Nak Kahwin Dengan Orang Kaya

Aku Laila Isabella (bukan nama aku), 27. Aku nak confess bukanlah dari pengalaman aku, tapi pengalaman orang yang aku lihat dari mata kepala aku sendiri untuk kita sama2 jadikan pengajaran.

Tajuk atas tu mungkin tak kena sangat dengan cerita yang aku nak share tapi ada kena mengena sikit. Lol.

Aku perasan banyak dah tak kisahlah lelaki ke perempuan nak hidup selesa punya pasal dia cari pasangan yang berduit dan semua dah ada depan mata, dengan niat ko tak nak cari duit sendiri sebab malas.

Tapi kan korang tak takut hidup camni, bergantung dengan orang lain?

Pernah tak kita dengar wanita/ lelaki yang tak kerja, lepas kem4tian suami/ isteri dah susah takde income, dah tua pulak tu tak boleh kerja? Cliche kan? Okay kalau jadi kat korang agak2 murung tak?

Aku pernah dinasihat oleh seseorang, jangan sampai ketahap kita tak boleh hidup tanpa seseorang. Biar orang susah bila tak ada kita, tapi jangan kita susah bila tak ada orang.

Kerjalah sampai kita tau segala selok belok, memang kita penat dengan kerja, tapi niatkan segala kerja tu untuk kesenangan diri kita dan sebagai ibadah. InsyaAllah kita jadi bijak tak mudah kena tipu, dunia dapat, akhirat pun dapat.

Aku pernah teman mak aku kat hospital, sebelah katil mak aku tu adalah bekas isteri si kaya, aku tak nak cakap orangnya siapa. Dia ni bercerai dengan suami dia dan tak dapat apa2 pun.

Dia pernah cakap yang dia tak nak balik rumah sebab dia takut tak ada sesiapa yang jaga dia, kalau kat hospital ada nurse jaga.

Anak2 ada tapi semua nak ikut bapa, yelah kayakan. Hidup bila ditinggalkan suami, dia kekal kaya tapi isteri lepas ditinggal terus hidup susah.

Aku jugak pernah kenal keluarga ni. Wife kerja, husband tak kerja, anak dia sorang memang mengharap duit mak. Wife ni dah arwah dah sekarang. Dia memang ada penyakit kencing manis.

Bayangkanlah masa maknya meninggal bapak dengan anak boleh gaduh pasal duit epf mak. Bapaknya memang dah tua n sakit dan tak boleh kerja.

Dia tinggalkan anak dan kahwin dengan wanita berstatus janda sebab wife baru tak nak duduk dengan anak wife lama.

Dia terpaksa ikutkan kehendak sebab rumah, makan, pakai semua guna duit wife baru.

Bayangkan lepas wife lama meninggal terpaksa cari wife baru untuk bergantung hidup. Ini kira okay lagi dapat wife baru, kalau tak dapat? Agak2 kat mana nak bergantung.

Selain tu, ni cerita terjadi dalam kenalan aku paling rapat sekali. Mak diaorang dah meninggal, ayah ada lagi. Mak ayah dua2 berduit dan dah pencen. Adik beradik semua 4 orang.

Masalah adik beradik2 diaorang berebut kereta mak yang dah meninggal.

Kisahnya yang sorang dapat kereta yang sorang ni pun nak kereta jugak tapi kereta ada satu je. Lepastu masuk pulak menantu perempuan ni tak puas hati sebab patut husband dia yang dapat kereta.

Padahal empat2 orang ni semua ada kerja bagus2. Gaji paling kurang RM5k. Masih lagi bergaduh kereta padahal kat rumah ada kereta sendiri, ptptn pun bapak diaorang yang bayarkan balik.

Bapak diaorang ni malas dah nak fikirkan anak bertengkar, sebab bapak diaorang ada harta sendiri so bapak dia pindah duduk rumah sederhana dengan isteri baru.

Bagi aku tindakan bapanya betul, yelah buat apa nak hirau anak yang dah besar kan. Ikutkan diaorang ni lebih senang dari kebanyakan anak orang lain, tapi masih lagi gaduh soal harta, tamak punya pasal.

Ni lah masalah kalau hidup tanpa mak bapak yang sampai besar pun nak bergantung duit. Padahal ayahnya hidup lagi tu pun dah macam2 jadi.

Akhir sekali, terlalu suka lompat2 pasangan. Mungkin pasangan baru lebih kaya atau cantik? Atau ko rasa boleh lebih bahagiakan ko? Korang banyak habiskan masa dan duit untuk pasangan baru dan bukan untuk anak.

Anak ko ramai, lepastu tak ada masa dengan diaorang, anak ni biasa akan rapat dengan yang jaga diaorang. Masa tua mungkin diaorang ni jadi anak yang baik still nak jaga korang tapi agak2 dalam hati diaorang ni sebenarnya respect tak kat korang?

Masa diaorang kecik ko sibuk dengan pasangan korang, masa dah besar ko boleh cakap diaorang ni derhaka kalau tak jaga korang?

Mungkin diaorang akan jaga tapi diaorang takkan bergurau dengan korang, sebab tak tak rapat pun sebenarnya. Masa muda sibuk in love sampai lupa tanggungjawab, dah tua takde sapa nak in love dengan korang dah susah cari balik anak.

Aku kongsi ni bukan atas dasar mengaibkan atau apa2 tapi aku cerita sebab aku nak orang jadikan pengajaran. Hidup ni jangan pernah terfikir nak menumpang orang.

Lagi satu, masa muda juga jangan suka lompat2 pasangan, kita muda cantik/ handsome memanglah ada orang nak bela dan belai kita.

Tapi bila dah tua, even ada orang nak bela tapi agak2 nak ke dia belai kita? Anak sendiri pun belum tentu nak belai kita kalau tau waktu muda kita camne. Ni realiti hidup, jangan banyak khayal bila tengah in love. Fikir biar panjang sikit.

Waktu tua kita kalau boleh nak hidup tenang, nak ibadah banyak2 pergi balik masjid dengan pasangan, tak nak dah ada masalah dengan orang, nak ada makan, pakai, dan tempat tinggal yang selesa.

Kalau boleh tak nak dah tua masih kena ikut tunjuk orang yang takkan hormat kita. Kalau boleh nak anak2 pun sayang kita, hormat dan kita bangga cerita perihal waktu muda kita. Kita nak anak kita jadikan kita sebagai inspirasi.

Waktu muda jangan berkira sangat buat kerja lebih. Apa2 kerja yang kita buat sebenarnya itu sk1ll kita, income kita.

Hidup ni adalah pembelajaran. Tak kisahlah kerja apa pun. Kita susah sekarang, sekurang2nya kita muda lagi, ada lagi tenaga. Bukan pasal duit je, malah hal2 rumah biasakanlah buat sendiri.

Kalau rumah tak boleh settle macam mane nak settle lain, tak tau la kalau busy, tapi seminggu sekali buatlah house cleaning.

Itu rumah kita. Boleh sempit rezeki kalau rumah kotor. Walau ada pasangan yang boleh uruskan rumah kita kena ambil tau jugak. Kalau tak tau tu tanya yang tau. Itu saja, sekian terima kasih.

– Laila Isabel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit