Mengapa Sukar Bertemu Jodoh?

Assalamu’alaikum kepada sahabat2 pembaca sekalian.. Diharap semuanya sihat2 selalu dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah selalu.

Terima kasih admin IIUMC sekiranya sudi menyiarkan artikel ini.

Aku hanyalah seorang hamba Allah yang juga mendambakan kebahagian. Umurku hampir memasuki pertengahan 30an. Aku belum lagi berumah tangga dan hidup bersendirian.

Aku hanya ini meluahkan rasa ini dari kalian supaya aku dapat semangat baru dan kata-kata yang positif untuk masa depanku.

Ketahuilah wahai sahabat2ku.. Aku telah diuji dgn pelbagai dugaan sejak kecil sehingga kini. Seolah-olah ujian yang kurasakan itu tak pernah hilang. Ada sahaja ujiannya setiap waktu, detik dan masa.

Aku tahu itu adalah ujian dari Yang Maha Kuasa. Tetapi kekadang aku memerlukan sokongan untuk teruskan kehidupan.

Aku diuji dengan kesakitan dan ujian dr org2 sekelilingku. Aku pasrah dan redha di atas ujian itu.

Aku pernah meluahkan rasa di IIUMC ini suatu ketika dulu berkenaan kesakitan yang aku alami. Terima kasih atas doa-doa dari kalian. Hanya Allah mampu membalasnya.

Ujian kesakitan adalah ujian yang terlalu besar bagiku. Dari segi luaran aku nampak sihat dan boleh pergi ke mana-mana. Aku masih lagi boleh bekerja seperti orang normal dan meneruskan kehidupan.

Mungkin tempat aku kerja ini adalah tempat yang islamik. Itu sebab aku rasa kuat.

Tapi kekadang aku rasa down dengan ujian ini sehingga kan aku malas memikirkan soal jodoh disebabkan aku memikirkan ada ke yang ingin memperisterikan diriku yang serba kekurangan ini.

Kekadang rasa sedih itu datang tanpa diundang. Aku sungguh cemburu melihat orang disekelilingku bahagia dengan mempunyai keluarga masing2 tapi aku tetap bersendirian.

Aku kini punya segala2nya, ada kereta, ada tanah sendiri, tiada hutang yang bertimbun tetapi kenapa begitu sukar untuk aku bertemu jodoh?

Aku selalu berdoa supaya aku dipertemukan jodoh yang soleh, yang memahami dan menerima diri ini tapi sampai sekarang, Allah masih belum lagi mempertemukan jodoh buatku.

Aku bukan tidak berusaha tetapi aku telah mencuba dengan pelbagai usaha termasuklah mencari jodoh di laman sosial pencari jodoh. Tap usahaku itu tidak juga membuahkan hasil.

Aku hanyalah seorang insan yang sederhana, pemalu dan tidaklah secantik mira filzah… Adakah ini pemberat jodoh untukku?

Dan ya, aku juga tidak pernah berkawan dengan lelaki dan tidak pandai bersosial kerana aku berasal dari keluarga yang kuat pegangan agama. Adakah ini penyebab aku sukar mendapat jodoh?

Pernah juga ahli keluarga mencari untukku tetapi tidak berhasil dan perkenalan kami hanya singkat sahaja dan berlalu macam tu saje tanpa aku ketahui sebabnya.. Aku sendiri tertanya-tanya kenapa sukar sangat untukku bertemu jodoh?

Kini aku menjadi semakin runsing bila memikirkan ibuku juga kurang sihat dan ibuku ingin sekali melihat diriku di pelaminan.

Tapi apa kan daya aku sudah ikhtiar dengan pelbagai cara tetapi masih tidak berhasil.

Kesakitan yang ku alami itu alhamdulillah sudah semakin pulih walaupun aku masih lagi perlu mendapatkan rawatan susulan. Segala2nya aku lakukan sendirian tanpa teman yang menemaniku.

Bolehkan sahabat2 semua memberikan aku sedikit kata2 yang positif? Supaya aku terus kuat dalam arus kehidupan yang serba mencabar ini. Mohon maaf andai artikel ini agak panjang.

– Hamba Allah yang mendambakan kebahagian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *