sekalian, adakah ini petunjuk dari Allah yang dia bukan jodohku?

Aku sudah berdoa. Juga sudah bangun malam minta petunjuk dari Nya. Juga sudah mengamalkan sedekah. Tetapi aku masih lagi buntu apa harus aku lakukan.

Aku pernah terdengar satu ceramah, antara tanda tanda itu jodoh kita adalah jalan untuk menikah itu dipermudahkan (mendapat restu ibu bapa) kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.

Terima kasih buat kalian yang sudi membaca sehingga habis dan memberi kata kata positif. Moga ada balasannya di sana kelak.

– Gadis 04 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *