Murid Dan Media Sosial

Assalamualaikum IIUM Confessions reader. Hari ini hari minggu. Saya luangkan sedikit masa membaca komen dan reaksi netizen tentang guru guna murid sebagai content sosial media boleh dikenakan tindakan. 

Secara peribadi, saya cuba untuk bersikap neutral dengan kenyataan tersebut. Ada beberapa sebab untuk saya sokong dan ada beberapa perkara yang saya fikir tidak patut disokong. 

Kalau dilihat dari segi sudut positif, sebenarnya banyak content yang bermanfaat melibatkan murid yang para guru upload di sosial media. Banyak info berkaitan pembelajaran dan idea kreatif melibatkan murid. Daripada situ kita boleh letakkan penanda aras untuk anak-anak kita sendiri. 

Bercakap mengenai konsep dan teori sesiapa sahaja boleh terangkan. Tetapi praktikalnya tetap perlu melibatkan murid. Bila adanya penglibatan murid dalam video tersebut, kita dapat menilai sendiri konsep dan teori yang kita bincangkan sampai ke tidak kepada murid. 

Sebagai contoh, penggunaan bahasa dan cara sebutan sesuatu perkataan. Kita sebagai seorang dewasa sudah lama menggunakan perkataan tersebut dan lidah sudah lembut sebati untuk menyebutnya.

Apabila dicuba oleh murid buat pertama kalinya, kita akan nampak perbezaan dan kita juga dapat mengetahui tahap susah dan senang untuk mereka menyebutnya. 

Apabila dimasukkan murid dalam content sosial media, secara tidak langsung kita dapat mempelbagaikan content tersebut.

Setiap anak-anak murid ada pelbagai peringkat penguasaan. Contohnya untuk subjek matematik. Pelbagai bentuk dan konsep boleh cikgu terangkan mengikut tahap penguasaan murid. 

Secara peribadi, saya suka menonton live dan video cikgu-cikgu mengajar melibatkan murid terutamanya semasa sesi qna dan latih tubi. Pada masa yang sama, boleh belajar sesuatu yang baru.

Silibus sekarang ibu bapa belum tentu faham dan boleh lakukan tanpa sebarang tunjuk ajar daripada guru-guru sosial media ini. 

Murid-murid ini penghibur dan menceriakan content sosial media guru-guru. Bosan menonton video dan live kalau tiada murid. Menonton video penerangan cikgu semata-mata terutamanya tanpa ada sebarang grafik.

Kita sebagai ibu bapa, menonton live dan video pembelajaran bersama anak-anak. Kalau kita sebagai orang dewasa boleh menguap berkali-kali apabila menonton video tersebut apatah lagi kanak-kanak yang kita tahu tahap aktif dan tidak boleh duduk diam mereka. 

Siaran TV pendidikan yang disiarkan pun perlukan penglibatan murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Pada peringkat sekolah, banyak aktiviti-aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang melibatkan murid dijadikan content sosial media sekolah sejak sekian lama.

Semua aktiviti ini didokumentasikan dengan elok dan baik sekali walaupun melibatkan murid. Penglibatan murid untuk content yang berilmu dan bersesuaian dengan aktiviti sekolah seperti ini seharusnya diteruskan. 

Secara peribadi, saya tidak suka wajah anak-anak saya diletakkan sticker dan emoji seolah-olah hendak dikartunkan anak-anak tersebut. Anak-anak kita bukan clown nak diletakkan sticker. Pelik tengok muka kena tampal sticker seolah-olah anak-anak melakukan sebarang jenayah. 

Apabila kita letak bermacam-macam sticker dan emoji di muka anak-anak seolah-olah kita mencipta insecure untuk diri kita sendiri. Untuk apa diletakkan semua sticker dan emoji itu?

Kita sepatutnya biarkan mereka hidup normal dan bebas sebagai seorang kanak-kanak dan pelajar sekolah. Tak perlulah sticker dan emoji apabila berpakaian sekolah dan berada di sekolah. Kita sebagai ibu bapa wajib mewujudkan sekolah selamat untuk anak-anak. 

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tidak sependapat dengan saya. Points di atas cuma pendapat peribadi saya sahaja.

Sebagai ibu bapa, saya sendiri tidak menyokong mana-mana cikgu yang menyalahgunakan murid untuk dijadikan content sosial media sehingga mendatangkan ancaman dan kecaman terhadap murid dan guru tersebut. 

– Adelia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *