Mencari Redha Allah

Bismillahirahmannirahim

Pertama sekali aku nak cakap maaf jika ada kesilapan atau mengguris hati sesiapa dalam karangan aku.

Aku sejenis manusia yang overthinking. Tapi aku tulis ni untuk peringatan kita semua.

-Penggunaan bahasa carutan di FB
Korang perasan tak benda ni? Bila mana perkataan yang kononnya hipstur bila korang komen kat page or status orang “jilake,hanat,sila meninggal,sila mampus,hanj****,etc”

Maniskah bahasa kita sebagai manusia?sebagai seorang muslim? Tidak fikir dosa atau pahala kah kita menulis sedemikian? Dan yang lebih teruk bila perkataan tersebut menular ke kanak kanak dan remaja. Apa perasaan korang bila anak anak kecil berbahasa macam tu? Marah,kecewa atau tak rasa apa-apa?

Mungkin juga ada yang berkata “alah,gurau je. Tu pun nak serius” . Soalannya kenapa nak kena bergurau macam tu? Berdosakah jika tak mencarut? Mestilah jawapannya tak. Malah pahala lagi jika dapat kawal diri dari berbahasa kasar.

Dan seronokkah mem”babi”kan orang? Macam mana pulak kalau satu hari nanti kita kena label macam tu? Anak kita? Ibu bapa kita? Suami kita? Isteri kita? Apa yang kita rasa? Mungkin ada yang jawab,”sapa suruh buat perangai?kan dah kena label macam tu”. Hehe. Jangan cakap sombong kawan,kita tak tau nasib kita lagi. Esok lusa kita buat perangai sama macam orang yang pernah kita “babi”kan tu

Ingat kawan kawan,ahli syurga tak cakap bahasa kasar. Ingatlah asal usul kita dan tempat kita bakal kembali nanti. Jangan sampai kita tak balik rumah asal kita nanti. (Kita anak cucu cicit Nabi Adam a.s asal dari syurga kawan kawan)

Dan kadang kadang aku terfikir ,macam mana ya nak minta maaf kat manusia yang kita dok kutuk kat FB ni bila mati nanti? Dah lah tak kenal rupa,pastu buat dosa kat dia pulak. Uish..susahnya. Nak cari manusia yang kita pernah buat salah kat akhirat nanti,dah lah tak tahu rupa macam mana,eh terkecikkan hati dia pulak. Macam mana ek nak cari nanti? Mahsyar tu diibaratkan ramai sampai berlaga betis,macam mana nak cari agaknya ya kawan kawan?

– Aurat

Untuk kawan perempuan,mari belajar perbaiki diri kita dalam berpakaian. Pakai baju yang labuh dan longgar. Belajar pakai sarung kaki atau pakai kasut tutup penuh,pakai sarung lengan. Manis dan mudah anda nak solat. Sambil tu hiasi diri dengan malu.

Kawan kawan yang nak kurus,perbaiki la niat,niat kurus untuk memudahkan menunaikan ibadah. Kurus dapat,pahala pun dapat insyaAllah. Jangan masa berisi pakai baju besar,dah kurus pakai baju sendat. Tak manis sahabat.

Labuhkan tudung sahabat,jangan singkat singkat,nanti nampak aurat. Belum terlambat kita nak bertaubat.

Kawan kawan perempuan,lengan anda tu aurat. Pakai baju lengan panjang,tapi kenapa bila upload gambar pilih yang nampak lengan? Kenapa tak edit dulu kawan? Atau pilih sahaja gambar lain.

Pakai baju,baju ketat
Pakai tudung,tudung singkat
Pakai niqab,selfie kuat
Entahlah sahabat

Pakai baju kat dunia je kawan kawan. Tutup aurat pun kat dunia je. Sekejap je panasnya. Kat akhirat nanti kita bogel beribu ribu tahun dengan matahari sejengkal dari kepala.

Mungkin ada yang rasa coretan aku ni poyo sahaja. Berlagak baik. Tapi percayalah, bila kita ingat seksaan Allah,kita jadi takut nak buat dosa. Oh mungkin akhirat tu lambat lagi nak sampai. Beribu tahun lagi kan?

Tapi,
Mati tu semakin mendekat,tak pernah sekali pun menjauh. Makin hari kita makin mendekati mati. Esok lusa mungkin sampai masa kita pergi,mahukah kita menghadap Allah dalam keadaan Dia murka pada kita?
Mahukah ketika ajal menjemput,kita menjerit ketakutan melihat Izrail?
Menangis kesal kerana melihat tempat yang menunggu kita di akhirat ialah neraka yang gelap?
Mahukah kita menjerit di himpit kubur yang sedia sempit?

Masa tu dah terlambat kawan kawan.
Dah terlambat. Namun selagi masih ada nafas,pintu taubat belum tertutup. Allah dah sediakan syurga untuk kita,tapi kenapa kita yang berlari ke neraka? Allah tak zalim,kita lah manusia bodoh yang menzalimi diri sendiri dan mencampak diri kita dalam lubang kebinasaan.

Kawan kawan

Aku sayang semua. Sebab itu aku nasihat. Aku tau,korang semua baik baik. Lebih baik dari aku yang menasihati. Aku cuma memberi ingatan. Mungkin kita tidak saling mengenali,tapi bukankan semua orang Muslim itu bersaudara? Dan sanggupkah kau melihat saudaramu sendiri dibakar api neraka? Di dunia aku mungkin boleh membantu,menasihati mu. Tapi akhirat kelak kita akan saling salah menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak mahu menanggung dosa.

Fikir fikirlah sahabat. Jangan di sebabkan internet yang kononnya dapat menyatukan ukhwah ni kita jadi bercerai berai. Internet yang kononnya jadi tabung pahala jadi tabung dosa yang mengalir tanpa henti.
Jangan sampai ada dosa yang mengalir di saat kita tidur. Ketahuilah para malaikat tak pernah tidur ya mencatat amal kita.

Akhir kata,aku minta maaf di atas kesilapan aku dalam mencoret kata kata. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah,dan yang buruk itu datang dari aku sendiri.

Semoga ada hati dan iman yang terjentik dari coretan aku.

-aku nak masuk syurga

– Aku nak masuk syurga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit