Mimpi Itu Menghantui Aku

Hai readers. Assalamualaikum. Sedikit mukadimah, cukuplah aku dikenali sebagai Itik. Sudah berkahwin dan dianugerahkan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Alhamdulillah. Usia perkahwinan baru setahun jagung, lebih kurang 6 tahun macamtu. Kira umur sekarang ni dah masuk 30-an (OMG! Tua dah, lagi mimpi bukan-bukan)

Sambil-sambil aku menaip ni, sambil-sambil juga aku bergelut dengan baby boy yang manja ni. Biasa lah, tengah melasak. Hehe. Berbalik pada tajuk aku tu, lately ni mimpi aku benar-benar menghantui aku.

Bayangkan, kisah lama zaman bujang. senang cite ‘crush’ la tapi lebih kepada teman tapi mesra, muncul dalam mimpi. Since aku kahwin, aku tak pernah stalker dia.

Even sebelum kahwin pun aku tak simpan dah nombor dia, unfriend FB, semua lah media sosial aku tak add. Aku namakan dia ni Kambing lah ea. Senang sikit.

Throwback kisah lama, Kambing ni satu tempat kerja aku dulu. Boleh dikatakan first job aku lah after graduate. Aku department lain tapi dia department lain.

Nak dijadikan cerita, Aku kena support dia, support kerja-kerja dia. Kira aku ada 2 department lah. Biasalah budak baru, gila kerja pulak masa tu. Jenis tak duduk diam jadi aku accept je la.

First time aku jumpa dia masa meeting backup tugas, memang sombong. Aku jeling je. Biasanya orang yang sombong dengan aku ni, end up jadi rapat. Haha.. dia workaholic dan tak suka orang kacau kerja dia.

Tapi nak buat macamana, dah GM suruh. Akur jelah. Aku pulak serba salah. Hmm.. Dia buli aku eh, tapi aku tak kisah pun. Hehe

As am expected, yes lama-lama dia rapat dengan aku. Dia tunjuk ajar aku, kerja apa semua. Tiptop. Dan aku makin suka dia, cinta mungkin.

We share almost everything.

Tengok bola, tengok wayang, cari tempat makan best, teman aku pergi wedding kawan-kawan eh hampir semua tempat la aku pegi dengan dia, cuma karaoke je dia tak layan sangat. Aku suka karaoke. Hehe.

Time tu, aku rasa kitorang ni dah macam couple. Aku dapat rasa yg dia pun ada hati kat aku, kalau tak buatpe dia layan aku, bazir masa dgn aku, beli hadiah jam tangan berjenama masa hari jadi aku.

Perempuan kan ada instinct special. Cumanya kitorang tak confess. Dan aku pun sama. Dah orang tak confess takkan aku nak terhegeh-hegeh pulak.

Si Kambing ni pernah cerita kisah silam dia. Living in KL, dgn kad kredit zaman study memang enjoy habislah.

Kambing cakap dia bukan orang yang baik even mak bapak dia pengetua, dia pernah join kongsi gelap, pernah langgar orang kot entah lah aku pun tak ingat sangt yang bad things dia cerita ni tapi dia memang takde lesen, kena gantung. Wallahualam..

Aku tak ingat seberapa lama aku rapat dengan dia, tapi yang aku ingat ada 2 perkara ni yang buat aku move on dari Kambing ni.

Pattern aku, kalau aku dah sayang sangat, aku akan lepaskan. Bodohnya aku masatu aku tak pernah luahkan perasaan aku. Tapi takpelah, i keep it myself.

Then, 2 perkara tu adalah kejadian di mana hati aku berkecai tanpa dia tahu. Haha..

Perkara pertama yang buat aku sangsi, aku stalk FB dia dan berdasarkan intinct aku, aku jumpa 1 awek ni kat FB dia. Agak rapat.

Awek tu ada anak dan anak awek tu sebijik muka Kambing! Awek tu orang Sabah, cantik! Aku pun sedarlah diri sikit, nak dibanding dengan aku jauh panggang dari api. Haha.

Perkara kedua yang buat aku stay away from him, aku terbaca mesej dia terima dari seorang wanita yang mengatakan nak bermalam rumah dia. Kelihatan seperti dah biasa bermalam sebelum-sebelum ni. Fuh, rabak hati aku masa tu. Haha.

Makanya, bermula dari saat itu aku move on. Aku hadiahkan senaskhah AlQuran untuk dia dengan harapan kau akan berubah satu hari nanti dan ya aku masih sayang dia sekitar tahun 2012-2013. Emm lupa dah.

Maknanya sekarang dah hampir 10 tahun aku lupakan dia. Tak semena-mena dia muncul dalam mimpi aku.

Benarlah mimpi ni mainan syaitonn. Apa patut aku buat untuk hapuskan mimpi-mimpi tentang dia. Tak semena-mena juga aku flashback kisah lama aku dan dia.

Ya Allah ampunkan aku. Tolonglah aku, macam mana aku nak hindarkan diri dari mimpi-mimpi berkaitan dengan Kambing ni.

Sebelum ni ada mimpi juga, 3 tahun yang lepas tapi aku berjaya melawan dan ignore. Tapi tahun ni berkali-kali aku mimpi dia. Paling latest malam tadi.

Kenapa eh? Padahal aku tak stalk dia pun. Ingat kat dia pun tak.

– Itik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit