Merungut Kerana Installment Kereta

Aku seorang fresh grad, bujang dan baru dilantik bekerja kerajaan dengan gaji pokok sekitar RM1800+ dan total gaji kasar adalah sekitar RM2800+ sebulan. Gaji bersih aku dalam 2400++.

Aku nak berkongsi dengan semua kenapa kereta pertama aku memilih kereta secondhand berharga bawah 15k walaupun dengan gaji aku, aku mampu dapatkan kereta Axia baru berdasarkan kiraan 2400/12=RM200-300 sebulan untuk 9 tahun installment kereta.

Aku mempunyai sebuah kapcai yang masih tinggal 1 tahun installment dengan kadar bayaran RM160 sebulan. Sebelum memilih kenderaan, dalam pemikiran aku, aku hanyalah memerlukan kenderaan untuk bergerak dari rumah sewa ke kampung halaman. Jauhnya adalah sekitar 2 jam perjalanan. Perjalanan ke tempat kerja hanya mengambil masa 5 minit perjalanan.

Aku bekerja syif, amat jarang sekali bercuti. Boleh dikatakan dalam seminggu hanya beberapa hari mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman menjenguk keluarga. Kereta pertama ini dibeli adalah dengan tujuan keselesaan dan keselamatan untuk pulang ke kampung. Pernah aku menaiki motosikal untuk pulang ke kampung, akibat perjalanan yang jauh, pinggangku sakit. Pernah juga hampir terbabas kerana melanggar lubang di jalanraya.

Aku memutuskan untuk mengambil sebuah kereta perodua secondhand dengan harga RM12k dari kenalan. Kereta ini langsung tiada masalah. Modal ini aku pinjam daripada ayah aku. Pembaharuan Roadtax, insurans dan proses tukar nama kira-kira hampir RM12.6k dihabiskan untuk kereta tersebut. Aku juga perlu memikirkan bayaran insurans dan roadtax selepas 1 tahun dari sekarang. Harganya sekitar RM600++ insurans first party dengan nilai perlindungan kereta RM10K.

Bila pulang ke kampung, kalau dahulu dengan menaiki motosikal aku hanya memerlukan RM10 minyak pergi dan balik perjalanan ke kampung beserta RM50 sebagai spare sekiranya tayar pecah dan sebagainya. Dengan menaiki kereta, pergi balik sahaja aku perlu sediakan RM100 (minyak dan tol) . Simpanan kecemasan juga perlu disediakan andainya mempunyai masalah tayar pecah dan sebagainya.

Tukaran untuk sebiji tayar kereta yang pecah adalah sekitar RM300. Kadang-kadang terpaksa menghadap jem ketika berada di jalanraya. Kereta ini aku hanya gunakan untuk memudahkan perjalanan balik ke kampung, perlindungan daripada hujan tapi aku tak sanggup habiskan berpuluh-puluh ribu untuk sebiji kereta yang jarang digunakan.

Mungkin bukan sekarang, kerana aku masih fresh grad banyak lagi keperluan yang perlu untuk aku tumpukan. Bila mempunyai kereta, aku sudah tidak mempunyai masalah untuk memindahkan barang-barang besar dan penghantaran ke kedai dobi untuk cuci baju yang kotor.

Aku hairan melihat rakan-rakan membeli kereta pertama yang memerlukan bayaran bulanan hampir 70% daripada gaji. Bagaimana mereka selesa membayar 70% daripada gaji mereka untuk membayar nilai kereta yang akan menyusut setiap tahun. Pada akhir bulan pula kerapa aku mendengar rungutan dari mereka mengatakan gaji tak cukup dan terpaksa membuat overtime untuk menambah pendapatan.

Kenapa merungut kalau diri sendiri yang memilih bekerja untuk aset yang jarang digunakan. Aku lebih selesa mempunyai simpanan yang banyak yang boleh aku laburkan ke tempat lain berbanding membayar aset yang di luar kemampuan aku. Biarlah membeli kereta atas sebab keperluan bukan untuk menunjuk kepada rakan-rakan.

Bukan selamanya memakai kereta secondhand. Selepas stabil, gaji dah naik, pangkat dah ada beli lah kereta baru yang lebih selesa. Kereta pertama yang dibeli tu boleh pula jual kepada orang lain atau diberikan kepada adik beradik lain.

– Seorang Lelaki

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *