Menantu Psycho II

Untuk part I, (https://iiumc.com/menantu-psycho/).

Assalamualaikum, Aku kembali menulis setelah sebulan aku menulis di sini.

Semua komen korang, aku baca satu persatu, Allah… Hebat sangat komen kalian menusuk hati ini. Setiap hari mesti aku baca. Kalau lah kita semua berkawan kan, Mesti aku hilang segala tekanan.

Ooo yaaa, Benar, Halusinasi aku makin teruk, Aku jadi mudah lupa apa segala aktiviti harian yang aku buat. Contoh bila sedang mandi, Aku lupa aku dah gosok sabun ke belum,

Kadang sampai aku bau semula badan aku nak make sure aku dah sabun ke belum…Mana tak nya, tengah mandi pun aku dengar suara mak mentua aku.

Tengah tengok cermin pun, aku dengar suara dia kutuk aku’Kau ingat kau cantik”.. Sedang baca Quran, aku dengar suara dia “Alaaa nak tunjuk baik lah tu”. Suara itu kekal dalam telinga aku.

Suami? Dia kerap tegur aku sebab selalu termenung. Tapi aku tak pernah lagi cerita yang aku ada masalah ini.

Yaaa.. ramai komen suruh aku jumpa pakar psikiologi. Namun tak semua diberi kekuatan untuk jumpa pakar.

Maafkan aku, Aku tiada kekuatan.. Aku lemah. Aku tak mampu nak harungi dan lawan seorang diri tapi inilah yang aku buat, Aku tak nak sesiapa tahu.. Melainkan aku dan Allah.

Aku bukan setakat dengar suara mak mertua tapi bila tidur, Aku sengaja ‘pisahkan’ diri aku dari dunia realiti. Sukar untuk aku jelaskan..

Sekarang sudah sampai episod mak mertua aku lumpuh tau. Sedangkan realiti itu TIDAK. Mak masih sihat dan selalu cerita buruk pasal aku kat anak-anak dia yang lain.

Mak ngadu pasal aku kat suami kata aku yang sensetif sangat. Allah, Entahlah… Aku ke yang over sensetif?

Puas sudah suami nasihatkan mak dia agar jaga mulut tapi tak diendahkan, Masih kata aku yang tak anggap dia macam mak sendiri.

Macam mana aku nak anggap dia mak sendiri sedangkan seorang MAK itu yang menghina aku ?.

Setiap malam, Aku ada di dunia fantasi. Sampailah ke subuh. Balik kerja, Aku mandi, Solat isyak aku dah terus ke bilik sebab tak sabar nak ke dunia fantasi.

Kadang lelap mata pun boleh senyum sendiri.. rasa bahagia. Pernah juga suami tegur kenapa aku tidur awal..Alasan yang aku bagi aku penat.

Bila suami pergi ke rumah mak dia tanpa aku ikut, Setiap masa mesti aku ws suami tanya, Mak buat apa, Ade cakap apa-apa tak…

Semua yang mak dia buat semua aku nak tau agar aku boleh selitkan dalam dunia fantasi aku. Contoh kalau suami kata mak makan durian tadi.

So malam nak tidur aku akan ‘nampak’ mak mertua kena serang sakit jantung sebab makan durian.

Kadang bangun pagi dah subuh aku rasa marah sebab aku dah kena hadap dunia realiti. Nak tunggu malam lambat!.

Aku tak pernah cerita masalah keluarga aku pada orang lain even bff aku pun tak tahu, Family aku pun tak tahu.

Kat tempat kerja aku lah orang yang paling kuat ketawa. Kot ada yang kenal aku kan sini, Perempuan yang selalu gelak macam pontianak kat office tu aku lah tu.

Aku nak beritahu satu dunia aku tertekan dengan cara begitu….

Maafkan aku.. Suami, Anak2, Bff dan family aku… Aku penat. Tolong aku…

– Leona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *