Mesej Buat FA & Mommy Baru

Hai FA di confession (https://iiumc.com/bukan-aku-nak-macam-ni/), apa yang awak alami is postpartum depression (PPD).

Jangan malu untuk mengaku awak level meroyan sebab banyak je orang mengalami termasuklah saya. Lama atau sekejap depends pada masing2.

Kurang pendedahan tentang PPD pada umum so kadang orang taktau, ingat tak normal, or andaikan eh dia ni ngada2 je lebih. Boleh jadi kepada sesiapa sahaja.

PPD ni sangat merbahaya sampai boleh bunuh anak sendiri tanpa kite sedar.

Saya bukan macam awak, mohon doa nak anak.

Tapi alhamdulillah Allah tiupkan jugak nyawa pada rahim dan by months makin naik2 hormon nak jadi ibu makin bertambah sayang pada kandungan sendiri.

Saya pun research macam awak apa kena buat after dapat baby. Tapi bukan kite mintak kan macam awak cakap. Hormon unbalanced after beranak is real. Certain orang takkan faham selagi tak alami.

Orang yang dah try to conceive (TTC) 10tahun pun, dapat anak mana mungkin expect akan meroyan padahal menunggu anak dah lama ni.

Kepada sesiapa yang berjaya tanpa meroyan sekejap tu please janganlah berlagak.

Ingatlah tu nikmat Allah bagi. Dan jangan pulak hina mak2 meroyan ni kurang iman, tak ingat tuhan, gedik manja, ‘orang nak anak kau pun nak anak, dah ada anak tak reti jaga’.

Yes saya hadap makian2 orang begini and it really doesn’t help.

Apa yang terjadi pada saya, mcm puan jugak. Padahal dah pergi kelas, tapi anak lahir tak reti bedung anak. Doktor tanya anak dah berak? Saya jawab taktau.

Family saya check, najis sampai keras. Nak menyusu anak lagi lah. Anak 3 hari kurang susu mak saya suap air zamzam je.

Saya pun pernah lempang baby sampai merah2 pipi, lempar ke katil. Please dont be ashamed. It can happen to anyone.

Tips untuk FA, take a time rest. Awak untung suami memahami so minta dia bantu.

Sewaktu pantang, susu overload, pakai milk collector dan bagi suami susu kan anak pakai cup, or picagari or bottle sementara awak tidur lah sekejap kalau dah tak tahan sangat penat tu.

Tak dosa pun mak rehat sekejap dan ianya membantu bonding time anak dengan ayah.

Second, know your own limit. Awak sendiri tahu bila awak akan start mengamuk.

Once dengar ‘suara2’ suruh hempas anak, lempang anak, terus panggil suami mintak take over.

Awak pergi lah tenang kan diri sekejap, jerit dalam bilik, zikir banyak2 balik, minom air, menangis, then luah kat suami.

Mintak suami jadi pendengar yang setia. ‘Saya stres abang, budak ni tak henti nangis, nak nyusu, saya tak dapat tido, saya tak faham apa dia nak’ suami pulak jangan batu api dan tolong faham dan bersabar.

Jawab je ‘takpe sayang, awak pergi rehat, takpe kte baru belajar, takpe nti saya tengok apa tak kena’ ayat2 gini dah tenang kan kite sedikit

Next, belajar dan belajar lagi. Macam kebanyakan komen cakap awak perfectionist. Betul tu. Saya tak salahkan awak. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri kan.

Tapi kena ingat takde sapa yang perfect. Kite masih proses belajar. Anak first kottt.. Bukan nye dah beranak sampai 10 orang and tau semua benda kan.

Bak kata doktor saya, jangan terlampau rigid. Macam2 boleh jadi to a baby.

Baby dia lain, baby orang ni lain, baby kite lain. Keep on readings macam fb or ig influencer share untuk menambah ilmu. Jangan pernah rasa cukup.

Dah menyusu 6 bulan, ilmu bagi makan pulak, lepastu tumbuh gigi pulak, berjalan pulak. Lepas ni lebih prepare kan diri lagi ye.

Surround yourself with positivity. Kalau awak rasa family awak buat jadi makin meracau, balik lah dan jaga anak dengan suami sahaja.

Jangan rasa eh lagi bahaya berdua je dengan suami jaga anak. Kalau untuk mak PPD, ada family yang tak membantu dan menambahkan stres, ini lebih bahaya.

Saya jaga sendiri dengan suami anak makin bertambah2 bulat. Walaupun ada la kelam kabut set up rumah terkencing kat sofa tapi suami gelak dan buatkan proses jaga anak jadi lebih fun.

Lastly nasihat saya, waktu awak normal dan tenang, pandang muka anak dan ingat lah kasih sayang tu. Remind each time, saya tak nak dah buat anak macam tu.

Kalau lepastu ada termarah lagi, takpe. Its learning dan belajar dari kesilapan. Kenapa boleh jadi macamtu.

Macam mana aku nak kurangkan marah kepada anak. Letak moto saya nak seminggu taknak marah tengking anak. Then naik2 kan lagi 1 bulan, 2 bulan.

Saya sejujurnya rasa tak pernah lagi over PPD ni. Anak dah nak dekat dua tahun, kadang2 masih mendengar lagi suara2 suruh lempang, suruh tutup mulut anak dengan bantal.

Cara saya cuma cepat2 lari dan sedarkan diri mana satu reality. Selepas dah kurang, saya cakap dengan suami, saya macam nak anak baru so that saya nak prove kan diri saya boleh buat lebih bagus daripada sekarang.

Kemudian bila tengok anak sendiri saya sedar, sepatut nya apa saya kena buat is shower my child here with all love i can give untuk tebus balik apa yang teruk saya pernah buat pada dia.

Dia baby yang tiada dosa dan saya kurang sabar dan tiada ilmu macam mana nak handle anak.

Sejujur nya jugak, ada bad effects saya tengok pada anak saya sepanjang pembesaran dengan mak PPD.

Dia jadi takut dengan saya, walaupun baby 2 tahun,tapi mungkin dia ingat dan faham saya jerit dan marah. Kadang2 dia jerit kembali pada saya.

Ada saya perasan dia pukul untuk dapat attention. Jadi saya harap cepat2 lah sedar dan rawat PPD. Penyakit ni bukan effect kte sahaja, effect kepada hubungan suami isteri dan paling teruk ke anak sendiri.

Alhamdulillah anak masih kecil dan saya masih berpeluang untuk belajar cara2 nak didik dia guna kelembutan dan kasih sayang balik.

Buat FA dan new mommy, we can do this. You can do this.

New mommy, sila expect the worst, jangan ingat jadi mak macam movie happy2 ye.

Older mommy, sila jangan kecam dan bagi nasihat yang membantu.

Lots of love to FA, remember you are not alone my dear. Harap dapat membantu.

– Cik B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *