My Tokwan: One In A Million

Tanggal 5 ogos 2020, Dah dekat sehari dah Tokwan pergi tinggal kami anak cucu untuk teruskan sisa-sisa hidup yang ada. I miss you Tokwan. Pagi ni dok control takmau nangis.

Control takmau ingat moment-moment bersama Tokwan sebab bila ingat nak nangis. Kalau start nangis satgi susah nak berhenti.

Teringat last bulan lepas Tokwan ajak pi pulau Sayak nak belanja mee udang katanya, berapa lama dah dia kata, “nak belanja hampa tapi susah ajak hampa, hampa kerja”.

Dia tengok jaa anak cucu makan bertambah-tambah, dia senyum seronok. Padahal dia tak makan banyak mana pun tapi puas dapat belanja anak cucu. Allah, semoga Tokwan ditempatkan bersama para solehin.

Tokwan pernah operate jantung 14 tahun yang lepas dan mula buat dialisis beberapa tahun yang lepas. Jadi, hari-hari segenggam ubat dia makan. Tokwan sakit lama dah dan Tokwan ni orang yang cukup kuat semangat.

Ada satu haritu doktor cakap leher nak kena tebuk padahal dah berapa tempat dah dekat badan Tokwan kena tebuk untuk dialisis. Tokwan cakap, “Buat laa apa pun, asai dapat tengok anak cucu ja”, sambil tunjuk kami semua masa tu.

Bayangkan, Tokwan nak operate semua tu asbab dia sebab nak tengok anak cucu saja. Asal makan apa yang sedap dia kira nak belanja saja. Masa sihat sikit dulu, boleh kata tiap-tiap malam naik kereta dengan tok mai rumah kami bawa mai burger berbiji-biji jamu cucu makan.

Tokwan kata, “Tokwan tak lalu burger, saja seronok tengok hampa makan”. Walaupun takda harta, tapi mewah rezeki. Umur tua dan sakit pun tapi enjoy dengan kehidupan dia, pi ronda naik kereta macam orang muda-muda.

Anak-anak Tokwan enam orang, empat lelaki dan dua perempuan. Anak lelaki sulung, paklong dah meninggal tahun lepas. Anak-anak Tokwan bagus-bagus dari arwah paklong sampai ke makcik take turn masing-masing pi amik hantar Tokwan dari hospital/ pusat dialisis.

Segala appointment dengan doktor masing-masing dok peringat sesama sendiri. Tapi, kekadang Tokwan tak mau menyusah anak-anak, dia pi sendiri naik kereta walaupun jalan selangkah-selangkah.

Kalau kenduri toksah dok kata la hat jauh mana tahla pun dia nak pi juga. Kenduri no 1 Tokwan nie.

Kadang-kadang tak boleh berjalan sakit gout, tapi dia orang kuat semangat. Dah sembuh sikit, tengok-tengok tudia lepaih naik kereta dah, nuu pi ronda Kuala muda. Tak perlu buat physiotheraphy apa pun terus boleh jalan. Oanrg dulu-dulu sama kot memang jenis kuat.

Walaupun sakit, Tokwan tak suka layan sakit dia. Tokwan suka ronda-ronda bawa kereta pi sana-sini. Pernah dulu masa kami kecik-kecik lagi, Tokwan kerja tarik tali kapal dekat Pineng Port, putus hujung jari sikit tapi tengok Tokwan rilek macam tak sakit pun. Tengok jari tu tumbuh balik elok saja. Hehe

Dari kecik-kecik pun dok tengok dia memang seorang lelaki yang kuat. Tak pernah jumpa laa org kuat mcm tu. Kami ni kecik-kecik dok taboh belakang Tokwan gedebuk gedebuk sebab dia memang suka. Pakat lompat atas badan Tokwan. Kami tanya, “Tokwan sakit dak?”.

Tokwan kata, “emph tak rasa apa”, kami buat lagi kuat pun dia tak rasa apa. Allahu rindunya. Tiga empat org cucu rabat belakang dia tapi dia masih cool. Tokwan suka nyanyi lagu hindustan yang zaman dulu-dulu punya dekat kami cucu-cucu sampai kami pun boleh hafal lagu tu.

Tokwan happening orang dia. Tak pernah marah. Sungguh, tak pernah kena marah dengan Tokwan. Sampai dah kahwin dan dah ada anak. Layan kami macam budak-budak.

Mama pun walaupun dah bercucu, Tokwan layan anak perempuan dia macam budak-budak. Manja dengan anak-anak perempuan dia.

Mama kata dulu Tokwan bukan orang senang, anak ramai, kerja bendang, mama cerita dulu Tokwan tanggung dua guni beras tu sorang-sorang dia. Sara anak anak mengaji guna duit bendang saja.

Sebab Tokwan dari muda takda harta buat kerja bendang tapi boleh sara anak anak mengaji sampai masuk U. Semua anak-anak berjaya dengan kehidupan masing masing. Tak kaya tapi bahagia, Alhamdulillah.

Anak-anak cucu semua bersatu hati jaga kebajikan Tokwan. Dalam group family tu sentiasa update pasal Tokwan dengan tok. Pasal temujanji hospital Tokwan, ubat Tokwan, apa Tokwan buat harini. Semua ambil berat pasal Tokwan. Hari-hari ada saja update pasal Tokwan.

Pakngah, anak nombor dua Tokwan, berhabis duit dan tenaga untuk kebajikan tok dan Tokwan. Anak-anak Tokwan yang lain juga. Semua ada part masing masing.

Dan kami part urut-urut Tokwan, luang masa dengan Tokwan. Tiap tiap minggu pi rumah Tokwan buat ramai supaya dia seronok selalu. Dia tunggu ja anak cucu pi beramai-ramai rumah dia.

Dan tok wan suka adik aku, iman urut. Pastu satgi dia sua la RM50. Tiap tiap kali. Kami tolak tapi dia berkeras nak bagi juga.

Berapa banyak yang ada dalam dompet, banyak tu lah dia bagi dekat orang. Tak kira orang luar sekalipun dia bagi. Nurse-nurse yang penah naik ambulans dengan Tokwan ada cerita, tiap tiap kali Tokwan naik ambulans dia akan bagi sorang RM10 habuan pi makan.

Dia cakap kesian sebab tunggu lama. Kalau ada RM100 dalam dompet, banyak tu lah dia sua duit sampai dia pun takda apa, tak kaya tapi bahagia. Alhamdulillah.

Kalau adik aku urut, Tokwan puji melambung-lambung. Tokwan selalu kata, “Hang urut kaki Tokwan lega dah hang tengok kaki merah elok macam kaki anak dara”.

Hehe, padahal picit kaki dia tu dah dua tiga minggu lepas sampai harini dok cerita lagi. Dia besar hati orang mai tengok dia. Kalau nak berkelah tepi pantai mesti ajak Tokwan. Tokwan cukup suka ronda-ronda naik kereta.

Tokwan orang nya solat tak pernah missed. Baca Quran tak lekang di mulut, tiap tiap kali lepas solat, Tokwan memang dah hafal surah-surah Al-Quran yang panjang tu jadi dia tak tengok Quran dah, dia baca terus.

Umur dah 78 tahun, tapi tak nyanyuk, dia kenal nama anak cucu, sampai cicit pun dia ingat.

Mungkin sebab dia tak tinggal Al quran. Pernah dulu Tokwan tidur rumah aku dan Tokwan sakit, Tokwan mengerang sakit tapi mulut terkumat-kamit baca ayat Al-Quran.

Aku bersyukur Allah pinjamkan aku seorang datuk selama 28 tahun aku hidup. Dapat rasa kasih sayang seorang Tokwan. Selalu cakap, tinggal Tokwan sorang ni ja. Sekarang dah takda dua-dua orang Tokwan. Masa kenduri kahwin aku, Tokwan ada jadi orang kuat kami satu keluarga.

Rasa semangat kuat bila ada orang tua-tua. Waktu mama papa pergi haji pun Tokwan ada. Dia ikut sekali hantar mama papa pergi airport walaupun diri tu tak berapa sihat. Rasa semangat bila Tokwan ada walaupun mama papa takda, pergi haji waktu tu.

Pagi Raya Haji sebelum Tokwan sakit tenat, kami satu keluarga beraya rumah Tokwan. Memang tiap-tiap tahun raya memang akan ke sana.

Pakngah akan buat makan-makan nasi berlauk kat situ untuk sedara yang nak datang ziarah Tokwan, tiap-tiap tahun raya. Rumah Tokwan akan jadi tempat tumpuan sedara mara datang beraya.

Tokwan suka orang datang menziarah.

Malam Raya Korban, Tokwan mula sakit dalam perut. Pi hospital doktor check usus Tokwan dah block. Jadi, terus ke Hospital Seberang Jaya dan doktor check Tokwan kena emergency operation untuk buang benda yang block dalam usus, dan dah tak boleh tangguh-tangguh.

Oleh sebab pkp, tak ada siapa boleh melawat Tokwan melainkan isteri dan anak-anak saja. Jadi, anak-anak lelaki Tokwan dan adik aku, iman ada di sana. Lama.. dekat 4 5 jam juga dalam operation room.

Selesai operate, Tokwan tak sedarkan diri lama juga sebab ubat bius tu. Kami berdoa dan tawakkal kat rumah. Takut, takut jadi apa-apa dekat Tokwan.

Dan Tokwan mula sedar esok tu dan doktor pun agak hairan sebab Tokwan boleh sembang elok mcm biasa. Siap bagitau paksham lagi nak sedekah dekat siapa daging korban. Sebab sebelum tu doktor ada bagitau yang pembedahan ni berisiko tinggi dan risikonya adalah kematian.

Sebab jantung Tokwan tu dah lama, faktor umur juga. Tokwan jugak buat dialisis dan ada darah tinggi. Jadi, operation tu dikira berjaya. Kuat betul semangat Tokwan lawan sakit-sakit dia.

Dan sehari selepas tu, kesihatan Tokwan mulai merosot. Pagi tu paksham cakap Tokwan sembang elok lagi dan Tokwan ada bagitau dia tak larat sangat-sangat dah.

Dan start dari tu Tokwan sesak nafas. Semua doktor dan nurse mengelilingi Tokwan dan Tokwan diberi ubat tidur.

Tokwan tak sedar diri dah lepas tu cuma guna alat bantuan pernafasan saja. Malam tu Pakngah dan yang lain decide untuk bawa balik Tokwan ke rumah. Doktor cakap Tokwan dah takda harapan.

Sempat juga petang tu kami bawa tok dan semua orang sempat melawat Tokwan dekat hospital. Sempat baca yassin. Waktu bisik syahadah di telinga Tokwan, ayaq mata laju keluaq. Aku peluk kaki Tokwan. Aku cium kaki Tokwan. Sejuk kaki Tokwan masa tu.

Aku genggam tangan Tokwan aku usap lembut tangan Tokwan. Tangan ini laa yang dulu kerah keringat dan tenaga demi nak membesarkan anak-anak. Tak ada sedikit pun kata kesal atau rungutan yang keluar dari bibir. Itulah hadiah perpisahan buat Tokwan.

Rasa nak peluk dan cium Tokwan takmau lepaih, sebolehnya takmau Tokwan pi. Sayu tengok wayar-wayar dan tiub yang membaluti tubuh Tokwan.

Sebab selalu Tokwan masuk hospital Tokwan mesti dah boleh keluar hospital dah lepas tu, tapi kali ni tak ada dah semua tu. Tokwan dah takda harapan.

Yang ada cuma redha, redha, dan redha. Allah, aku menangis sepuasnya waktu tu cuba untuk redha Tokwan aku yang aku sayang ni dah takda.

Takda dah Tokwan nak buat lawak dekat kami. Takda dah Tokwan nak ajak pi ronda. Takda dah Tokwan dekat katil Tokwan tempat kami selalu urut Tokwan.

Kami bergilir-gilir melawat Tokwan. Alhamdulillah lama.. dapat luang masa dengan Tokwan. Ucap syahadah berulang-ulang di tepi telinga Tokwan.

Dan malam tu pukul 11 lebih, Tokwan dibawa balik rumah menaiki ambulance swasta dan Tokwan masih masih bernafas menggunakan tong gas pernafasan untuk bernafas.

Paktam dan iman menemani Tokwan dalam ambulance. Dalam pukul 12 pagi (5hb), semua anak cucu dan sedara mara. Semua tunggu nak sambut Tokwan balik. Kami semua ada dekat sisi Tokwan.

Pakngah cakap dekat Tokwan , “ayah kita dah balik rumah, ayah”. Kami semua nangis semahunya waktu tu cuba untuk terima kenyataan Tokwan dah pergi tinggal kami semua. Perit sangat rasanyaa kehilangan orang yang kita sayang dan cinta.

Pakngah ucap kalimah syahadah dekat tepi telinga Tokwan. Pakngah perlahan-lahan membuka gas yang disambung dalam mulut Tokwan. Alhamdulillah.. Tokwan pergi berjumpa penciptanya dengan tenang. Tenang-setenangnyaa air muka Tokwan. Putih bersih air muka Tokwan masa tu. Macam tengah tidur

Hari pengebumian Tokwan Masya-Allah ramai sangat yang datang menziarah. Kami tak expect pun ramai macam tu sebab pkp. Tapi macam hari biasa dan dah macam kenduri ramai dia.

Orang bersilih ganti datang menziarah Tokwan buat kali terakhir. Solat jenazah pun ramai. Pakngah yang imam kan solat jenazah Tokwan. Anak cucu juga lah yang kebumi Tokwan.

Dulu masa hayat Tokwan. Tokwan ni ramai kenalan. Tokwan ramah dengan orang dan dia tak reti nak sombong. Kalau mula sembang dengan dia ish taktau laa tak habis cerita.

Cuma hujung-hujung usia Tokwan banyak diam sebab Tokwan tak dengar. Kami kalau cakap dengan Tokwan kena cakap kuat- kuat.

Baru Tokwan dengar. Dan peliknya mata Tokwan tu umur dah 78 tahun, tapi tak rabun boleh drive kereta merata dalam sakit-sakit dia.

Nurse -nurse dekat dialisis pun cakap, Orang yang paling depa kasih dah takda sebab Tokwan layan depa macam cucu selalu bawa mai makanan kat depa.

Tokwan enjoy sangat dengan life dia walaupun dah tua dan tak berapa sihat. Apa yang boleh makan dia makan. Takda pantang-pantang. Baca quran pun kadang tak pakai spec. Mungkin berkat dari amalan Tokwan baca quran hari hari, mata terang, tak gaduh pakai spec pun.

Itulah Tokwan aku, Tokwan Haroon yang kuat orangnya, yang soleh, yang pemurah. Dan amalan-amalan yang Tokwan buat sepanjang hidup dia. Mama cakap, Kita kena usaha berbuat baik dan jadi penyayang, pemurah macam Tokwan. Tengok pengakhiran hidup Tokwan.

Ramai orang kasih dekat dia. Kita yang hidup kena teruskan hidup, harus kuat dan redha. Bila kita redha, hati kita jadi senang, jadi tenang. Tokwan pergi pun pada waktu yang elok sangat dah.

Allah pinjamkan lama dah dekat kami orang yang baik macam Tokwan. Jadi, kena bersyukur dapat peluang rasa kasih sayang seorang datuk. Terima Kasih Allah.

Dah seminggu Tokwan pi. Tiada ubat untuk sakit rindu pada yang tiada. Hanya masa. Dan masa lah juga yang akan mengubati segalanya.

“Bagai terbawa separuh diri, bersama perginya yang tak kembali”

Al-Fatihah,

Allahyarham Haji Haroon B. Saad,

1942-2020

– Rozana Intan Rahima Rahmat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit