Moga Kita Kekal

Assalamualaikum buat warga iiumc.

Nama aku MF berusia 49 tahun dan mempunyai seorang tunang berusia 26 tahun. Ya betul, jarak kami sangat jauh tetapi aku sangat tulus menyayangi tunang aku seorang ni.

Aku duda anak tiga, aku dan ex wife dah lama bercerai sebelum aku kenal dia lagi. Sekarang anak-anak semua tinggal dengan ex wife aku.

Nafkah anak2 dan tempat tinggal tak pernah culas. Aku ikut seperti yang diarahkan oleh mahkamah tapi bukan cerita ni yang aku nak bagitau kalian.

Yang aku nak ceritakan berkenaan tunang aku. Dia ni garang tapi sangat baik hati. Itu aku yakin sebab yang pertama sepanjang 4 tahun kami bercinta tak pernah sekali dia minta wang, hadiah mahal atau belanja makan mewah.

Makan restoran tepi jalan, aku bagi cincin silver pun dia dah bersorak seronok. Naik kereta wira buruk pun dia dah teruja especially kalau kau buka tingkap kereta tu lagi dia suka.

Dia ada seorang adik kelainan upaya, bukan cacat tapi ada masalah pembelajaran. Segala duit yang dia dapat mesti akan ada bahagian untuk adik dia.

Dialah yang bayar medical insurance adik dia.

Untuk EPF nomination, dia letak nama adik dia.

Beneficiary insurance dia, nama adik dia.

Beneficiary untuk insurance adik dia, nama ibu dia.

Apa-apa tuntutan wang, kalau dia mati mesti nama adik dia atau ibu dia.

Dia pernah bagi sebahagian besar hasil simpanan dia dekat ibu dia. Sikit pun dia tak mengeluh. Dia senyum je.

Pokok pangkal dia anak dan kakak yang baik tapi satu sahaja slack dia iaitu dia bersama aku tanpa restu ibu dia.

Alhamdulillah, ayah dia awal2 tolak aku namun lama-kelamaan mula terima aku. Cuma dua tiga bulan ni, aku perhatikan dia mula menjadi diam dan kurang fokus as if dia macam letih.

Dia pernah mention pada aku, “takkan selamanya hidup macam ni? Abang tak nak ubah ke kehidupan kita selepas kahwin?”.

Aku tersentak, korek punya korek. Barulah aku tahu yang sekarang dia kena tanggung satu lagi perkara.

Dia ada buat catatan diary commitment bulanan. Ada sekali untuk pertama kalinya, dia minta bantuan aku tapi aku tak mampu kerana gaji aku bila tolak nafkah anak2, hutang berapa kerat je tinggal.

Selepas aku bagitahu dia, terus dia tak minta dah dan sejak haritu dia mula berubah. Ada masa aku nampak mata dia sembab tapi bibir masih lagi senyum macam biasa.

Aku tengok mata dia, mata dia dah takda sinar. Mata dia mati.

Sekali lagi dia ulang, “abang taknak ubah nasib kita ke? Kita ubah sama2”.

“Bukan abang tak nak ubah sayang, apa yang abang boleh buat pada umur abang macam ni?

Abang nak bahagiakan sayang tapi abang tak tahu nak buat apa”.

Itu jawapan yang aku. Dia diam untuk seketika sebelum sambung semula.

“Sayang tak minta jadi kaya cuma cukuplah untuk kita tampung hidup kita dan orang yang kita sayang dan cukup simpanan untuk bayar medical bill atau apa2 sewaktu terdesak. Itu je abang”.

“Allah takkan ubah nasib kita melainkan kita usaha. Kita hanya redha bila kita dah usaha sehabis daya tapi masih tak dapat sebab itu tandanya bukan rezeki. Tapi kalau belum apa2 dah redha,itu dah macam nak cakap Allah taknak bagi awal2”.

Aku terdiam dan ada sedikit terasa. Ada betul dia cakap tapi aku tak tahu nak buat apa. Kerja apa yang boleh bagi aku gaji tinggi dengan sijil SPM aku ni.

Jujur aku sangat sayangkan dia sebab dialah wanita yang terbaik pernah aku jumpa. Dialah yang berjaga malam jaga aku waktu aku accident. Dialah yang datang dekat aku waktu kenderaan aku rosak dan dialah yang teman aku waktu aku rasa down dan dialah yang tolak motor dengan aku waktu hujan petir.

Sepanjang kami kenal, tak pernah lagi dia takda waktu aku susah.

Aku nak jadikan dia suri hidup aku dan aku mohon kalian tolong bagi aku idea dan nasihat..

Apa yang aku boleh buat untuk perbaiki diri aku?

Terakhir sekali, doakan aku dan dia kekal bersama hingga ke syurga.

– MF (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *