Mengidam

Mengidam

Ternampak ada suami orang post dekat group food delivery. “Tolong saya, mana nak cari durian crepe malam2 ni? Isteri sy mengandung & mengidam tapi tak dapat2”. Gigih betul si suami menahan malu meminta tolong hanya utk tunaikan ape yg isteri nak makan masa mengandung. Tahniah buat suami orang tu.

Mengidam ketika mengandung bukan sebuah perangai yang dibuat2. Yes! This is thread. Hahahahha. Mcm twitter pulak rasa. Mengidam ni die macam terasa2 makanan tu kat dalam mulut kite. Asek terbayang. Dalam hati asek berkata “Sedapnya kalau dapat makan skrg”.

Masa mengandungkan anak pertama, kalau boleh hari2 nak makan tomyam. Hari2 okay! Kalau tak dapat tu macam hampa betul perasaan ni. Pernah satu hari, teringin sgt nak makan nasi goreng tomyam kat kedai thai dalam food court Jusco. Spesifik betul. Tapi hubby balik kerja lambat. Jadi dipujuknya kite makan kat kedai tomyam biasa.

Dalam hati, “Kite nak kat Jusco. Bukan kedai tomyam biasa. Hmmmm”. Tapi bak kate org, jgn diikutkan sgt perasaan mengidam tu. Kalau boleh jgn susahkan suami. Ok fine. Pergi kedai tomyam & order nasi goreng tomyam. Tapi bila sampai order, die bagi nasi goreng kicap yg ade lah dihirisnya sikit serai dalam tu. Suapan pertama, air mata ni tak boleh tahan. Dah macam hujan. Hati ni kecewa, terluka, terguris semua ada.

Suami tanya, knp menangis? Teringatkan mak ayah ke? Jawab aku~ org nak nasi goreng tomyam Jusco, bukan nasi goreng kicap ni! Air mata dah 5 baldi dah masa tu. Hahahahaah. Esok tu, pergi Jusco sensorang semata2 nak lepaskan hajat terpendam. Puas tak terkata walau makan sorang2.

Kadang2 suami tak dapat tunaikan ape yg kite idamkan. Bukan die tak boleh beli tapi mmg sengaja tak nak belikan. Hati jahat ni berkata “Anak kedua, aku nak suami aku rasa erti mengidam tu mcm mana”. Jahat kan? Masa preggy anak kedua, mmg laki aku yg duk ngidam macam2. Hihihihiii. Masa tu, aku pulak yg cakap “Dah lah bang, jgn diikutkan sgt perasaan tu”. Sambil tepok2 bahu suami. Hahahaha. Baru kau tahu mcm mana perasaan aku bila tak dapat nasi goreng tomyam dulu.

Ngandung kan anak ketiga. Pergi Mekah suka sgt bau lantai kat masjid tu. Bau febreez. Wangi. Sedap ni kalau dapat makan. Itu yg aku hari2 bagi tau suami aku setiap kali turun masjid. Balik dr umrah, hari2 suruh suami aku beli sabun febreez. Dapat rasa sikit pon jadi lah. Tak tertanggung dah rasa nak makan ni. Suami aku? Confirm2 lah tak bagi. Sabun? Jadah ape terok sgt perangai nak makan sabun? Dah tak ada makanan lain lagi ke nak lahap?

Hati ni tak tahan. Serius. Pegi Mydin, senyap2 amek sabun febreez yg 1 pack RM1 tu. Masuk dlm troli. Balik rumah, tgk suami aku tak ada. Yes! Line clear. Cepat2 bukak sabun tu & makan sejembut. Alaaa sekadar nak rasa. Bukan nak makan mcm nasi. Time tu mcm “Ya Allah nikmat mana lagi yg ingin aku dustakan”. Hahahahaha. Opss! Jangan tiru aksi ni ye. Bahaya. Aku je mengarut nak makan bukan2.

Fuhhh. Nasib lah tiga2 anak tak mengidam nak makan hati semut ke, otak katak ke ataupun durian taik gajah. Kalau tak? Matilanak nak mencari kat mano. Huhuhu. Terima kasih buat suami terchenta sbb layankan perangai mengidam tah hape2 sang bini ni.

Buat suami sendiri dan suami orang lain, kadang2 isteri mengidam tu bukan sebab taksub dgn cerita dongeng bertajuk “Kalau anak keluar nnt air liur meleleh sbb tak dapat makan ape yg diidam masa mengandung”. Serius bukan~ Tapi perasaan tu tak boleh nak digambarkan mcm mana kalau tak dapat makan. Hanya yg lalui je tau. Part ni alhamdulillah suami aku dah lalui. Hahahaha.

Kadang2 isteri mengidam benda senang je. Nak buah atas pokok jiran sebelah. Nak ayam yg suami sembelih sendiri. Nak air sky juice kat mamak. Nak masak lemak tak ada lemak. Nak asam pedas yg arwah mak buat (matilanakkk mana nak cari tu). Kikikii.

Selagi mampu dan tidak membebankan, boleh je layankan kerenah isteri mengidam tu. Andai kata nyawa isteri tak panjang masa mengandung atau masa bersalinkan zuriat korang tu sekurang2nya suami tak terkilan. Mana tau, itu lah permintaan terakhir dr seorang isteri. Hihihihi.

Pesanan~

Sediakan baldi sebelum hujan. Maklumlah, suami ni kdg2 balik keje tgn tu kosong je. Dah pesan 18 ribu kali, nak beger! nak berger! nak beger! Tapi die bwk balik angin sepoi2 bahasa je. Menangis lah lagi si isteri bertadahkan baldi.

Cerita ni mungkin tak kritikal utk di post, tapi aku saje kongsi cerita. Sekadar hiburan semata.

– Ummi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit