Menyesal aku, menyesal aku
Assalamualaikum
6 tahun lepas masa mula masuk universiti aku ada kenal seorang gadis dusun. Masa tu memang aku macam orang tak ada agama. Tapi aku terlalu jujur dan bodoh. Bila jalan tak berpandukan agama, jangan berharap pasangan kita nak jujur.. Dia dah terlanjur dengan skandal dia..
Akibat patah hati, aku sisihkan diri dari wanita selama 3 tahun.. Aku tak nak dah couple2 ni. Apa yang terjadi selepas itu? Allah kurniakan seorang wanita kedah yang benar-benar suci untuk jadi KAWAN aku. Tak pakai makeup, ayahnya yang baik dan dihormati, tak pakai gajet dan pakaian mahal2, pergi kelas pakai beg ade telinga kucing, dan dia tak pernah disentuh atau menyentuh, dia sangat tegas, dia tidak bercakap lemah lembut, dia tiada girls logic..
Cukup 4 perkara, Wajah yang tulin cantik , keturunan dihormati, sederhana mengejar harta, takwa..
Tapi, aku tak sedar.. Aku lalai dengan anugerah Allah.. Aku tidak menerima dia walaupun keluarga aku berkali-kali memaksa aku untuk bertunang dengan dia dan KALAU TIDAK mungkin kini kami sudah berkahwin..
Aku keep looking around for another girls.. Aku mula lalai.. ALLAH!!! Aku mula kelembah maksiat ya ALLAH!!!
Maka apa jadi, Allah hinakan aku!!! Allah bagi penghinaan atas muka aku!! Allah dekatkan aku dengan seseorang yang pernah terlanjur dengan beberapa kekasih dan scandal lamanya dan menjauhkan aku sejauh-jauhnya dari dia YANG MULIA itu..
Aku selalu menangis tiap petang memohon ampun dan menyesal atas kesalahan diri.. Benar janji Allah, wanita yang baik hanya utk lelaki yang baik..
Kuatkan aku utk mengubah dia yang baru ini ke jalan yang Allah.. Dan demi Allah, aku akan jauhi dia supaya aku tak dilaknat dengan kehinaan COUPLE..
– Pendosa