Mohabattun Eatifa: Bulan Madu Berdarah

Mungkin di sebabkan pegawai kanan sepertinya jarang meminta di tukarkan ke luar negeri. Tarikh perkahwinan di tetapkan pada 2 hari sebelum pindah ke Sabah.

Ini adalah berdasarkan kisah benar. Cuma saya rahsiakam nama watak atas permintaan watak utama dalam cerita. Cerita yang diceritakan pada saya sendiri semasa saya ke luar daerah berkerja.

Seluruh hidup mohabattun sibuk mengejar impian di dunia korporat. Dia merupakan pengurus kanan di Syarikat gergasi di Kuala Lumpur. Cintanya adalah kerjayanya.

Sehinggalah satu hari dia di jodohkan oleh keluarganya, seorang lelaki berwajah kacak dan berakhlak mulia dan kontraktor berjaya dari Sabah kata ibunya.

Ibunya menginginkan mohabattun seperti dia dan juga ayahnya yang punya perkahwinan yang bahagia. Mulanya mohabattun enggan.

Tapi di sebabkan pujukan ibunya, dia bersetuju, lagi pula dia sudah berumur 35 tahun, sudah menjadi andartu, menurut ibu. Mohabattun tidak mengenali bakal suaminya, cuma 4 kali berjumpa.

Selama bekenalan bakal suaminya, seorang yang agak pemalu, banyak tersenyum, sungguh memang kacak.

Bakal suaminya seorang duda, anak 3, berumur 35 tahun, sama dengan dirinya. Lemah lembut katanya dan menunjukkan sifat penyayang pada mohabattun yang tidak pernah alami pengalaman bercinta.

Selepas seminggu berkenalan, ibunya bertanya lagi. Malu-malu dia menjawap setuju, sambil terbayang-bayang, wajah bakal suaminya.. Angau sungguh dia waktu itu.

Mohabattun dan bakal suaminya meminta perkahwinan di percepatkan. Kurang dari sebulan berkenalan, mereka di ijab kabulkan dalam suasana yang ringkas dan sederhana.

Mohabattun terasa pelik, kenapa tiada sanak saudara suaminya yang datang, cuma dua tiga rakan. Mungkin juga kerana kos datang ke Semenanjung agak mahal.

Tidak apa-apa kata suaminya, sampai di Sabah nanti, kita buat kenduri di sana. Urusan perkahwinan malahan urusan Mohabattun meminta di tukarkan ke Sabah di permudahkan.

Mungkin di sebabkan pegawai kanan sepertinya jarang meminta di tukarkan ke luar negeri. Tarikh perkahwinan di tetapkan pada 2 hari sebelum pindah ke Sabah.

Bakal suaminya kata, kita berbulan madu di Sabah, pantainya indah dan punya Gunung Kinabalu yang sesuai untuk pasangan bulan madu, sejuk-sejuk katanya sambil memegang dagu mohabattun.

Panas terasa pipi mohabattun, aneh sedikit rasa di perutnya, bila terasa tangan gagah suaminya menyentuh dagu mungilnya.

Sedih di kala berpisah dari keluarga, di campur dengan rasa bahagia di samping suami yang penyayang dan pandai mengambil hati. Hari kedua, usia perkahwinannya, mereka berehat di tempat peranginan.

Urusan rumah sewa dan sebagainya di uruskan oleh majikan Mohabattun. Malam itu mereka makan malam dengan dendangan music live dari band restoran.

Mohabattun, pergi ke live band dan meminta menyanyi 2 lagu, standby me dan Top of the world. Ketua band benarkan sebab mohabattun kata ini malam bulan madu mereka.

Dan dia mahu hadiahkan 2 buah lagu surprise untuk suaminya. “abang lagu ini untuk abang, please stand by me, sampai ke jannah” sambil flying kiss dan senyum menggoda pada suaminya..

Bait-bait lagu.. stand by me.. di nyanyikan sambil memandang tepat ke suaminya yang duduk di meja makan. Walau dia tau agak out of tune, dia nyanyikan juga, sebab cinta, sebab bahagia, sebab di awangan..

Dia terasa seperti superstar malam itu, apa lagi ketika menyanyikan lagu Top Of The World, “its the love that i found eversince u’ve been around and iam at the Top Of The World”

Sungguh mohabattun masa itu berada di puncak dunia, merasa sungguh di cinta, sungguh di manja, di belai.. lembaran hidup barunya yang sungguh mengasyikkan…

Suaminya mengambil Videonya di pentas, melalui handphonenya, sekali sekala sambil melambai mohabattun.

Sampai di bilik mereka, mohabattun masuk ke tandas untuk membersihkan make up sebelum masuk tidur.

Suaminya tiba-tiba memanggil dan menunjukkan gambar dari handphonenya, satu lelaki yang mohabttun conteng mukanya sebagai suka-suka. “siapa ni?!!” bentak suaminya.

“Kawan, gambar lama tu bang” “Kau duduk sana!!” mohabatun terpinga-pinga, duduk di hujung katil sambil suaminya terus menyelongkar isi handphonenya.

Mohabttun di soal satu-satu, tentang senarai freindlist lelaki, di facebook, di handphonenya, di google photo.

Mohabattun tidak faham kenapa suaminya marah sedangkan semuanya adalah rakan biasanya. Tiada kata-kata romantis atau gambar intim dia dengan mana-mana lelaki dalam handphonenya.

Mohabattun meminta balik handphonenya, supaya keadaan tegang tidak berterusan.

Bukan di berikan handphone, tapi suaminya kali ini menarik rambut mohabattun sampai mohabttun terduduk melutut di hadapan suaminya, yang masih menyelongkar isi handphonenya.

Dalam keadaan terkejut, pening, Mohabattun meminta maaf, walau dia tidak tau apa yang perlu dia minta maaf.

Sebelah kiri tangan suaminya menarik rambut mohabattun, kepala mohabattun ikut bergerak kiri kanan depan belakang bila suaminya menarik2 rambut dan menolak kepalanya.

Sekali sekala mohabattun terjatuh dan melutut balik di depan suaminya yang duduk di kepala katil.

Dia bingung, pening. hilang punca, tidak tahu kenapa keadaan ini berlaku, dia benar rasa macam mimpi buruk, sambil-sambil menutup mata mengharapkan ini cuma igauanya.

Suaminya membentak lagi dan menuduh dia macam-macam… .c*bai, pu**mak, c*laka, bapa kau sial, perempuan tua, semua makian keluar… mohabattun betul tidak faham..

Apa yang keluar dari mulutnya, maaf bang-maaf bang sambil cuba mencium tangan suaminya.. terasa waktu itu bilik bulan madu mereka, seakan bergoncang, seakan dunia runtuh.

Suaminya, macam orang gila, di pecahkan handphone nya menggunakan tangannya, di lumat sambil mengoyang-goyangkan kepala dan memukul mohabattun.

Suaminya berdiri, dia sempat melirik, suaminya menyelongkar semua beg mohabattun, melemparkan di sana sini.. bilik mereka jadi penuh dengan baju, barang-barang mohabattun yang di lempar dan pecah.

Mohabattun masih dalam berlutut ketakutan sambil teresak-esak.. Dalam masa itu di lihatnya ada darah mengalir tumpah di tangannya.

Cepat-cepat dia membersihkan darah bercampur air matanya.. Tidak berani dia mengangkat muka, melihat keliling lagi… Suara makian dan barang-barangnya di pecahkan saja yang kedengaran…

Ketika mohabatun menceritakan perincian cerita pada saya, dia sampai tidak kedengaran suara bercampur esak tangis, sungguh dia trauma…

Fokus saya masih segalanya walit dan barang kegunaan saya semasa bernomad untuk konsultasi burung walit. Masa bernomad ke daerah2, berjumpa dengan pelbagai kesah benar kehidupan.

– Walit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit