Assalamualaikum para pembaca budiman. Terima kasih admin sudi siarkan kisah hidup saya. Kisah yang terpendam lebih 15 tahun.
Sebelum itu izinkan saya menulis dalam bahasa pasar. Lebih santaikan. Tolong jangan kecam, tujuan kisah ini dicoret adalah untuk mendapatkan second opinion.
Pendapat positif dan negative saya boleh terima. Kencaman boleh menyebabkan emosi saya tidak stabil. Saya juga pernah dirujuk ke Pakar PSY. Jadi emosi saya mudah rapuh.
Saya Puan Hanum Sari, ibu anak 6, dengan perkahwinan telah lebih 15 tahun, jadi para pembaca boleh teka umurku sekitar berapakan?
Tidak muda lagi, getah pun sudah penghujung.
Kisah ini bermula seawal perkahwinan, tiada manisnya. Sekadar rutin harian, honeymoon tak sempat.
Bukan tidak mampu, malah pakej pun sudah dibeli. Katanyalah. Ada takde pun tak pasti. Kenapa? Sebab terbongkarnya penipuan beberapa bulan selepas perkahwinan. Isu ape?
Biar aku sahaja yang tahu. Cukuplah kalian tahu, ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Masalah utama ku BUKAN ORANG -3.
Kedua-dua keluarga tidak tahu. Cuma keluarga boleh baca riak muka dan sikapku setiap kali balik kerumah mereka. Keluarga mertua lagi takt ahu sebab jauh.
Aku orang selatan, suamiku orang utara. Setiap minggu aku balik rumah mak. Kadang-kadang sehelai sepinggang. Sangat tidak boleh tengok muka dia AKA suamiku.
Dari satu masalah timbul 1 masalah.. masalah kedua bila aku terpaksa menangung semua perbelanjaan keluarga.
Dengan anak seorang jadi 2. Selang setahun je. Dalam pantangku juga aku meroyan, mujur ada sedikit iman, mujur ada suara yang tegur menyebabkan aku sedar.
Mujur ada ibu yang sangat membantu. Maklumlah kami orang kampung yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mujur aku juga kerja dan berjawatan.
Masalah ke-3 muncul bila kami telah hidup secara normal, sebumbung dirumah yang aku beli, dengan anak telah 2.
Sebelum ini aku pindah masuk rumah ibu, dengan dia tidak bekerja. Semasa mengandung anak no 2, suamiku dapat kerja jauh, yang seingat aku hanya RM200 saje nafkah yang diberikan.
Itupun setelah aku mendesak, perli dan merajuk. Sedangkan duit aku berhabis semasa dia nak pergi lapor diri untuk kerja barunya itu.
Tunggakan gaji yang ribu-ribu tu hanya dibelanjakan makan makanan kegemaranku…. Sedihkan rasa?..
Aku sampai sekarang tak boleh lupa.. sangat!!! Siapa aku? Dapat ribu riban, hanya makanan je yang diberi setelah 3-4 bulan tidak jumpa.
Back to masalah no 3: ape masalah tu? Masalah ini yang utama yang memakan, meragut jiwa ragaku sebagai seorang isteri.
Pada 3 tahun pertama perkahwinan dah macam tu pun, cumanya dengan adanya masalah no 1 dan 2 serta hidup PJJ jadinya aku tidak le perasan sangat. + masa tu kami muda. 20-an kan. Jadinya aku fikir “macam tu kot”.
Masalah ape tu? Hahahaha… serba salah aku nak tulis… malu pun ada. Sebab ini cerita dalam kelambu.
Mula-mula aku rasa normal lah kot seminit dua. Sampai ke seminit? Adalah kot…kalau sesasat tu macam tak logic pulak kan. Ke aku yang tak normal???
Sebab aku pun rujuk Mr.GOOGLE juga. 80% wanita memang susah nak Klimaks. Mungkin aku golongan tu kot… ok lah aku redho je.. masa awal lagi kan.
Baru masuk 3 tahun kahwin… nafsu membuak tapi seminit. Pagi nak, malam nak… lama-lama aku pun naik angin, belum ape-ape eh dah layu…
Aku subur ok. Period on time, jadi memang senang lekat.. gaduh lagi.. face to face.. macam beli jamu lah, supplementlah… hingga gambir serawak pun aku beli tau, bukan laki aku.
Tahun ke 4 ni aku dah mula GILA, aku mudah naik angin, anak aku macam-macam dah rasa, rotan, hanger, pembaris, ranting kayu, pantang salah cepat je angin aku naik.
Sememangnya aku ni memang ada panas baran sikit. Sikit je.. aku lebih bermulut leser n berbisa, OCD pun ada.
Tu adik aku yang cakap lah. Aku ni OCD. Barang-barang aku tak boleh usik tanpa kebenaran aku. Tapi bagusnya aku tidak kedekut ya.
Abang aku selalu pinjam duit. Aku halal kan je. Kawan-kawan aku pun pinjam tak bayar. Aku halal juga. Mungkin sebab tu aku murah rezeki. Aku ada rumah banglo, ada kereta, ada bibik. Semua tu dibayar dari duit gaji aku.
Tahun ke-4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 semakin rancak gaduh hanya bab dalam kelambu tu. Bab lain aku tak gaduh sangat, lebih kepada aku makan hati je. Kenapa makan hati?
Sebab aku tidak diberi nafkah sehingga kini. Duit rumah aku bayar. Duit bibik aku bayar, baju raya aku beli pakej baju dia sekali. Baju harian aku bayar. Dia? makan n Bil api bil air je. Kereta masing-masing bayar sendiri.
Mood aku ok, nak makan sedap-sedap memang duit aku lah. Kenapa aku boleh bertahan? Mungkin aku tiada pengarah luar kot.
Kawan-kawan aku pun tak tahu masalah aku. Aku tak pernah cerita masalah aku pada orang lain. Hanya keluarga aku saje yang tahu.
Tapi biasalah orang kampung kan.. sabar je lah.. janji dia tak pukul bantai sudah… tu ibu aku yang cakap.
Ayah aku? Perli je… ehhhh anak dah 4 takkan tak puas lagi kot…… diam je yang aku mampu. Keluarga mertua tak pernah tahu masalah ini.
Malas 70-80% tangungan bawah aku pun mertua aku tak pernah tahu. Takkan anak dia nak cerita kot….
Tahun ke 14 aku rasa macam dah redho je TAPI masalah no 4 TIMBUL. Ape tu? Aku dah mula bermain dengan perasan, emosi, hati aku selalu berkata-kata.
Kenapa redho tapi masih berlegar-legar dalam otak aku ni??? Aku rasa sebab badan aku dah penat, kerja menimbum, media social dah macam-macam.
Dengar ceramah agama macam-macam, gaji aku pun makin besar. Duduk rumah baru, suami aku beli lagi mahal n nampak mewah. Dapat kitchen idaman. Nafkah zahir tetap takde ehhh.
Sebab dia kata, dia dah bayar rumah, dia dah beli makan… tapi bila dengar ustaz ceramah ada lagi nafkah pakaian yang belum tertunai…
Jiwa aku berkecamuk. Abis dulu2 yang 16 tahun dulu yang aku bayar tu tak ganti ke?… aku dah tuntut ehh tapi dia tak ganti pun. Nanti aku tuntut kat padang masyar.
Nafkah bulan2 nak beli spender, coli, makeup takde eh.. mujur aku kerja. Malah skin care anak-anak dara aku pun aku yang beli tau. BODOH ehhh aku?????
Semua usaha aku dah buat, jumpa tukang urut aku cari, aku bawa.. tapi tu je lah. Sekali je. Dia takde kaki nak gi sendiri.
Kedekut duitnya nak bayar tukang urut batin tu, aku beli jamu ratus-ratus.. adalah 2-3 kali je dimakan ye… selebihnya expired…. So ape yang u olls rasa? Agak-agak ape yang aku rasa?
Dah le umur aku hujung-hujung 30-an.. nak masuk 40.. life begins at 40… aku dah tak rasa ape-ape dah… aku dah tak meroyan benda ni.
Aku rasa aku yang salah. Aku dah tutup buku pasal sex n klimaks. Korang jangan cakap aku tak usaha untuk diri aku eh…macam-macam aku buat. Kot kot aku yang gagal.
Tapi ape yang buat aku sakit n GILA ni. Aku sedang berperang dengan perasaan dan emosi aku sendiri. Kerana ape?
Kerana dia @ laki aku tidak pernah minta maaf dengan aku, setelah selesai walaupun aku menjerit n merajuk selepas itu, dia hanya buat muka n selang beberapa saat bunyi dengkur yang aku dengar.
Aku tanya tak reti nak minta maaf ke? diam seribu bahasa. Tu yang buat hati aku makin tawar. Aku punya merajuk n ego dia bukan sehari dua baik eh… makan 1-2 bulan.. selama itu kami macam orang asing.
Aku rajin mengemas, masak. Aku malas, aku lantakkan je semua.. anak aku yang ada dirumah ni dah sangat faham bila mama merajuk.. masing-masing pandai bawa diri.
Aku rasa aku hanya dipergunakan sahaja untuk kesenangan dia. Ialahkan, gaji aku jauh lagi tinggi dari dia.
Anak semua aku yang jaga, pergi hantar sekolah. Makan minum share-share. Holiday banyak aku yang tanggung. Beras dia beli tapi yang masak tetap aku. Baju-baju anak aku yang jahit. Rumah aku cantik sebab aku yang rajin.
Pokok akarnya aku adalah perfect wife… hahahaha… masuk bakul angkat sendiri. Yang aku takde 1 je: CANTIK… aku biasa-biasa je, anak Banjar hidung kemek. Orang banjar jangan terasa ya.
Dan sekarang kami tengah perang dingin selepas kali terakhir kami bersama 2 minggu lepas.
Aku melayan dia since aku pun normal, tetap bernafsu tapi tu lah, after that merajuk.. gitulah rutin harian selama lebih 17 tahun ini…
So aku nak tanya u olls semua. APE AKU PERLU BUAT? SABAR LAGI? TUNTUT CERAI?
Yang Terluka,
– Hanum Sari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit