Memori Maktab

This is an entry to reminisce high school years. Maktab. Ye aku budak MRSM.

Disclaimer: Nama yang digunakan bukan nama sebenar.

2010 – 2014.

Dulu aku ingat, masuk tingkatan 5, warden decided untuk asingkan kami, budak – budak nakal ni. Tak boleh satu bilik. Kalau tak makin menjadi – jadi.

Jadi nama budak – budak nakal dilistkan dalam satu list, so that mudah untuk warden pick budak – budak ni and masukkan dorang sebilik dengan LDP/ badar.

And yes, as you guessed, my name was the first in the list. LOL.

Jadi tahun tu, roommates aku :-

1. Nik/Baby – Partner in crime aku.

2. Husna – LDP, tukang kenalkan aku dekat kpop.

3. Nurul – Badar, tukang kejut subuh.

4. Sab – Budak pandai yang tak pernah lepas buku. Bukak mata saja cari buku.

5. Khairi – Pengawas koop (aku lupa dipanggil apa), orang kuat warden.

Tapi, little did they know, budak – budak ni semua pun terbabas sama haha. End up, bilik kami tu, beberapa kali jugak, the whole crew tak keluar prep malam.

Warden – 0, Aku – 1.

Hehe.

Ponteng prep / morning & evening call macam dah ruji bagi aku. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, tak pernahlah dalam seminggu tu, aku hadir ke semua ni.

Macam ketagih pun ada. Sekali buat, susah betul nak stop. Kalau tak buat, menggigil rasa hahaha. Biasanya, ponteng session ni dibuat bergeng.

Aku ingat pernah ada satu session tu kami bertujuh kot, ponteng dalam bilik aku, dua katil, 7 kepala meringkuk tidur. Tidur petang beb, memang tak ingat dunia. Dalam kesempitan tu, sejam dua jugak kami terlena.

Budak bertujuh yang tak makan saman tu adalah Siti, Izzati, Nabila, Afiqah, Najwa, Fatin and Kak Ilmi (BWP geng yang tetiba sesat hahaha).

Yang seronoknya masa aku tingkatan 4 ni, aku rapat dengan BWP and LDP tingkatan 5, specifically, Kak Ilmi, Kak Anis, Kak Iqa and Kak Fakh.

Walaupun depa ni geram jugak dengan aku yang ponteng tak ingat dunia, tapi selalu jugak aku dapat sms warning before spot check.

“Siti, lagi 10 minit ada spot check kat blok”

“Siti, Wanmi akan cari awak harini, jangan ponteng”

“Siti, harini jangan ponteng, sebab kat surau ada sekian sekian”

Heaven ye dapat warning macam ni. Boleh selamatkan diri dari kena lempang dengan Cikgu Ifa and Cikgu Ana.

Tapi pernah jugak, dorang ambush saja kami yang tengah ponteng ni tanpa warning. Geram sangat dah tu rasanya haha.

Satu kejadian yang susah betul nak lupa, fuhhh, teringat saja memang meremang bulu roma. Tingkatan 4 masa tu, minggu pertama start sekolah rasanya. Sebab Izzati and Fatin ada lagi masa tu (Izzati and Fatin pindah ke maktab lain later on).

Seronok kami ponteng kat bilik masa tu, borak tak ingat dunia, lama tak jumpa lepas cuti akhir tahun kan. Tiba – tiba LDPs menjerit dari bawah, “Siapa yang tak keluar blok lagi, tolong keluar”. Kami buat tak dengar saja. Keras kepala betul.

Menjerit lagi, “Kami nak kunci blok, tolong keluar sekarang”. Okay dah start cuak. Selang 10 minit menjerit lagi, “Lepas ni Wanredacted akan masuk blok, korang taknak keluar, sudah, kami kunci blok.” Klak. Blok dikunci.

D4mn. Cuak. Betul – betul cuak masa tu. Peluh dingin jelas nampak kat dahi masing – masing.

Terus sarung baju kurung, sauk tudung and brainstorm macam mana nak keluar blok tanpa kena tangkap. Check semua pintu keluar, pintu ampaian, pintu sick bay, pintu depan.

D4mn! Semua kena lock dah. Terfikir nak lompat saja dari tangga blok. Tapi tangga blok tinggi sangat! Antara kami ni, confirm yang akan ada ke hospital kalau guna route tu.

Izzati and Fatin bagi idea guna tingkap bilik dorang sebab dorang perasan tingkap tu, grill dia macam kena kopak sikit.

Okay set, ni saja jalan yang terbaik. Terus gerak ke bilik dorang and yessss muat untuk kami keluar ikut grill situ. Masing – masing lega.

Fatin and Peoh, the GOAT sebab dorang yang tarik grill tu sampai muat kami nak keluar ikut situ. Yang ada masatu, seingat aku, Siti, Fatin, Izzati, Peoh, Bedoh, Nani, Fizah, Fiqah, Nabila and Najwa.

Tapi tak semudah tu… orang last keluar, Najwa tak silap aku, kasut dia tercabut sebelah tertinggal dalam bilik! Cuak!

Semua orang cuak dah. Tiba – tiba, macam ada cahaya lampu suluh dari blok lelaki, CUAAKK!!! Fatin cepat – cepat panjat masuk balik bilik ambik kasut Najwa. Yang lain menyorok di sebalik tiang.

Fatin tunggu line clear baru keluar balik. Cahaya tu slow – slow makin dekat dengan kami. Cikgu Siti!!!!!

Dan LDP geng!!!!! Masa tu dalam hati, macam – macam doa dah baca. Doa tutup hijab la, doa ghaibkan diri, macam – macam doa lah. Yang peliknya doa tu menjadi!

Cikgu Siti and the geng tak nampak kami! Walaupun depa jalan di walkway betul – betul sebelah kami! Lega! Okay, satu halangan lepas! Fatin keluar balik. Terus kami emergency meeting celah tiang tu. Tunggu line clear.

“Weh, ni last time kita buat mende ni. Kita kena janji, masuk upper form ni kita takkan ponteng dah. Kita jadi budak baik.”

“Fatin, Izzati, janji dengan kitaorang, korang kena jadi LDP dekat maktab baru nanti. Korang jangan buat dah mende – mende macam ni.”

Siap kumpul tangan kat tengah – tengah ya, seal perjanjian antara kami. The last time kami buat kerja haram ni.

Anjay! Dua minggu saja tahan hahahah. Tak boleh tahan, Fatin and Izzati kat maktab baru masih menjalankan kegiatan yang sama.

Sebab tu aku cakap ponteng ni sebenarnya ketagihan.

Malam tu tiba – tiba ada announcement.

“Tolong check barang – barang berharga masing – masing sebab ada kejadian pecah masuk blok tadi.”

Dak aih, bukan pecah masuk, tapi kami pecah keluar kak. Pecah perut kami gelak malam tu.

– Siti Wan Kembang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit