Nak Kerja Buat Cara Nak Kerja

Assalamualaikum pembaca iium confesion. Saya nak straight to the point tentang pekerja kerajaan. Tujuan saya bukan nak attack secara melulu tetapi apa yang berlaku semestinya berlaku depan mata saya.

Saya berumur 28 tahun dan masih mencari kerja yang sesuai memandang sudah berumah tangga dan mempunyai anak kecil. Tetapi saya mengisi masa lapang saya dengan belajar kemahiran di KEMAS.

Kenapa saya memilih KEMAS sebab waktu pembelajaran yang flexible dan boleh bawa anak ke kelas serta yurannya murah hanya rm10-20 sebulan. Dah hampir 3 tahun saya menuntut ilmu di kelas tersebut sambil2 menambah pendapatan walaupun cuma RM100-200 sebulan.

Apa yang membuatkan saya hairan bin ajaib, ada beberapa kelas kemahiran lain yang attach sekali dengan kelas tempat saya belajar dan sudah semestinya ada cikgu yang mengajar. Apa yang saya faham kerja kerajaan ni waktu bekerjanya 8-5pm kan? Jika salah tolong betulkan.

Saya yang bukan bekerja wajib 8-5 pun boleh datang ke kelas on time at 8pm. Dia? Pukul 9-10 pagi baru muncul kemudian duduk2 dalam beberapa beberapa jam, sebelum waktu lunch dah keluar nak ke Tesco.

Korang tau dia nak beli apa? Cari kasut! After shopping nanti dalam pukul 4 petang dia akan masuk ke kelas semula dan tak lama tu balik. Hampir setiap hari kejadiannya begitu.

Kenapa? Sebab tiada pelajar di dalam kelas beliau. Tetapi itu bukan alasan untuk anda keluar sesuka hati ye. Jika tiada pelajar sekalipun cikgu boleh tolong2 pelajar lain di kelas yang mempunyai pelajar.

Kadang2 pukul 3 petang ajak cikgu2 lain keluar pergi makan sedangkan itu waktu bekerja. Memang kerap sangat dia keluar untuk ke kedai, lagi kalau ada barang kelas yang nak di beli lagi rancak dia shopping barang peribadi. Keluar pagi balik nak dekat tamat waktu kerja. Seronoknya kerja boleh berjalan2 ye.

Kenapa ye ada orang macam ni? Sesungguhnya saya yang tiada kerja ini terlalu teringin nak bekerja dan ada pendapatan tetap. Saya masih menunggu panggilan interview yang tidak kunjung tiba.

Tetapi orang senang2 bekerja sambil lewa siap diperlinya kita kenapa tak kerja rugi belajar tinggi2. Update facebook gambar anak cucu nombor 1. Buat kerja sikit upload. Tapi bila keluar bukan waktu sepatutnya pandai pula diam2.

Ada hamba Allah ni dia bekerja di agensi kerajaan. Waktu bekerja nya? Kejap pukul 9. Kejap pukul 11. Balik lunch pukul 1 lepas tu tak pergi2 kerja dah. Kadang2 masuk lepas lunch balik pukul 5.

Saya kurang arif tentang waktu kerja kerajaan. Adakah agensi2 kerajaan ni waktu kerjanya fleksibel? Boleh masuk sesuka hati dan balik sesuka hati ye?

Kadang2 saya rasa ada jawatan yang tidak perlu pun dalam kerajaan. Kewujudan jawatan yang tidak jelas bidang tugasnya adalah tidak memberi manfaat kepada sesiapa.

Saya rasa patut jika kerajaan kaji semula kelas kemahiran ini jika tiada pelajar langsung untuk kelas tersebut maka kelas tersebut perlu dimansuhkan untuk mengelakkan tenaga pengajar memakan gaji buta.

Tak sabar nak pencen sebab dapat duit pencen? Masa kerja pun bukannya buat apa sangat. Untung kamu. Semoga makcik2 pakcik2 berubah kerana duit gaji tu diragui tidak berkat.

Sekian…

– Pemerhati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *