Nak Jadi Bos Juga

Assalamualaikum. Sekadar menulis luahan. Maaf kalau tulisan tunggang langgang. Dan luahan ni bukan bermaksud tak bersyukur dengan kerja, mana tahu ada yang senasib. Dan mana tahu boleh ubah mana2 bos yang berkira. Harap tiada yang kecam. Boleh kongsi kata2 positif buat nasihat yang senasib.

Ceritanya begini. Saya lulusan kejuruteraan awam. Bila ayah saya sakit saya balik ke kampung sebab tak ada orang nak uruskan adik-adik dan mak. Mak tak boleh drive. Jadi saya la yang jadi driver. Tiga tahun ayah saya memang keluar masuk wad.

Alhamdulillah dapat kerja di syarikat guaman sebagai kerani dalam urusan pinjaman perumahan. Masa awal, peguam tu (bos saya) bagitahu gaji RM40 sehari dalam masa 3 bulan tanpa elaun atau KWSP. Lepas tu akan dapat gaji tetap dan naik sikit-sikit.

Bermula la belajar cara-cara setelkan dokumen pinjaman dengan bank dan lain2 institusi. Kerja tak la susah sangat. Banyak copy dan paste. Tapi bila sekali ada banyak kes kena balik lambat la jugak. Kadang-kadang sediakan failkan saman. Atau setelkan laporan-laporan bil penyewa yang nak disaman.

Tiap kali sistem berubah memang belajar sendiri je dengan call PIC atau mana-mana kerani syarikat lain. Klien memang semua nak cepat. Kadang2 nak setel dalam masa sejam je. Saya sorang je kerani kat situ. Seorang lagi runner.

Bila lama sikit kerja saya tanya runner berapa gaji dia. Dia bagitahu RM1300 ada KWSP semua. Tapi dia memang dah lama kerja. Berhuhuhu je masa tahu sebab dia memang tunggu saya setel kerja baru boleh keluar buat kerja. Sementara tu dia memang takde buat apa-apa. Dia keluar pun saya masih setelkan kerja. Dia balik boleh rehat kat opis kalau kerja luar habis awal.

Pernah sebulan tu saya dapat gaji tak sampai RM400 sebab Malaysiakan banyak cuti. Cuti hari pekerja pun gaji kena potong. Memang tak pernah merasa full. Masa hari raya bos sendiri bagi cuti seminggu. Jadi seminggu la tak ada gaji. Bonus raya tahun ketiga dapat la RM50. Bos cuti tutup pejabat pun gaji tak dapat.

Pernah ambil cuti sebab tak sempat balik ofis tayar kereta pecah tengah jalan balik. Pun gaji kena potong. Jangan harap nak dapat kurma, buah limau masa musim raya macam syarikat lain. Nak cover ada la jual online sikit2 tapi tak sempat pun sebab masa banyak hadap kerja. Lepas kerja COD barang.

Paling penat bila ayah masuk wad. Ulang alik hospital. Hantar mak dengan adik gilir2 jaga ayah. Hujung minggu saya yang tidur. Tak pernah minta cuti kecuali ayah saya masuk dewan bedah dan setelkan urusan adik2. Badan penat tetap hadap kerja.

Bagitahu bos ayah sakit pun tak guna. Bukan dapat apa2 pun. Kena marah tu anggap je dugaan kerja. Tapi kadang2 mood dia tak ok kita kena marah jugak. Hobi bos beli kereta baru, motor baru. Anak dia kahwin pun buat kat dewan. Hidup kena bergaya katakan.

Rasa cam tak setimpal dengan kerja dan skill yang kita ada. Memang nampak mudah guna komputer jer kerja. Tapi usaha nak selesaikan semua masalah. Bos pulak yang penting setel. Paling gelisah bila nak kena tukar roadtax. Gaji pun tak cukup tapi syarat kerja kena ada kenderaan.

Alhamdulillah selalu dicukupkan rezki. Masih boleh beraya walaupun biasa2. Cuma saya nak kongsi untuk yang jadi bos2 tu, pekerja tu pun manusia. Bukan hamba abdi. Ada rezki lebih kongsi la sama2. Tak jatuh miskin pun. Kira sebagai zakat atau sedekah.

Kalau bukan terpaksa tak adanya dia nak kerja. Dari family tak boleh makan, dari orang mengata duk rumah goyang kaki sekurang2nya ada kerja. Apa salah masa nak raya bagi bonus. Masa anak2 nak masuk sekolah bagi duit beli barang2 sekolah. Beli nasi bungkus pun pekerja dah happy sangat2. Kalau family diorang sakit hulur la sikit pun.

Peringatan untuk diri sendiri jugak. Mana tahu bakal jadi bos. InsyaaAllah..

Alasan stay sebelum ni? Sebab dekat dengan rumah dan sekolah adik2. Jadi boleh amik adik2 lepas kerja. Kalau diorang balik awal boleh keluar dalam 10 minit amik. Ada je kebaikan. Boleh minta cuti kalau ada urgent kes sebab memang potong gaji. Sekarang ayah dah makin sihat jadi cari kerja lain.

Jangan ingat kerja ofis tu hebat. Yang kerja kemas rumah pun dibayar RM100 sehari. Hujung minggu boleh cecah RM150.

Ada ke bos korang yang jenis berkira??

Moga sama-sama kita dimurahkan rezki dan dipermudahkan urusan.

– No Name (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *