Minat dan Kerja

Minat dan Kerja

Assalamualaikum warahmatullah..

Saya Aisyah lepasan universiti dari salah sebuah negeri di pantai timur tanah air dan saya telah pun bergraduasi pada tahun 2016 dengan segenggam skrol ijazah sarjana muda di jari. Dan sejak itu saya mula mengorak langkah ke dalam dunia pekerjaan sama seperti graduan-graduan yang lain. Tapi jujur saya katakan, sepanjang 26 tahun saya melangkah.. belajar.. menghadapi peperiksaan.. bergelak tawa dan menangis bersama kawan-kawan. Saya tidak tahu apa yang saya mahukan.

Saya rasa sebelum ini saya hanya mengikut membuta tuli apa yang kawan-kawan saya lakukan. Sejak habis persekolahan, saya mengikuti jejak langkah normal pelajar-pelajar seperti saya. Untuk pengetahuan, saya bolehlah dikatakan tergolong dalam kalangan mereka yang terpelajar. Meskipun saya hanya bersekolah di sekolah kampung, tapi keputusan saya dan rakan-rakan sekelas amat memberangsangkan. Sekarang pun ramai rakan-rakan sekelas saya yang telah berjaya menjadi doktor, pharmacist, peguam, doktor gigi, pekerja di bank, guru dan ramai lagilah yang sudah berjaya. Mungkin kerana itulah salah satu sebab mengapa saya berasa kecewa dan malu dengan keadaan saya sekarang ini.

Sambung kembali..setelah saya menamatkan persekolahan, saya menyambung pelajaran saya ke matrikulasi tanpa tahu apa yang saya minat dan inginkan. Yang saya tahu, itu adalah jalan kebiasaan lepasan pelajar SPM tempuhi selepas sekolah. Matrikulasi atau asasi atau diploma. Yang penting sambung belajar. Ya, saya tak berfikir panjang sebelum ini sebab saya pun tak tahu apa yang saya nak, jadi saya ikutkan carta alir itu. Dengan result 3.51, saya apply ke banyak universiti-universiti tempatan dengan kursus pilihan saya ketika itu, dietatik. Setelah berfikir panjang tentang apa yang saya minat pada masa itu, saya fikir saya agak minat dengan makanan jadi saya mencuba nasib memohon kursus itu.

Sudah tentu, nasib tidak menyebelahi saya apabila saya dicampak ke universiti di pantai timur. Universiti yang tidak saya mohon dengan kursus yang juga tidak saya mohon. Tapi kerana ingin mengikuti jejak langkah semua orang (masuk ke universiti) saya mendaftar juga ke sana. Ada juga yang mencadangkan saya menukar kos/universiti tapi saya pun tak tahu nak minta apa atau ke mana jadi saya belajar saja di sana. Bukan bermakna saya tak suka dengan universiti itu, saya suka sangat..rindu rasanya sebab dah lama tak ke sana. Di sana saya belajar dengan erti tarbiyah, usrah, manisnya persahabatan dan sebagainya. Mungkin saya tidak dapat dari segi minat dan sebagainya tapi manisnya waktu di sana tak dapat diganti dengan apa-apa pun di dunia ini. Jadi InsyaaAllah saya tidak menyesal belajar di sana.

Tamat sahaja saya belajar di sana, saya bekerja sekejap di sana sini. Saya agak lambat dalam mencari kesedaran nak mencari kerja yang baik untuk diri sendiri dan apabila saya sedar, waktunya dah agak lewat buat saya. Dengan pengalaman kerja yang tak lama, sekejap di sana sekejap di sini, akhirnya agak susah untuk saya mendapatkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang besar. Paling lama saya bekerja di tempat yang sama pun adalah selama 11 bulan (berhenti bulan 8 haritu). Dengan tekanan dari ibu sendiri yang asyik bertanya tentang kerja, bercerita dengan sanak saudara, jiran tetangga, kawan-kawan dan hampir semua orang yang dijumpainya tentang kerja anaknya (semasa saya kerja mahupun masa saya menganggur) beberapa kali saya terjunam dalam kelamnya depresi. Apatah lagi apabila adik saya diterima bekerja di tempat kerajaan dengan gaji 3k (sesuatu yang membanggakan mak, saya dapat rasa I mean of course right? But adik saya baik and I’m not mad at her bcoz she’s the best) sedangkan saya masih lagi tercari-cari arah.

Jujur saya katakan, saya hilang arah selepas habis belajar. Constantly thinking of where and what I want to work, how to pay my ptptn, saving money, helping family, my 26 yo age and still don’t have a steady work and income, and that stress of having someone constantly reminding you about job or job vacancy here and there. Not to mention kalau jumpa kawan-kawan sekelas yang dah berjaya tadi (dilema orang dewasa haha) sedangkan saya yang masih lagi single, jobless, lonely and miserable. Kawan-kawan lain pun dah ramai yang berkahwin, ada anak, kerja bagus, rumah cantik, suami hensem (hoho) dan saya pula cuma mampu berhuhuhuhu…..Saya fikir mungkin belum masanya lagi untuk saya, yang terbaik kan selalunya datang lewat dan pada orang-orang yang sabar. Jadi saya sabarkan jua hati. Prioriti saya sekarang adalah kerja, simpan duit, mampu sewa rumah, kewangan yang stabil and last sekali barulah kahwin. Yang last tu kalau jumpa jodoh kahwinlah, kalau tak berhuhuhu lah saya..

So, the good news is saya dah jumpa something yang saya minat which is baking cake (sebab selama ni pun saya memang suka buat kek kat rumah cuma tak sedar je yang tu adalah minat saya). Dan alhamdulillah masa saya skrol fb saya terjumpa satu ads pasal kursus jangka pendek mengenai pastry and culinary (sijil kemahiran malaysia) selama 3 bulan yang percuma sahaja dengan hostel dan makan minum disediakan, and the best thing is pekerjaan juga dijamin lepas belajar, insyaaAllah. So I grab that chance/ rezeki and hoping for the best after this. Saya cuma harap ini yang terbaik buat saya sebab saya dah penat cari kerja. Countless applications, interviews, job site updates and still nothing. So mohon doakan yang terbaik untuk saya dan konklusinya dari semua ni adalah:

1. Saya rasa mereka yang ambil kemahiran lagi senang dapat kerja dari yang ambil degree. But rezeki orang lain-lain kan and there are pros and cons to everything so kita kena husnuzon.

2. I think passion in your job is very important untuk pastikan kita ada semangat untuk mencapai sesuatu target so i think its still not too late to find your passion and help others to find it especially the children.

3. Ada chef yang boleh share pengalaman tak? Baik dan buruk dalam bidang ni and hotel2/tempat2 yang bagus untuk bekerja as a pastry chef. Saya nak cari pengalaman sebelum buka kedai sendiri satu hari nanti. InsyaaAllah..

Sekian..

– Aisyah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit