Mertua Saya Pun Pengotor Juga

Salam, saya Laila. Banyak pula membaca cerita tentang keluarga mertua yang pengotor. Dulu saya pernah juga teringin nak buat confession macam ni tapi takut dikatakan tak elok diceritakan.

Tapi mungkin penceritaan macam ni perlu supaya dapat membuka mata untuk orang yang tak pernah alaminya.

Dulu saya pun tak terfikir yang rumah orang boleh menghuni rumah sebegitu, lagi pula kalau penghuni tu dari yang berpendidikan tinggi. Ramai yang saya tengok komen rumah motor camtu solat ke?

Saya pun macam orang lain juga, tapi bila alami sendiri saya pun tak tahu nak kata apa, mereka solat, tapi entahlah suasana kurang bersih bagi saya tapi bagi mereka itu sudah bersih.

Saya terbalik pula dari confessor pertama, saya orang bandar, dibesarkan di rumah banglo dari kecil. Ibu saya seorang yang teliti bab kebersihan, jadi walaupun saya ni suka sepah tapi saya tak boleh kalau terlalu kotor.

Kalau bab sepah tu saya memang selalu kena bebel sampai dulu ibu risau kalau saya kahwin dengan orang yang pengemas nanti macam mana lah.

Sebenarnya saya kalau kemas memang kemas habis-habisan tapi lepas tu saya sepah balik, tapi bila datang mood saya kemas balik.

Ditakdirkan saya berkahwin dengan orang dari negeri yang jauh dari bandar saya ni, tapi bukan lah kampung sangat sebab kedua mertua saya bekerjaya pendidik jadi sebelum kahwin saya fikir oklah mungkin kami ni sekufu.

Sebelum kahwin suami ada bagitahu yang rumah ibu bapa dia semak sikit, saya fikir mungkin semak sikit tu macam rumah keluarga saya barangkali.

Rumah mereka nampak sedikit lusuh dari luar (saya google maps saja dulu sebab tak pernah singgah pun rumah mereka sebelum kahwin).

Tapi saya tak kisah kalau rumah buruk sikit pun sebab saya pun dah biasa pergi tidur rumah keluarga yang susah dikampung asal mak ayah saya dengan harapan dalam rumah mertua pun selesa la sebab pemikiran saya waktu tu,

Kadang2 kalau orang rumah kampung pun luar nampak buruk sikit tapi dalam rumah masih selesa jadi saya mengharapkan macam tu lah. Sekurang-kurangnya ruang tamu dipastikan kemas untuk menerima tetamu.

Lagi pula bakal mertua berpelajaran tinggi, salah seorang dari mereka belajar di luar negara, tidaklah tercapai fikiran saya bahawa keadaan dalam rumah mereka sebegitu.

Hari pertama lepas kenduri sebelah suami saya agak terkejut bila masuk ke rumah mereka, tapi saya bagitahu diri sendiri yang saya dah kahwin pun dengan orang ni & keluarga dia, terima saja lah..

Selalunya yang saya perasan orang bila nak sambut menantu, ada la juga effort bagi rumah tu kemas sikit tapi ini tidak, keadaan rumah agak memeranjatkan.

Kalau ibu bapa saya datang rumah ni mesti mereka pun terkejut.. nasib lah mereka belum pernah sampai lagi rumah mertua ni, kenduri pun buat di dewan sebab tu tak pernah singgah lagi.

Tahun pertama perkahwinan setiap kali saya balik dan waktu itu tengah mengandung saya cuba juga tolong cuci tandas, lap lantai yang dah hitam tu terutamanya di dalam bilik saya tidur.

Lepas dah ada anak, lagi saya bertambah stress nak balik sana sebab mestilah kalau boleh nak rumah bersih untuk baby..

Jadi saya cuci lagi lantai semua, kerisauan bertambah bila anak dah start merangkak. Setiap kali suami nak balik rumah mertua saja saya mesti akan buat perangai stress saya, sampai suami pun jadi marah.

Bila saya start buat projek cuci lantai guna baby wipes tengah malam ketika semua dah tidur, suami tiba2 terjaga dan saya dimarahi.

Saya tak berani nak beritahu suami saya yang saya sangat tak suka keadaan rumah mertua tu, takut kecil hati, jadi saya stress sorang2 dan sebenarnya agak terserlah attitude saya tu di depan suami. Di depan mertua saya buat cool saja.

Sebenarnya saya agak tak berpuas hati sebab dari hari pertama saya ke rumah mertua, suami tak pernah pun nak tenangkan hati saya dengan keadaan rumah mertua macam ni,

Macam harap saya selesa lah setiap kali balik, kita tak boleh nak buat apa dah sebab mereka dah memang biasa macam ni, kita balik sekejap2 saja..

Tak sepatutnya dia marah kalau saya nak tolong cuci dan cuci lah bersama sebab ni rumah ibu bapa dia juga.

Sejak dari scene tu saya dah malas nak ambil kisah macam confessors lah, balik pun malas nak cuci dah. Satu masalah mertua saya suka simpan banyak barang, jadi barang terlalu byk dalam rumah tu dan semak.

Saya pun bukan lah seorang yang terlalu pengemas, saya juga ada banyak barang, tapi saya tak suka kalau dibiarkan kotor.

Nak semakkan barang dengan barang yang banyak takpe tapi tolong lah buang habuk dan cuci yang hitam. Boleh saja nak susun elok-elok, tambah rak lagi.

Bila bilik tu dah mula naik kulat halus tu boleh dilap. Lantai yang dah hitam berdaki boleh dimop. Saya lap pakai baby wipes pun hilang.

Dulu saya fikir kesian mereka ni dah tua dan tinggal berdua saja sekarang, mungkin tak larat nak kemas jadi saya balik nak tolong kemas tapi dimarahi pula.

Mertua pun bukannya tak ada duit nak tambah rak, nak ubah suai rumah untuk jadi lebih selesa, tapi mereka dah selesa hidup macam tu, dah sukar diubah.

Suami pula asyik kata standard kebersihan saya ni tinggi sangat, padahal saya rasa level saya ni medium saja. Kalau high standard mestilah yang kena sentiasa kemas dan tak boleh tengok kotor langsung.

Saya tengok rumah adik beradik mertua saya, tidak lah seteruk rumah mertua saya ni, kadang kala saya tertanya kenapa mereka memilih jadi begini?

Sekarang sejak tak boleh rentas negeri ni saya lega sikit tak boleh balik. Macam agak jahat fikir camtu tapi sekurangnya lepas ni anak2 pun dah besar sikit sekarang kalau balik ke rumah mertua pun takde lah mereka nak kutip makan benda atas lantai.

Kalau mertua datang rumah saya, saya okay saja.. cuma saya selalu tak sanggup nak ke rumah mertua..

Dah 6 tahun perkahwinan, walaupun dalam hati tu selalu saja sakit hati dengan perangai suami. Sekarang anak kami dah bertambah, jadi rumah pun dah bersepah dengan mainan. Hari-hari saya akan cuba kemas sebelum anak bangun.

Pinggan pun selalunya dan bangun pagi baru saya cuci yang malam sebab penat tertidur.

Saya pun bekerja. Bila kena bekerja dari rumah ni kadangkala tak larat, tapi suami ada hati nak membebel kepada saya bila saya biarkan tak cuci macam tu, dia tolong pun sekali sebulan saja agaknya tapi nak claim yang dia selalu tolong.

Padahal hari-hari saya vakum satu rumah, saya yang masak, cuci pinggan, mop rumah beberapa kali seminggu.

Suami selalu sidai kain, tu pun bukan sepanjang masa dia seorang sahaja buat. Sebenarnya perkenalan kami sebelum berkahwin agak singkat sebab tu kadangkala saya rasa menyesal dengan pilihan saya ni, ada saja calon lain sebelum ni tapi saya pilih juga suami saya ni.

Banyak kali dalam seminggu rasa macam nak berpisah saja sebab sakit hati, tambah pula nak kena balik rumah mertua macam tu, kena marah pulak kalau nak bersihkan. Kat rumah sendiri bila tak buat nak marah kita pulak.

Sekarang bila balik rumah mertua saya dah cuba untuk kurangkan rasa stress tu, cuba saja lah buat taktahu saja. Pasrah saja lah. Saya bertahan saja dengan suami demi anak2. Saya fikirkan ini adalah ujian untuk saya, ini pilihan saya 6 tahun lalu.

Mindset saya dulu berbeza sebab ingatkan orang yang berpendidikan ni mungkin takde lah rumah akan kotor sangat, sekurang2nya selesa lah, tapi bila dapat mertua dan suami macam ni terbuka sikit minda saya,

Jadi saya pun akan jadikan pengalaman saya ni untuk nasihatkan anak2 saya supaya kaji dulu keluarga mertua, kalau nak juga masuk keluarga tu, kena lah terima dan jangan stresskan diri..

Jangan ingat didikan orang lain sama macam kita. Common sense kita juga takkan sama dengan common sense orang lain depends on our upbringing.

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *