Mimpi dan Ayah

Hai. Aku cik A. Umur 29 tahun dan anak perempuan tunggal daripada 5 orang adik beradik. Terlebih dahulu aku minta maaf jika cerita aku ini tunggang terbalik. Apa yang aku nak confess pasal mimpi aku tentang arwah ayah yang dah 5 bulan meninggal dunia.

Tahun lepas bulan september aku kerja di sebuah pasaraya sebagai kerani dan aku dapat kemalangan di tempat kerja. Kaki aku patah teruk dan doktor kata perlu ambil masa selama 6-7 bulan berehat dirumah.selepas dua minggu di hospital aku balik rumah. Dua minggu berada di rumah, aku memang berehat sepenuhnya dan habiskan masa dengan ibu dan arwah ayah.

Ada satu malam tu aku mimpi aku berada dalam sebuah majlis bacaan yassin dirumahku dan diluar rumah tak henti-henti hujan. Ku lihat ada sekujur tubuh yang telah siap dikapan kan berada diruang tamu rumah. Bila dekat dengan tubuh tu aku terkejut kerana jenazah itu ayah ku! Bila bangun pagi, aku rasa kan mimpi itu cuma mainan tidur saja. Tapi hampir setiap malam aku alami mimpi yang sama selama sebulan.

Tak lama selepas tu, ayah khabarkan pada aku doktor minta ayah jalani pembedahan jantung di ijn kerana injapnya ada masalah. Aku risau hingga aku meminta ayah untuk tak pergi ke ijn. Ayah katakan padaku, ayah mesti pergi sebab ayah nak baik dan sihat. Aku terpaksa akur dengan keputusan ayah. Kesihatan ayah sebelum pergi ke ijn sangat membimbangkan aku.

Dia demam, tak lalu makan, tak bermaya. Makin menguatkan lagi kerisauan aku. Setiap hari aku peluk ayah terutamanya bila menonton tv dan dimeja makan. Adik-adikku pelik dengan perangai aku kerana aku bukanlah jenis yang manja. Rasa takut kehilangan tu memang bersarang dalam jiwa tapi tak pernah aku suarakan kerana ayah bersemangat untuk hadapi operation jantung itu. Aku cuba berfikiran positif dan berharap aku takkan alami mimpi sebegitu dalam masa terdekat lebih-lebih lagi aku tak berupaya untuk membawa kenderaan dengan keadaan kakiku masih dalam fasa penyembuhan.

Februari 2018

Hari pembedahan itu tiba dan aku cuma menunggu khabar berita dari ibuku. Malam tu aku tak mampu tidur memikirkan keadaan ayah yang masih dalam dewan pembedahan di ijn. Pada pagi esoknya selepas pembedahan, ayah dalam keadaan meronta2 dan tangan nya ingin mencabut wayar yang ada dibadan. selepas itu, doktor berikan ayah ubat tidur dan ayah alami koma selama 2 minggu. Dia ditahan di wad icu. Ayah sedar semula selepas 2 minggu dan harapan aku dan ahli keluarga yang lain melihat ayah sembuh itu ada. Doa kami tak putus-putus.

Jun 2018

Ayah masih ditahan di icu kerana jangkitan kuman. Aku dan adik beradik lain masih lagi memberikan kata-kata semangat pada ayah. ayah manusia kuat yang aku kenal. Dia berusaha sendiri untuk duduk diatas katil walaupun badan sudah tidak bermaya lagi.  Pagi selepas solat hari raya aku dan adik beradikku terus bergegas ke ijn untuk melihat ayah.

Hari itu aku rasakan berat sungguh untuk melangkah keluar dari bilik dimana ayah ditempatkan. Seolah-olah itulah hari terakhir aku dapat lihat ayah dalam keadaan sedar. Satu minggu selepas itu, ibu khabarkan keadaan ayah semakin teruk. Hatiku semakin tak tenteram memikirkannya. Pada 15 syawal mimpi aku betul-betul menjadi kenyataan!. Dan sama seperti dalam mimpiku, hari itu adalah hari hujan dan ayah.

Berhari-hari juga aku salahkan diriku kerana tak menghalang ayah ku sungguh-sungguh untuk tidak pergi melakukan pembedahan itu. Tapi akhirnya aku redha juga, tak pergi ataupun tidak pembedahan itu, Allah tetap ambil juga ayah dari kami.

– Miss A

hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *