Menantu Hantu

Jarang kita dengar masalah mak mertua dengan lelaki menantu kan. Yang selalu kita dengar adalah. Menantu perempuan hantu, hahaha.

Aku berumur 24. Anak perempuan bongsu. Atas aku semua abang lelaki. Alhamdulillah. Allah uji aku dengan mak mertua hantu. Haha kenapa cakap Alhamdulillah, sebab orang kata kalau diberi ujian pun kena ucap Alhamdulillah. Betul ke?

Kalau nak bercerita pasal keburukan mak mertua ni. Sampai dah tak tercerita. Aku sekarang dah tahap redha dan pasrah je.

Aku berkahwin di usia 20 tahun. Betul, sangat awal. Awal perkahwinan aku tinggal serumah dengan Mak mertua atas permintaan beliau sendiri.

Ketika itu mmg aku dan suamiku sudah ada saving untuk sewa di luar. Tetapi atas dasar simpati. Aku setuju untuk tinggal bersama Mertua. Ya itulah kesilapan paling BODOH dalam hidup aku.

Sebelum kahwin aku dah inform pada bakal suami dan mak mertua aku yang aku tak pandai masak. Susah aku nak explain, orang takkan faham. Tapi kalau dah tak biasa nak masuk dapur, kita akan jadi malu dan segan. Lagi lagi dapur orang.

Kalau mak mertua aku masak. Memang aku akan tolong potong potong bawang dan sebagainya. Tapi untuk aku conquer dapur dan lead masak seorang diri, memang aku tak pandai ketika itu.

Sebelum kahwin mak mertua selalu kata tak mengapa tak pandai. Mak tak kisah langsung pun.

Tapi baru berapa bulan berkahwin. Perangai mak mertua aku ni makin jelas kelihatan. Mak mertua aku ni ada habit suka mengumpat. Hari hari dia akan bergayut telefon untuk kutuk orang kampung di sini.

Aku sebenarnya tak kisah. Ikut suka hati lah kan, dia pun dah besar. Tapi semuanya berubah bila suatu hari suami aku terbaca mesej mak aku. Rupa rupanya hari hari di canangnya keburukan aku. Menantunya juga tak terkecuali jadi bahan umpatan haha.

Beliau setiap hari menghantar report dan ulasan kepada jiran jirannya yang menantu dia tak masak setiap hari. Kesian anak lelakinya kebuluran. Seperti menjadi kawajipan untuk menyebarkan keburukan aku setiap hari. Yang itu aku masih boleh bersabar kerana memang aku belum pandai masak ketika itu.

Tetapi yang paling aku terkilan, beliau selalu menfitnahku. Pelbagai cerita di reka beliau.

Aku suri rumah. Mak mertua ku suri rumah. Jadi kami berdua sahaja yang akan tinggal di rumah. Bapa mertua dan suamiku keluar bekerja. Aku dirumah mengambil upah kecil kecilan.

Mertua selalu mesej bapa mertuaku yang aku setiap hari bangun tengahari walhal aku sudah bangun pagi untuk siapkan upah kecil kecilan aku. Serius aku sudah bangun. Aku tak faham apa tujuan beliau. Bapa mertuaku selalu tiada di rumah beberapa hari kerana jadi kelindan lori.

Mak mertuaku selalu masuk bilik tidur kami dan tangkap gambar untuk dicari kesalahan. Contohnya baju belum basuh . aku akan tunggu laundry bag aku penuh baru aku basuh.Kemudian di hantar pada bapa mertuaku. Dicanangkan aku pemalas basuh baju, tunggu beliau yang basuhkan. Padahal mak mertua ku tak pernah basuhkan baju kami. Sehinggakan bapa mertuaku juga memanggil aku menantu tak berguna.

Beliau juga mengadu pada bapa mertua , yang aku tengking dia. Walhal aku baru berkahwin berapa bulan ketika itu. Takkan la aku nak tengking kan.

Mak mertua ku bukan lah sempurna. Jarang juga dia basuh baju. Sampah dalam tandas jarang sekali dibersihkan. Sinki jarang berbasuh. Rumah akan disapu hanya jika bapa mertuaku pulang.

Aku tidak kisah langsung. Tak pernah amu ceritakan pada orang. Cuma aku tak mengerti mengapa mencari kesempurnaan pada orang lain jika diri sendiri tidak sempurna.

Pelbagai perkara lagi dia suka buat cerita sebenarnya. Walaupun suami aku tahu hal sebenar. Dia tak pernah backup aku/ ceritakan hal sebenar pada bapanya. Dia kata memang risau bergaduh.

Suamiku selalu menyuruhku sabar . Aku tidak pernah bercerita pada sesiapa kerana aku faham tentang aib, hanya suami tempatku mengadu. maka aku menangis setiap malam. Bantal tidur kerap basah di awal perkahwinanku.

Sampai tahap aku dah redha dan pasrah. Aku tak salahkan suamiku. Dia anak lelaki tunggal. Aku tahu dia dilema . Ditegur, mak sendiri. Nanti derhaka.

Sekarang dah 4 tahun berkahwin. Alhamdulillah aku dah selamat berpindah dari rumah mertua tahun kedua . Aman sangat. Syukur. Sekurang kurangnya aku dah ada ruang sendiri. Bebas dari talam.

Selepas setahun berkahwin tempoh hari. Ilmu wanita sudah aku pelajari sedikit demi sendikit. Tidak sempurna tetapi Setakat perihal masak tu aku dah kuasai. Suamiku tak pernah complain tentang kekuranganku. Dia faham jika diberi masa. Semua orang akan pandai.

Jangan salahkan mak kandung aku ya. Mak kandung aku memang terlampau memanjakan aku. Tak beri langsung buat kerja rumah. Aku anggap tu rezeki zaman mudaku.

Mak mertua aku masih dengan perangai yang sama. Kerap mencari kesalahanku. Kesalahan kawan kawannya. Masih lagi up status facebook berbaur aku menghasut anak lelaki tunggalnya. Status bergaduh dengan kawan kawannya.

Tapi yang kelakar bila jumpa, bukan main mak mertua mesra denganku. Tapi dibelakangku membuat cerita tentangku. Pernah satu ketika aku harap mak mertua aku dijemput ilahi lebih awal. Astaghfirullahalazim.

Jangan salah faham ya. Kami masih melawat keluarga suamiku. Tiap minggu. Tapi aku memang sudah tawar hati dengan mak mertuaku. Sudah tiada rasa sayang. Yang tinggal hanya lah secebis rasa hormat.

Aku jumpa masih berborak seperti biasa. Senyum dan salam seperti biasa. Aku anggap ni ujian aku didunia. Walau bagaimanapun. Syurga suamiku masih di tapak kaki maknya.

Semoga mak mertua aku berubah, lembut hati untuk menyayangiku seperti anak sendiri dan sempat bertaubat . Yang penting bukan awalan. Tapi diakhir kematian kita.

Menantu Perempuan jika tidak pandai masak, usah lah dibenci kerana itu. Berilah masa untuk mereka belajar. Jika diberi ruang dan peluang, sekejap sahaja untuk mereka kuasai.

Buat saudara wanitaku. Cukup cukup lah mencari salah menantu perempuan. Kami juga manusia biasa. Tapi kami juga ada limitnya kerana kami hanya manusia biasa. Ke kau orang nak tunggu aku naik hantu.

– Menantu risau akan naik hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *