Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera para pembaca IIUMC. Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession saya. Tujuan aku menulis hari ini adalah kerana aku mahu ceritakan satu kejadian yang paling bermakna pernah berlaku dalam hidup aku.
Al-Siraṭ al-Mustaqim atau Al-Sirath, ialah satu istilah dalam agama Islam yang berasal dari bahasa Arab yang secara bererti “jalan yang lurus”. Frasa ini tercantum pada Surah Al-Fatihah ayat 6-7 yang berbunyi:
Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau (Allah) beri Nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah / Pembukaan : 6-7)
Alunan salah satu ayat daripada surah Al-Fatihah yang sering aku dengar dan aminkan tepat jam 8.30 pagi setiap hari di tempat kerja aku dulu. Aku hafal surah ini, tetapi aku tidak pernah tahu maksudnya. Suatu pagi semasa ayat ini dialunkan di speaker pejabat, aku terdetik untuk mencari ertinya di YOU TUBE. Aku klik video tafsir Surah Al-Fatihah ceramah Ustaz Adi Hidayat dari Indonesia dan dengar sambil buat kerja. Penjelasan beliau yang pakar AL QURAN dan Hadis merungkai makna surah ini satu persatu, perkataan demi perkataan dan ayat demi ayat membuat aku sedar yang selama ini aku berada di dalam golongan yang sesat.
Terjawab semua persoalan mengenai keadaan hidup aku selama ini. Selama beberapa tahun ini hidup aku kosong sekosongnya. Aku tiada perasaan cintakan dunia dan akhirat. Aku tak tahu kenapa aku perlu kahwin, kumpul harta semua dan aku juga tidak bersunguh-sungguh untuk mengejar akhirat. Aku tidak mahukan semua itu dan aku umpama bangkai yang bernyawa tiada arah tujuan.
Sambung kembali kepada Surah Al Fatihah tadi. Pemahaman yang aku dapat daripada penjelasan Ustaz Adi Hidayat mengenai Surah Al Fatihah mendorong aku untuk mencari ceramah-ceramah beliau yang lain. Aku istiqomah mendengar ceramah beliau sehingga ALHAMDULILLAH kini aku dah jumpa arah tujuan aku sebagai manusia di muka bumi ini.
Melalui ceramah-ceramah itu, aku pelajari siapa yang ciptakan aku, apa tujuan diciptakan, apa perlu aku lakukan untuk menyempurnakan tujuan itu dan mengapa aku perlu lakukan itu. Ya memang semua ilmu itu kita sebagai umat Islam ada dan memang aku diterapkan mengenai ilmu-ilmu itu dari kecil. Tetapi percayalah kesan ilmu pengetahuan tanpa pemahaman dan ilmu dengan pemahaman itu berbeza. Jika sebelum ini aku tahu Tuhan aku adalah ALLAH. Kini aku yakin Tuhan aku adalah ALLAH. Jika sebelum ini bagi aku dunia ini tidak penting tetapi kini dunia sangat penting bagi aku mencari bekal untuk akhirat kelak supaya aku dapat kembali ke syurga.
Aku pernah sesat dan perasaan aku sangat tidak tenang ketika itu walaupun aku ada semuanya kerana aku tidak fahami tujuan kehidupan aku. Aku pasti ramai yang seperti aku. Disini aku ingin berkongsi pengajian-pengajian Ustaz Adi Hidayat yang boleh semua gunakan untuk memahami agama dan kehidupan kita berlandaskan AL QURAN dan Sunnah Rasulullah.
1. Kenali siapa pencipta kita= cari ceramah mengenai Tauhid kepada ALLAH
2. Fahami tujuan kehidupan kita di dunia= cari ceramah mengenai peta kehidupan manusia
3. Fahami Ibadah kita= cari ceramah fiqh wudhu, fiqh solat, Amalan pasca solat Rasulullah
4. Fahami sunnah Rasulullah= cari ceramah mengenai Rasulallah
Selepas anda semua ikuti setiap ceramah beliau di atas automatik anda akan tahu apa yang perlu anda pelajari, dalami dan praktikkan lagi seterusnya. Aku syorkan Ustaz Adi Hidayat kerana ceramah beliau adalah berdasarkan ayat-ayat AL QURAN dan Hadis disamping penjelasan yang begitu mendalam sehingga aku betul-betul memahami sesuatu pelajaran itu. Jika Ustaz atau Ustazah lain aku tidak pasti kerana buat masa ini aku fokus dengan seorang guru sahaja. Tips untuk semua, aku jenis yang jika dengar sekali je masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Jadi aku buat nota dan akan baca nota itu setiap hari supaya aku tidak lupa dan pelajaran itu melekat dengan aku. Sesiapa yang macam aku bolehlah guna cara ini.
Tolonglah aku mohon agar semua dapat luangkan masa walaupun sedikit untuk mula belajar memahami fungsi kita sebagai khalifah di dunia ini. Aku tidaklah kata aku dah sempurna kerana aku pun baru mula memahami dan mempraktikkan. Percayalah kesannya sangat-sangat memberikan ketenangan. Jika sebelum ini aku baca AL WAQIAH dan ayat 1000 Dinar untuk rezeki, tapi sekarang aku baca kerana aku mahu memahami ayat tersebut, aku mahu memahami apa yang ALLAH sampaikan melalui ayat tersebut. Isu rezeki bukan lagi keutamaan untuk aku kerana aku faham konsep rezeki dan yakin bahawa rezeki itu sudah ditetapkan ALLAH. Perasaan ketika menghadap ILAHI semasa solat, perasaan sentiasa berzikir sepanjang hari…tak tau macam mana nak explain.
“Wahai jiwa yang tenang! (27),
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya (28),
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (29),
dan masuklah ke dalam surga-Ku (30).”
(Al-Fajr 27-30)
Aku selalu baca confession dalam page ini,ada macam-macam versi cerita dan semua manusia ada takdir masing-masing. Percayalah jika kita fahami tujuan kita diciptakan oleh Yang Maha Esa kita pasti tenang. Kita diturunkan di dunia ini pun sebenarnya untuk kita berada didalam keadaan yang tenang. Allah dah berikan petunjuk kepada kita bagaimana untuk lalui kehidupan di dunia dengan ketenangan iaitu melalui AL QURAN dan Rasulullah. Cuma terpulang kepada kita mahu mengikut atau tidak petunjuk itu.
Aku harap semua fahami apa cuba aku sampaikan dan semoga bermanfaat. Doakan aku jumpa jodoh yang baik dan berjaya dunia akhirat. Kepada Ustaz Adi Hidayat terima kasih bangattt atas ilmu yang dicurahkan dan minta di halalkan. Ada sesiapa tahu tak mana nak dapat Mushaf At Taisir Ustaz Adi Hidayat di Malaysia?? Please drop kat comment jika tahu. Terima kasih.
– Cahaya Siang
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit