Meneguk Di Air Yang Keruh

Hi, aku daripada keluarga gemuk. Aku gemuk, kakak2 aku gemuk, abang gemuk, mak dan bapak aku pun gemuk dan saudara mara pun ramai yang gemuk. Senang cakap, keluarga kami senang naik badan. Walau pernah kurus, lepas kawin, semua akan naik badan. Aku bujang lagi, dan mmg gemuk sejak kecil.

Kisahnya, kami yang gemuk ni selalu kena tipu, di ambil kesempatan oleh orang-orang kurus yang mahu menjual produk mereka. Kakak aku pun berapa banyak duit habis makan ubat kurus. Tak juga kurus.

Dah berbuih mulut nasihat, tapi dia masih juga beli. Masih percaya pada produk2 mengarut ni. Aku tak pernah makan ubat kurus sebab benci, dari kecik aku dah tanam dalam minda, ubat kurus, supplement kurus jadah semua ni PEMBOHONG!

Mak aku pun terpengaruh juga, ye la, sapa tak mau kurus, tambahan mak masa muda mmg slim melim. Tapi setelah dibasuh oleh aku, ok la sikit. Aku cakap, ‘kalau nak diet, jom kita buat sama sama. Saya jaga makan minum Mak.’

Bila dah berumur, mmg susah la nak turun berat, tapi secara perlahan lahan berat mak turun, baju pun longgar sikit. Mak pun bukan sihat sangat, ada darah tinggi dan kencing manis tahap cucuk insulin.

Yang jadi masalahnya, kawan lama mak yg jual produk kurus dok kacau. Datang rumah dok ajak join kelab kurus dia. Suruh mak jangan makan dah ubat hospital. Konon nak bawa mak ke rumah beliau, nak jaga sampai mak kurus. Dia main psikologi, kata sayang mak aku, teringat kenangan lama, sampai nangis2 mak. Aku ada je tepi tu. Tengok je drama dia buat kat mak.

Dia tunjuk testimoni orang gemuk jadi kurus. Panggil aku tengok, aku kata tak apa dan geleng kepala. Tak payah la tunjuk, aku selalu tgk rancangan the biggest loser, extreme makeover weight loss, my 600 lbs life, kat fb pon berlambak gambar orang gemuk jadi kurus tanpa makan produk.

Dalam hati aku dah menyampah. Sebabnya setiap kali datang dok mengata badan aku. First time jumpa, dari exact words yang dia sebut, dan aku tulis balik kat sini, ‘ni lagi sakan badannya’.

Dan kunjungan terbaru dia ni, dia kata kat aku ‘besarnya, macam orang dah beranak pinak’. Seriously, tak pernah aku menyampah kat seorang pangkat mak cik2, seperti aku menyampah dia. Aku tak cakap dia dan anak2 dia pendek pun dah besar rahmat.

Ko dan anak2 mmg dari kecil sampai dewasa, membawa ke tua kurus, tak pernah pun rasa jadi gemuk, sibuk nak jual supplement kurus. Nak jadi nutritionist, padahal belajar sampai SPM ja. Pandai nak bagi nasihat suruh berhenti makan ubat. Kang mak aku kena stroke, kena penyakit buah pinggang, korang nak jaga dia kat sepital?

Berbalik kepada ajakan beliau nak bawa mak aku tinggal di rumah dia sampai kurus tu, mak tanya, ‘bagi makan apa kat diaorg sampai kurus?’ Dia tak jawab pun soalan tu. Balik2 kata nak tolong, nak tengok mak sihat macam dia juga.

Lepas dia dah berambus, EH silap, dia dah pulang, aku kata kat mak, ‘dia tak jawab pun dia bagi makan apa, dia kata dia sayang mak sebab kawan dari zaman sekolah, kalau betul sayang, kenapa dia tak bagi je resepi? , biar saya je yang masak kat mak dan jaga sendiri mak kat rumah’

Mak aku tergelak. Mungkin dia baru sedar. Aku sambung lagi syarahan, ‘dia tu cuma nak amik kesempatan je, duduk rumah dia tu mesti kena bayar, bukan duduk free, pastu suruh makan produk bod** dia, alih2 dia juga yang untung, kalau Mak berbuih kat rumah dia, ada dia nak jaga kat wad?’ mak setuju dengan kata kata aku.

Kalau ada anak2 mak cik tu terbaca, nasihat lah mak korang, tak payah la datang rumah kalau sekadar nak berniaga dan mengutuk badan orang. Ingat sikit, tak jadi kat diri sendiri, nanti turun ke anak, cucu atau cicit. Nak datang ziarah mak, aku alu alukan. Tak payah la nak amik kesempatan atas kesengsaraan orang lagi.

Maaflah panjang dan meleret pula, sebab rasa geram dan sakit hati aku masih berbekas. Korang jangan risau pasal berat aku, aku mmg tengah diet pun sekarang, dietnya mudah dan free saja, intermittent fasting. Takde makanan dan minuman khas. Setakat sekarang, berat dah turun 10kg ++. Pasal mak pula, aku berjanji akan sentiasa jaga makan dia. Bagi makanan yang sihat2.

Doakan aku dan mak panjang umur dan sihat selalu. Aku nak berbakti pada mak, jaga dia seperti mana dia jaga aku sejak kecil.

Terima kasih :)

– Montel

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *