Mencari Jodoh Di Baituljannah

Datangnya fake account ni daripada mereka yang daftar secara percuma. Macam nak buat fake account facebook tu. Mereka boleh mesej tapi terhad. Apa yang saya

Assalamulaikum. Sebelum ini ada terbaca pasal jodoh daripada baituljannah. Jadi saya nak berkongsi juga pengalaman saya mencari jodoh ini mengunakan portal ini.

Antara confession yang boleh di baca, (https://iiumc.com/suami-dari-baituljannah/).

Dalam ini akan jumpa bermacam-macam jenis dan peragai manusia. Yang jujur dan yang menipu semuanya ada. Kenapa yang menipu ni, ada sebab mereka guna fake acc.

Baitul Jannah tak kawal ke? Kawal dan perbualan dalam tu akan dipantau, kira bila korang bersembang dalam tu akan ada orang ketiga la yang jaga. Dan segala perkataan macam email, facebook, instagram akan di starkan. Sebab ia betul-betul menjaga perbualan dalam tu. Jadinya mana datang fake acc tu kan.

Datangnya fake acc ni daripada mereka yang daftar secara percuma. Macam nak buat fake acc facebook tu. Mereka boleh mesej tapi terhad.

Apa yang saya bagitahu ini adalah daripada pengalaman saya guna portal ini lah. Untuk mengelakan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku, take note beberapa perkara ini.

1. Jangan mudah percaya pada profile dan gambar yang dipaparkan. Baca profile dengan teliti.

2. Kebiasaanya mereka akan terus mesej menuju ke arah perkahwinan, tak nak bercinta, nak kawin terus. Ceh sini kalau cair habislah. Sebab banyak risiko. Boleh je jadi mereka ni psyko.

3. Bila mereka mesej macam ni, minta mereka penuhkan meter chat tu,sebab portal akan mintakan penuh meter chat dahulu baru pihak laki boleh request untuk taaruf luar. Dan minta jumpa family, tengok apa respon mereka.

4. Tapi ada je yang tak nak penuhkan meter tu dan bagi no dalam macam-macam cara, sebab bagi no dalam chat kat situ adalah larangan terbesar sekali. Kat sini macam-macam alasan yang mereka akan bagi. Mudah nak mesej luar la, jarang buka portal la.

Tolong jangan mudah percaya. Kalau ada jenis ni report je. Biar kena block orang lain tak jadi mangsa. Kalau percaya dan bagi juga no, risiko besar, boleh jadi mereka ni penipu.

5. Selain tu kat profile orang tu akan keluar pendapat dia mengenai wancana yang pihak portal berikan, tapi tak ramai yang nak bagi pendapat, jadi bagi yang ada bagi pendapat, wancana dia akan ada dalam profile dia. Jadi daripada situ juga kita boleh nilaikan selain kita mesej dengan dia.

Apa yang saya kongsikan ini adalah daripada pengalaman saya join baitul jannah tu. Portal tu betul dah nak tolong orang cari pasangan tapi, macam biasalah orang ni suka ambik kesempatan dan peluang yang ada. Cuma kita perlu bijak untuk kawal.

Tapi serius dalam port saya dah kenal macam-macam jenis perangai manusia. Kaji sikap dan tindakan mereka. Ada yang daftar untuk suka-suka je. Bukan serius pun. Tapi kalau yang serius kita akan nampak kesungguhan dia.

Dan walaupun kita diajar untuk mohon pertunjuk daripada yang empunya Hati ini. Dalam proses kenal ini kita dah boleh minta petujuk adakah dia orangnya, yang akan melengkapkan kehidupan kita.

Sebab ini yang saya buat juga dan Allah bagi jawapan. Yang mana mereka bukan jodoh saya. Serasi dan selesa berkenalan bukan faktor utama, malah ia boleh jadi ujian untuk kita.

– Nukilansangpena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!