Move On

Move On

Assalamualaikum, firstly thank you to admin kalau sudi publish benda ni.

Tujuan aku tulis ni sebab ramai rasa susah untuk move on bila frust dah bercinta bagai nak rak akhirnya rak patah huhu.

Okay bagi aku susah jugak kalau nak move on, kalau kau bercinta berapa bulan pun boleh rasa susah inikan yang dah bertahun siap janji nak kekal hubungan sampai jannah #tilljannah.

Tapi kalau kita pegang konsep jodoh, ajal maut kita semua ni terletak di tangan Allah mesti tak susah sebab apa kita kena fikir Allah tu sebaik-baik perancang. Kita kena positive kan diri yakni kalau kita dah putus dgn seseorang tu maybe ada hikmah dia? Or maybe Allah dah plan baik untuk masa depan kita? Try to be positive okay

Tu just mukadimah je ye, yelah kang org ckp “cakap senang lah, bukan senang nak buat” hah okay ni apa aku buat untuk aku sendiri move on.

Aku bercinta dgn sorang ni (tapi aku tak tahap cinta lagi, tahap sayang je sebenarnya. Aku malas guna term couple :p ) really sweet guy, caring. First aku mcm malas nak layan dia tapi bila aku tgk dia punya efforts tu aku tersentuh lah sikit. Aku pandang efforts apa yang dia buat untuk aku, aku hargai sangat. (Aku tak nak cerita banyak apa yang dia buat tapi aku nak clearkan kat sini how aku boleh fall in love and aku rasa susah nak move on kalau kita orang putus sebab apa yang dia buat betul2 aku hargai sebab aku tak sangka dia willing to sacrifice)

Hubungan kita orang tak lama, aku busy dengan kerja jadi aku kurang contact and berjumpa dgn dia kalau tak, rasa setiap hari ada benda je nak sembang.
But after that dia block aku weh and try to ignore me bila aku spam dia asked him why and why. Tak lama lepas tu aku try tanya kwn dia if dia tau apa2 ke and dia tlg aku to reach my ex.

Kenapa aku minta tlg kwn dia sebab aku just nak dia explain why, few minutes lepas tu ex aku yang dah block aku tu unblock aku balik and bagi tau aku why.

1.Bila dia bagi tahu aku, aku sedih tapi aku tak menangis sebab aku REDHA. Sebab aku rasa bazir lah air mata aku untuk menangis untuk orang yang entah siapa, yang belum tentu jadi kita punya truly love.

2. Pagi tu aku kumpulkan semangat aku, aku lush apa yang terbuku kat hati, aku DOAKAN kejayaan dia, masa depan dia.

3. Aku start BUANG semua gambar, text, baju2 yang dia pernah bagi aku dah tak pakai. Aku simpan kat satu sudut yang khas tak dipakai.

Sebenarnya kita tak payah nak usaha sangat untuk cakap “aku benci kau” ” aku menyesal kenal kau”. Sebab benda tu akan mengimbau lagi adalah.

Aku ada rasa aku menyesal kenal dengan dia tapi bila aku fikir balik and aku pegang kata2 ni Allah temukan kita dengan seseorang tu mesti ada sebab, aku pun sedar kenapa Allah temukan aku dengan dia. Syukur alhamdulilah

And why aku doakan dia masa depan dia, kejayaan dia. Kalau ikutkan hati, aku tak ikhlas tapi alhamdulilah sebenarnya doa tu buat aku rasa happy. Aku dapat rasakan beban, sedih jadi ringan and lepas secara perlahan-lahan. Tak percaya cubalah. Aku tak tahu nak describe macam mana tapi kau boleh rasa sedih tu pergi slowly.

And cuba belajar untuk jadi redha, and ingin aku ingat kan lagi sekali pegang lah konsep “jodoh, ajal maut kita Di tangan Allah” “Allah sebaik-baik perancang”.
Mungkin kita putus sementara? Allah ada perancangan yang lagi baik untuk kita?

Aku rasa tu je kot, sebab tu yang aku buat alhamdulilah aku tak ada nak menangis bagai nak rak sampai rak patah ke apa.

Jangan block ex kau? Unfriend apa bagai? Kalau kau rasa kau mampu menunjukkan betapa happy nya kau lepas kau putus dengan dia, go ahead. Tapi aku harap apa yang kau buat, apa yang kau nak tunjuk yang kau happy, bahagia je kalau tak ada dia tu tak akan membuatkan kau rasa “Aku nak tunjuk aku happy kalau tak ada kau pun dalam life aku ni” baik tak payah sebab biar naturally happen bukan sebab kau nak show off and sebenarnya fake. Kalau kau tau dia pun happy je tak ada kau dalam life dia, kau sendiri sakit hati. So biar lah benda happy tu jadi dengan caranya sendiri.

Last but not least, bagi aku tak payah pun block2 ni. Kau nak buang nombor dia, nak unfriend dia it’s up to you tapi perangai block-memblock ni aku rasa tak matang. Budak2 je buat tu, sorry kalau ada yang terasa.

Harap points and views aku sampai lah kat korang.

P/s : sedikit tip kalau nak bercinta
Tak payah tunjuk sangat korang bercinta, putus malu je nanti. Nanti ada makcik2 bawang tanya kenapa itu ini, ended up korang yang sedih and sakit hati.

Assalamualaikum

– Lf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments