Miracle, Keindahan Hikmah Allah

Hai semua, aku tak nak perkenalkan diri cuma aku nak share tentang perkara yang miracle terjadi dalam hidup aku. Yang Allah bagi tiba-tiba.

Waktu aku tulis ni aku otw balik dari menunaikan ibadah umrah. InsyaAllah lagi beberapa jam aku akan sampai ke bumi Malaysia. Btw aku perempuan.

Aku mulakan dari aku sekolah form 6 sebab masa tu baru aku betul2 start solat, mengaji etc. Sebelum tu semua kelaut. Parent aku dua2 tak tinggal solat tapi mereka tak pernah paksa kami solat.

Aku start solat dan mengaji bila masuk asrama. Waktu tu aku takut hantu. Takut sangat2. Pelbagai versi cerita hantu yang aku dengar even aku tak pernah nampak.

Jadi aku selalu solat dan mengaji dengan niat hantu takkan kacau aku. Yassin, al-mulk, al-waqiah antara ayat yang aku selalu baca.

Tanpa aku sedar hasilnya result aku tergempak kat sekolah. Top one plus dapat biasiswa almost 1k. Masatu banyak gila la siap boleh beli phone. Muet pun aku top one masatu. Semua terkejut sebab aku antara pelajar yang selalu tidur dalam kelas.

Habis form 6 aku ada dengar tentang amalan 40 kali alfatihah selepas maghrib. Aku saja2 buat sebab cuti panjang takde benda nak buat.

Masatu aku minta nak sambung degree. Alhamdulillah Allah permudahkan tanpa aku sedar.

Background family aku orang susah. Masa aku dapat interview degree, takde yang boleh hantar aku ke tempat interview sebab jauh 6-7 jam perjalanan.

Mak aku pun ok je aku tak pegi interview sebab jimat duit dia. Aku pun decided untuk tak pergi. Tapi last minute kawan aku yang aku tak rapat mesej aku ajak pegi interview sekali. Dia ada sepupu kat sana.

Jadi berbekalkan duit RM100 tak silap, kami naik bas pegi ke sana. Dan Alhamdulillah aku dapat. Kat universiti pun rezeki aku tak putus2 dengan amalan 3 surah tu. Siap boleh pakai braces.

After degree aku dapat keja kilang masatu. Gaji tak sampai 1200. Aku sewa bilik. So tolak itu ini, balance makan tak sampai 300. Tapi aku still selit untuk family RM50 sebulan dan simpan RM50.

Alhamdulillah hujung bulan, duit aku still berbaki. Sampai kawan2 aku pelik sebab gaji aku sikit tapi still dapat enjoy ikut mereka keluar makan apa semua.

Tak tahan kerja kilang, aku doa banyak2 nak kerja yang senang. Bos baik, persekitaran tak toksid, senang solat, kerja tak penat & gaji okey.

Alhamdulillah tak sampai 3 bulan, aku dapat kerja yang aku mintak tu. aku dapat UP duit untuk family. Belanja apa yang mereka nak especially umi.

Even duit aku tak tahu cukup ke tak bulan tu, aku still beli. Tolong bayarkan bil elektrik etc. Alhamdulillah Allah hadirkan orang2 yang baik keliling aku.

Terlalu banyak miracle yang aku dapat lepas amalkan 3 surah tu & bahagiakan family. Yang terbaru, mak asyik call suruh kerja kerajaan sebab anak2 jiran aku dapat jadi cikgu.

Jiran aku cakap apa guna masuk universiti kalau tak dapat kerja kerajaan. Buat habis duit saja. Aku faham mak aku terasa. Aku cakap kerja aku sekarang dah ok sangat2 even bukan kerajaan. Tapi orang kampung tak faham.

Raya tahun ni, alhamdulillah dapat rezeki lebih. Bulan puasa saja aku dapat rezeki 5k+ Aku balik kampung dan belanja semua family makan.

Planning nak belanja mereka bercuti tak dapat sebab jalan jem. Aku bawa mak ke kedai emas. Aku bajet gelang emas 2k macam tu untuk hadiah.

Tapi dia berkenan yang 4k. Ok tutup mata beli. Bahagia sangat dapat gelang yang dia nak. Aku? miskin kejap sementara tunggu gaji hahaha.

Tak lama lepas raya, ada orang mesej tanya ada niat nak buat umrah tak. Aku cakap niat ada, duit yang takde. Dia tanya kalau dia sponser macam mana. Allahuakhbar. Aku tak setuju terus sebab takut. First aku sorang, second dosa aku banyak wey. Rasa tak layak.

Then aku minta pendapat orang yang aku percaya. Alhamdulillah 99% suruh aku terima. Dan Alhamdulillah sangat2 Allah permudahkan semua. Di usia 20-an aku dah selesaikan umrah pertama. Doakan aku dapat bawa family aku pulak ke sana lepasni.

Selain daripada benda kat atas, aku pun suka bagi makan kucing. Dalam kereta aku ada makanan kucing even aku tak bela kucing. Aku bagi mereka bukan sebab aku baik, tapi sebab aku rasa tenang bila tengok mereka makan.

Lepastu cuba amalkan zikir dan istighfar. Tiap kali benda aku tak suka terjadi, cuba jangan cari salah orang lain. Tenangkan diri dan istighfar. Mungkin ada khilaf yang aku buat.

Last, cuba biasakan berdoa untuk orang lain. Random people yang aku rasa kesian gila tapi aku tiada daya nak tolong. Doakan Allah permudahkan urusan dia, luaskan rezeki dia dll.

Aku share guna platform ni dengan tujuan tak nak ada rasa riak dalam diri aku. Aku jarang share apa aku buat secara terbuka sebab tak nak orang anggap aku baik. Ada berjuta benda jahat aku buat, tapi Alhamdulillah Allah lindung aib aku.

Baik kan Allah? Ada kawan yang pm tanya apa amalan aku, jadi aku terfikir untuk share kat sini. Tujuan supaya orang yang baca ni tergerak hati untuk ikut apa yang baik. Yang jahat tak yah ikut.

Aku amalkan 3 surah tu sebab aku taknak miskin jadi aku amalkan al-waqiah. Aku taknak hidup sorang2 dalam kegelapan kat kubur jadi aku amalkan al-mulk.

Yassin pulak kat hujung ayat tu sebelum kun faya kun, aku boleh mintak apa saja aku nak. Jadi aku selalu baca. Tiap kali rasa malas, aku ingat balik tujuan aku amalkan surah tu.

Jadi kesimpulan untuk penulisan aku, pertama jaga solat & mengaji tiap hari. Amalkan 3 surah tu.

Kedua jaga hati ibu bapa dan family semua, jangan berkira bab duit tapi simpan juga untuk diri sendiri.

Ketiga abaikan apa orang kata, tak semestinya kerja biasa kita tak boleh berjaya.

Sentiasa amalkan zikir, istighfar dan doakan kebaikan untuk semua orang. InsyaAllah rezeki kita takkan putus2 Allah bagi.

Doa la semua yang kita nak even nak makan makan nasi pun, minta la dengan Allah. Nak apa2 belajar minta dengan Allah dulu. Ok itu saja, aku doakan kita semua dikurniakan husnul khatimah ^⁠_⁠^

Oh ya last.. tolong doakan aku dikurniakan jodoh yang baik dalam masa terdekat ye. Umur dah nak masuk 3 angka dah hahaha. Tapi kalau Allah tetapkan jodoh aku kat syurga, InsyaAllah aku redha.

– Power rangers (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *