Mohon Berhenti Jadi Fake

Assalamualaikum semua. Aku seorang suami yang isterinya terdedah dengan media sosial. Antara penipuan2 perempuan yang bini aku terpengaruh ialah;

1. Kemesraan suami-isteri.

Si perempuan A pi share di media sosial memaparkan seperti dialah isteri paling bahagia, siap dapat Anugerah Pasangan Influencer dari channel TV.

Lepastu Isteri aku pi share kisah si A dan tanya kenapa aku tak seromantik itu. Aku stress sebab over sangat romantiknya. Tak mampu aku nak ikut.

Tup tup, si A lapor ke polisi kes Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT); sebab kena cekik dengan suaminya.

2. Peralatan masak mahal.

Si perempuan B pi kongsi kat media sosial yang aktiviti memasak jadi mudah dengan adanya peralatan masak yang mahal. Kononnya, tekan satu suis, zuuuup siap Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api.

Isteri aku yang bukan pempengaruh tetapi seseorang yang mudah terpengaruh terus cucuk nak beli juga. Arghh sudah.

Aku bukan tak nak beli peralatan masak RM3k tu, cuma aku masih mengenangkan Air Fryer, Bread Maker, Oven 23L, Oven 50L dan Microwave kat dapur yang telah lama tidak di sapa.

Aku selaku lelaki muslim, tak pernah rasa seorang isteri perlu berada di dapur untuk masak, tapi kalau kau tak suka masak, apa perlunya beli peralatan RM3k tu?

Kalau guna alasan akan jadi rajin masak selepas mesin itu dibeli, abang dah kahwin 10 tahun dik oiii.. haha.

Tup tup.. si B tu rupanya agen peralatan RM3k tu. Tu yang sembang kemas je. Dapur berkilat marmar, susah la aku nak percaya si B tu rajin masak sebab ada peralatan RM3k.

3. Pembantu rumah.

Si perempuan C jiran sebelah rumah aku ni dok cerita kat isteri aku yang dia tiada pembantu rumah pun walau anak lelaki 5 orang.

Rumah tip top kemas dan kain tak berlonggok pun. Ballik2 mesyuarat tingkap tu, isteri aku bising kat aku betapa perlunya keluarga kitaorng level up.

Aku tiada masalah kalau isteri aku nak jadi extra pengemas selepas perbualan dengan si C. Cuma, ianya adalah utopia untuk pasangan suami isteri yang mempunyai anak untuk memastikan rumah sentiasa kemas.

Tup tup.. rupanya si C itu ada ambil helper yang datang rumah selang 2 hari untuk kemas rumah dan lipat kain.

Geram je aku. Dah macam kena scam aku rasa. Ye lah, secara teori betul ‘saya tiada pembantu rumah’ tapi cerita la juga ko ambil helper.

4. Kecantikan.

Perempuan si D adalah pempengaruh yang tulis di media sosial bahawa kulitnya bersih kerana pakai produk Z. Maka, isteri aku pun berhajat nak beli produk tu.

Masalahnya, aku selaku orang terpelajar, awal2 dah dapat tangkap produk Z tu ialah timbang kilo. Serba salah aku dibuatnya. Kang tak belikan, isteri kata kedekut.

Tup tup, seminggu lepas tu kecoh rupanya si D ada buat pembedahakn kulit. Terkantoi sebab klinik kulit pi tag si D sebagai pelanggan tetap.

Sah2 la si D dok cerita produk Z bagus hanyalah penipuan.

Khulasahnya, perempuan-perempuan haruslah merubah diri. Janganlah menipu kaum-mu.

Ye, memang yang salahnya atau kurang bijaknya isteri aku sebab pi percaya, tapi cubalah pandang macam kes orang kampung yang kena tipu haji furada tu; tetap kena tipu walau telah diterangkan berkali-kali-kasihanilah mereka.

Terakhir, belajarlah dari lelaki. Lelaki, kalau ada lelaki lain yang menipu, mereka akan terus cakap direct. Contohnya si Y hantar mesej di group ws;

si Y: Jom lah keluar lepak makan kedai Wak Jabit, sapa yang tak berani keluar, mesti lelaki pondan yang kena gari dengan isteri.

Mesej itu akan dibalas;

si AL: Bini kau tak masak cakap je la. Tak payah nak probok-probok.

si BL: Kau tak kerja senang la nak lepak malam2. Orang lain semua kerja, kena tido awal.

si CL: Lepas maghrib, ajar la anak ngaji, apekebenda lepak kat kedai. Setan banyak woii.

si DL: Malas la lepak ngan ko. Dok hisap batang pen perisa murah2 sambil main game guna wifi kedai. Busuk.

Perempuan, contohilah lelaki.

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *