Memori Usia 12

Memori Usia 12

Assalamualaikum semua. Dah tengah tengah malam ni tak boleh nak tidur pula. Masa cuba cuba nak lelap ni lah terflashback zaman sekolah rendah dulu.

Aku bukan dari kalangan anak orang berada. Hanya anak golongan marhaen yang biasa biasa. Ayah kerja operator kilang, ibu suri rumah sepenuh masa. Aku anak sulung dari lima beradik. Hidup kami sederhana, cukup makan pakai. Tak ada extra amenities macam reward yang best best kalau dapat nombor satu. Paling best gila zaman tu kalau dapat makan KFC. Sekarang nikmat Allah bagi sampai muak muak makan KFC. Huhu.

Nak kata cerdik, tak. Tapi aku suka membaca. Aku suka buku. Mungkin hasil encouragement arwah nenek saudara aku yang sangat pentingkan education. Everytime kami sekeluarga visit beliau di KL, mesti dia akan bawa ke bookstore and pilih je apa2 buku yg interesting, dia akan bayarkan. Dari kecil macam tu. And habit visit a bookstore tu sampai ke besar aku terbawa bawa. Kind of relaxing bila kita enjoy ourselves, treat and feed our soul with different kind of book genre.

Back to the topic, flashback zaman UPSR. Ayah gajinya cukup cukup makan. Macam aku kata tadi, extra amenities macam nak beli reference books ke, amat terhad. Nak kena bajet bajet duit lauk, duit sekolah aku & adik adik. But they know they had to help me to get my reference books, especially for Math subject. Aku slow dalam Math masa tu.

One day, masa tu darjah 6 and dah lepas trial UPSR yang tak berapa nak hado resultnya, aku merayap sampai belakang kantin masa waktu rehat. Ternampak satu timbunan buku buku kat tempat orang bakar sampah. Aku pun kepochi lah tengok tengok sebab tak pernah nampak buku buku tu sebelum ni. Selak punya selak, mata aku ni ternampak satu buku latihan Matematik UPSR tahun 1998. Buka je buku latihan tu, bersih! Maksudnya buku buku tu semua dibuang sebab lama, bukan sebab dah diguna. Kira latihan dalam tu semua tak pernah ada orang buat lagi. Aku pun apa lagi, kutip lah buku buku latihan Math & Sains yg ada masa kat tempat orang buang sampah untuk dibakar tu.

Mungkin pemikiran suci seorang budak 12 tahun, balik rumah happy happy cakap dengan mak ayah aku dapat buku free. Bila parent tanya macam mana boleh dapat free, aku komplen cikgu yang buang buku tak pernah orang guna tu. Haha. Membazir kata aku. Kecik kecik dah pandai membawang ek aku ni hahaha. Little did I know, mak ayah aku rasa sedih sebab tak dapat nak provide a better books for me sampai aku kutip buku orang nak buang kat tempat buang sampah.

Tapi tapi tapi. Haaa. Ada hikmah disebalik semua tu. Masa tu sedar dah aku tak berapa cerdik bab Math lepas dapat result trial kan. Jadi aku pulun pulun pulun belajar. Masa tu ayah aku kerja office hour lagi. Jadi malam dia boleh pantau aku study. Ayah aku garang okay. Setiap kali ujian bulanan, pertengahan & akhir tahun, kalau satu subjek tu tak dapat 80 ke atas, kena ketuk ketampi 100 kali. So kiralah weh kalau dah sampai 4 – 5 subjek aku dapat B ke C, berapa kali aku kena hahaha. Siap ada hutang hutang tau kalau tak larat hari ni, sambung esok. Perghhh. Adik adik aku pun kena benda yang sama. Jadi tak ada isu adil ke tak adil masa tu.

Sama juga kes dengan trial ni. Aku hutang 300 kali ketuk ketampi masa tu. Haha. Tapi hold dulu ayah aku kata. Kalau upsr dapat 5A, 300 kali tu burn terus. Tak ke semangat jadinya. Sebab tu aku pulun habis habisan. Buat semua latihan yang ada, termasuk semua buku yg aku kutip tu. SEMUA okay. Punyalah nak lari dari ketuk ketampi hihi. Tapi macam aku cakap. Ada hikmah. Buku latihan Math tahun 1998 yang aku kutip tu, aku ingat lagi ada satu soalan objektif yg susah aku nak jawab sebab tak faham langsung. Sampai bawak buku tu kat sekolah, tanya cikgu macam mana nak jawab soalan tu.

Aku ingat lagi reaction cikgu tu, terkejut sebab buku tu tahun 1998 kot! Aku upsr tahun 2004. Long story short, cikgu tu ajarlah macam mana nak jawab and aku pun tak expect aku boleh ingat jalan kerja soalan tu. Sebab susah agaknya.

Fast forward to UPSR, hari exam Math. Macam nak melompat aku kat table. Soalan yang keluar sebijik sama macam soalan tahun 1998 tu! Cuma tukar nilai je. Contoh soalan tahun 1998 tu, nilai dia bagi 1500, soalan tahun aku 2115. Ha macam tu je! Habis exam, memang boasting habis sbb aku sorang je tahu cara jawab dalam geng aku. Hahahaha. Balik rumah, sambung lagi keeksaitedan aku tu, story dengan parent about the question.

Dah besar besar gini baru faham. Kadang kadang hikmah tu kita tak nampak. Bila kita dah berjaya lalui ujian tu, baru kita faham makna struggle & patience.

Another small story. Pun berlaku waktu zaman upsr nilah. Pun lepas trial exam juga. Kira timeline ni macam serentak lah. Jadual harian aku waktu ni, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.

Kat sekolah agama masa ni, guru kelas aku nama dia Ustaz AD yang sukakan Naruto. Haha. Memang enjoy belajar kat kelas dia. Kadang kadang sembang pasal kartun. Dia suka melawak jugak. Tapi bila dia pegang rotan, kecut perut gak lah. Huhu. One day tengah kelas apa tah, beliau lalu sebelah meja aku. Tetiba dia berhenti, pusing kat aku and tanya,

“Awak Matematik kat sekolah pagi dapat berapa?”

Aku malu nak jawab sebenarnya masa tu sebab aku dapat C je. Lagi pulak satu kelas dengar. Huhu. Tapi aku jawab juga. Pastu dia angguk and jalankan kelas macam biasa. Kelas dia masa tu waktu akhir. So bila loceng balik bunyi je, semua dah berdedai-dedai keluar kelas. Dalam aku sibuk nak balik kemas barang cepat cepat sebab nak kejar bas sekolah, takut kena tinggal, tiba tiba Ustaz AD ni panggil aku. Dia tanya,

“Awak nak tak kalau saya ajar awak Matematik?”

Aku pun macam blur mula mula. Dah apekehei nya tetiba ustaz ajar subjek Ibadat Tauhid nak ajar aku Matematik. Huhu. Aku tak ingat aku jawab apa masa tu, tapi aku ingat lagi, and ingat sangat2 dia reply apa,

“Kalau awk nak saya ajar awak, balik tanya dengan mak ayah awak. Saya tak minta upah. Saya cuma nak minta ayah mak awak sediakan sehelai kain pelikat, sebatang pen merah, dan rotan.”

Maka aku dengan blur blur budak darjah 6 pun duk menghafal benda yang dia minta tu sepanjang perjalanan balik rumah. Nasib tak kena tinggal bas huhu. Malam tu aku bagitahu mak ayah aku. Malam tu jugak kitorang pegi cari sebilah rotan ni ha. Yang lain senanglah nak jumpa kan. Aku pun taktahu kenapa mudah sangat ayah aku setuju nak suruh aku belajar personal dengan Ustaz AD ni padahal diorang tak pernah pun jumpa ke, berbual ke. Bukan jiran sebelah rumah ke. Aku dahlah perempuan. Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan. Esoknya jugak dan dan aku terus serah barang barang tu tanda setuju nak berguru. Cewahh.

Maka bermulalah perguruan aku dengan Ustaz AD. Sekolah agama aku start pukul 3.30petang. Kelas dengan Ustaz AD mula pukul 2.30petang sampai lah perhimpunan untuk budak budak kelas 3.30 mula. Orang start beratur, kadang kadang aku tak beratur pun sebab ada lesen besar belajar dengan Ustaz AD. Hehe. Sukalah aku. Takpayah nak beratur panas panas terik tu.

Jadi jadual harian aku pun berubah jugak. Selalu balik sekolah pagi pukul 1.30 sampai rumah sempat makan, lelap sekejap sementara tunggu bas pukul 3 sampai. Bila mula berguru, aku macam Power Rangers lah buat semua laju2. 1.30 balik. Mandi, makan, tukar baju terus pegi sekolah agama jalan kaki. Nak tunggu bas sekolah trip pukul 2 kadang kadang lambat lalu depan rumah. Jadi sambil sambil jalan kalau bas sekolah aku lalu, aku tahan lah tengah jalan baru naik hehehe. Lecak lah jugak ketiak. Tapi nak buat macam mana kan. Habit berkejar kejar ni sampai ke besar aku buat. Heee.

Study punya study, baru aku perasan pen merah yang dia mintak tu, rupanya untuk tanda kesalahan kesalahan matematik yang aku buat. Rotan pulak, utk rotan tapak kaki kalau ada salah. Satu salah satu rotan. Adoii. Alhamdulillah jadi orang. Takdelah pi report polis kena rotan. Uppss. Cuma masa tu tak berani nak tanya kain pelikat tu apa tujuan dia mintak. Jadi aku assume tu hadiah lah. Kawan kawan aku jeles lah jugak masa tu sebab ustaz tu diorang suka, tapi aku yang dapat belajar dengan dia. Yiihaaa. Hahaha.

Fast forward lagi, hari keputusan upsr pun tiba. Aku lupalah aku tercalon ke tak sebagai pelajar harapan sekolah. Maklumlah da 15 tahun berlalu. Tapi yang pasti, aku berjaya dapat 5A. Wuhuuu. Masa tu macam biasa drama air mata aku dengan mak aku. Tapi serius. Aku menangis sebab aku rasa terbayar dengan penat aku selama ni belajar. Drama kan aku walaupun baru 12 tahun. Tapi rasa tu memang aku ingat sampai sekarang. Aku mintak bapak aku berhenti rokok kalau aku dapat 5A. Haah berhenti, tapi kejap je pastu sambung balik hahahahha. Tapi dia botakkan kepala. Nazar kata dia. Memang dia tak pernah botak pun sebelum ni.

So untuk appreciate cikgu cikgu yang terlibat, mak ayah aku bawak pergi Hot Market pilih hadiah. Termasuk hadiah untuk Ustaz AD. Aku pilih jam loceng Tweety masa tu. Beli 5 buah. Satu cikgu satu lah kan. Tiba hari yang dinanti nak bagi hadiah kat ustaz, aku sorok dulu hadiah tu bawah meja. Niat nak bagi lepas habis kelas. Sekaliiiii jam loceng tu berbunyi daaaa! Uncle yang test bateri kat jam tu lupa nak cabut, and it happens kat jam yang nak dibagi kat ustaz pulak tu. Ya Allah. Rasa nak sorok muka bawah meja. Satu kelas bantai gelak. Hahaha. Malu siottt. Dah kantoi tu, bagi je lah terus kan. Dah tak surprise lah hadiahnya apa sebab da bunyi hahahaha.

Sampai sekarang aku ingat benda benda ni semua. Sebab masa tahun terakhir kat U, aku baru tertanya tanya kenapa ustaz tu offer kat aku sorang je. Lama jugak aku fikir. One of the reasons, mungkin dia nampak hala tuju aku. Well macam vision lah orang kata. Mungkinlah. Masa tu mungkin Math aku C, tapi siapa sangka selepas tu aku further study in Accountancy field. Aku sendiri tak sangka. Sebab masa sekolah menengah aku amik Sains Tulen. Result upu keluar, aku dapat offer further Dip in Accountancy. Masa tu tahun 2010. Sekarang alhamdulillah, an ACCA student. A private tutor for Math subject (primary school). An account officer. Hidup aku surrounds by numbers sekarang. Mungkin itu yang dia nampak. Mungkin juga itu adalah apa yang mak ayah aku nampak.

Kain pelikat yang Ustaz AD mintak? Aku rasa aku dah dapat jawapan yang paling logik dan tepat instead of ‘hadiah’. Kain pelikat tu dia akan guna waktu solat dan selitkan doa untuk aku. Wallahualam. Kalau betul, alhamdulillah. Terima kasih ustaz.

Kesimpulannya? Aku taktau nak simpulkan macam mana. Sebab a grateful feeling yang aku rasa sekarang much more meaningful than any other words. You guys please, feel free to conclude apa sahaja iktibar yang baik baik untuk diikuti. Aku meluahkan kerana aku bersyukur bila terkenang balik semua ni. Plus, sebab dah tak boleh lelapkan muehehehe.

For Ustaz AD, saya tak tahu ustaz ingat saya lagi tak. Tapi kalau ustaz go through this story, and terflashback pasal ni, yes that is me. Terima kasih syukur Allah temukan saya dengan ustaz. Saya cuma nak ustaz tau, student yang pernah ustaz personal ajar Matematik dulu dah jadi manusia. Mungkin berkat doa ustaz selain mak ayah dan cikgu cikgu saya lainnya. Mungkin keterlibatan ustaz secara tak sengaja yang buatkan saya rasa speechless dan syukur sangat sangat. Saya nak cari ustaz balik, to show you “Ustaz, saya dah jadi manusia!” tapi tak tahu nak mula dari mana. Semoga ustaz & keluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

– N. A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit