Nak Nikah Lagi? Silakan…

Assalamualaikum. Saya Durian. Saya tertarik dengan confession bertajuk Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Untuk part I, (https://iiumc.com/sebenarnya-saya-isteri-dia/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/sebenarnya-saya-isteri-dia-ii/).

Saya setuju dengan confessor. Saya ada tinggalkan komen bagitahu yang saya izinkan suami kahwin lagi kalau dia mampu. Tapi orang lain pulak triggered siap cakap saya ada gejala m4ti putik. Hahaha.

Suami aku boleh nikah lain, kenapa isteri lain yang panas? Hahaha.

Ok. Ni komen saya.

Saya salah seorang yang kasi kalau suami nak poligami. Tapi suami yang tak mampu. Dari segi duit tolak tepi sebab yang tu wajib la kan. Maksud saya dari segi yang lain lain.

Kalau emosi seorang isteri pun dia tak boleh jaga, kesian kat perempuan lain yang jadi isteri dia nanti. Kenapa saya terima poligami?

Sebab rasa lagi relax bila suami tak ada kat rumah. Hahaha. Tak payah fikir nak masak apa untuk suami, boleh relax relax dengan anak.

Anak senang je ikut apa kita cakap. Suami ni, kita yang kena ikut dia. Bukan maksud saya suami saya tak ok. Dia ok, baik.

Cuma bila dia balik kerja penat penat takkan tak sedia makanan, takkan nak biar dia balik kerja tengok rumah sepah dengan mainan anak. Kesian la dia walaupun dia tak pernah komplen rumah sepah atau kalau saya tak masak.

Cuma kita sebagai isteri kesian kat dia. Cuba kalau dia ada giliran, hari bukan giliran kita, kita enjoy la. Cari me time masa tu.

Ajak member perempuan datang tidur rumah ke, keluar pergi spa ke, keluar dengan kawan kawan ke (dengan izin suami). Nak keluar, hantar anak kat taska.

Wahai para isteri yang mempunyai suami yang mampu. Tak teringin ke macam tu? Hahahaha”

Komen tersebut agak membuatkan beberapa isteri triggered. Hahhaha.

Pertama, ada yang cakap saya penat layan kehendak suami. Itu gejala m4ti putik. Hellooooo sis. Saya selalu bagitahu suami, kalau nak, bagitahu je. Saya on je. Hahahaha. Sumpah saya bagitahu suami macam tu, ok.

Kedua, ada yang cakap tak payah nak kesian kat suami. Yang buat anak berderet pun kerja suami. Jadi jagalah anak sama sama. Itu mungkin dia kot sebab anak saya 2 orang sahaja.

Itu pun untuk anak kedua, suami tanya saya dulu nak anak ke tak. Selagi saya tak sedia, dia tak kasi pun. Benda boleh adjust kan. Nanti ada yang triggered cakap saya cakap besar, kang Allah bagi rezeki anak ramai.

Kalau anak ketiga saya kembar, alhamdulillah sis. Sebab lepas anak ketiga, saya tak boleh dah sebab saya czer.

Puan yang ni saya setuju la. Kalau saya anak ramai tapi tak ada pembantu, saya fikir balik la nak bagi ke tak suami nikah ramai. Yela. Kita penat jaga anak dia, dia seronok dengan orang lain. Banyak cantekkkk…

Kalau ada yang tengok balik komen saya tu, mesti ada yang fikir, guna akaun palsu, bolehlah sembang sebab suami tak tahu. Para pembaca sekalian. Betul. Itu akaun palsu saya.

Tetapi suami saya bukan pembaca iium atau apa apa confession. Lagipun dari awal perkahwinan kami saya sudah bagitahu suami, saya tak kisah dia nak kahwin lain tapi bersyarat. Syarat dia, mampu belikan saya rumah dan kereta.

Kereta axia pun ok dah. Rumah pun nak yang kecik sebab saya tak suka rumah besar. Anak sikit je kan. Segala perbelanjaan dia tanggung. Saya tak perlu kerja.

Maksudnya, kena mampu dari segi kewangan la kan. Kalau dia mampu, silakan. Saya guna akaun palsu sebab tak nak orang lain tahu. Biarlah suami sahaja yang tahu saya izinkan dia kahwin lain.

Memang dari saya sebelum kahwin saya ok dengan poligami. Lepas beberapa bulan kahwin, saya bagitahu suami saya ok je. Tapi tula kan. Biasa kalau kita ok, suami pulak tak nak.

Dia cakap, kalau dia mampu dari segi kewangan, belum tentu dia mampu dari segi adil. Dah 5 tahun kahwin, setakat ni tak ada lagi. Handphone dia, email dia saya selalu check. Semua pasal kerja.

Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya ok je dengan poligami. Mungkin sebab kita ingat suami bukan hak kita.

Suami hak Allah. Allah bagi pinjam. Cara saya fikir senang je. Apa yang Allah izinkan, bila kita redha, mesti ada hikmah. Poligami ni awal awal Allah dah izin. Mesti ada kebaikan dia.

Bersangka baiklah dengan Allah. Syarat dia kena ikut apa yang sepatutnya lah. Suami mesti mampu dan adil. Bila kena adil, kalau nikah senyap senyap, percayalah susah nak adil. Jadi, isteri kena redha. Barulah suami jujur. Senang cerita, dua dua ada peranannya.

Oh ya. Ada komen pada post Sebenarnya Saya Isteri Dia berkenaan penyakit kelamin. Punca penyakit kelamin bukan sebab poligami ye. Penyakit tu dari lelaki yang berhubungan dengan lelaki atau perempuan yang berhubungan dengan ramai lelaki.

Selain itu, juga kerana perkara perkara yang memang agama larang seperti liwat, berhubungan semasa haid, ‘perbuatan yang menggunakan mulut atau lidah’ (harap faham maksud saya) kerana air liur kita mengandungi banyak bakteria.

Perbuatan mulut atau lidah ini pun pernah menjadi perdebatan kerana tidak dinyatakan jelas di dalam alquran atau hadis. Tetapi, al-quran dan hadis ada bagitahu bahawa mazi itu najis.

Bila menggunakan mulut dan lidah, macam mana nak elak mazi ye. Lagipun, sesungguhnya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.

Saya tak baca banyak komen pada post asal sebab banyak yang negatif. Dia yang bermadu, orang lain yang panas, kenapa ye?

Confession kami tidak mengajak anda untuk bermadu. Dia cuma cerita pengalaman dia dan saya cerita pendapat saya, tidak untuk mengajak anda bermadu.

Sekian sahaja coretan saya.

– Durian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *