Nasib Anda Sama Seperti Saya

Assalamualaikum. Aku terasa ingin terus membalas apabila satu confession about “PILIH KASIH DALAM DIAM” nasib anda sama mcm saya. Bezanya aku ni anak kedua dan dia adalah anak pertama. Yg penting perempuan fuhhh, hahaha. Maaf berterabur dan panjang. Harap diampunkan yaa bapak2 dan ibu2. anda sepatutnya beruntung apabila diabaikan. Nak tahu knp aku ckp untung diabaikan? Bermula lah ceritanyaaaaaaaaaa.

Aku ni anak kedua dari 5 adik beradik. Selalu dibandingkan dgn akak aku yg sulung. Yelah akak aku ada degree aku ni apa je ada. Aku pernah sambung belajar tp berhenti disbbkan tak suka kos tu. Mak aku yg suruh masok kolej tu tanpa perbincangan aku. Hmmmm now aku meniaga nasi lemak dgn hasil kudrat aku, dapatlah aku hulur kan sikit duit walaupun tak byk. Alhamdulillah ramai org suka makan nasi lemak buatan aku. Doakan aku murah murah murah rezeki guys!

Aku ni kalau demam ke apa ke kdg2 mcm tak dilayan. Sakit aku kehendak aku semuanya aku yg usaha sendiri. Kalau akak aku kehendak dia drpd A sampai Z semua dituruti. Yg sama nasib mcm aku adik aku no 3 dan no 5 sbb drpd kecik parent aku tak jaga kitorg disbbkan ibu aku kerja dan umur kitorg dua tahun baru diambil balik. Sedara aku yg jaga aku sblm habis pantang which is MakAyah sedara abg kpd ibu aku. Alhamdulillah kasih syg yg aku dapat melebihi ibu bapa kandung aku sendiri. Tp aku ni tamak weh nak juga kasih sayang drpd parent kandung aku sendiri.

Sbb kasih sayang parent sendiri lain drpd org lain. Org yg sama nasib mcm aku je faham apa makna kasih syg drpd parent kandung sendiri tp diabaikan. Bermcm cara aku cuba tarik perhatian dorg. Labur mcm2 tp habuan dia skjp je lelama jadi balik mcm anak terbiar. I dont get it why my parent amek aku drpd sedara aku kalau mereka semua nak layan aku mcm ni bknnya parent aku amek drpd makayah sedara aku ni masa umur dah jauh. Setakat dua tahun je tak jaga. Since aku sekolah apa yg aku nak semuanya aku usaha sendiri bekerja, jd maid for a while and etc

Aku ni selalu jadi mangsa keadaan akak aku drpd sekolah lagi. Tp beza aku dgn confesor aku melawan weh. Sampaikan ayah aku pernah ckp “ayah takut kalau aku buat perangai” yes! Aku buat perangai. Ponteng sekolah semua itu sbb aku rasa kalau aku ni jd teruk pun dorg tak kesah. Tp aku masih waras nak kearah keburukan. Takat nakal sikit tu blh lah. Masa aku nak interview kerja kan, aku ni haa terpaksa naik transport awam tu berpeluh2 jalan kaki dari rumah sampai ke bus stop hm jauh wehh. Tp demi mencari sesuap nasi gagah lah juga. Tp bila akk aku ada interview ke apa ke ibu ayah aku cpt je start enjin drive sambil teman. Siap kasi duit sekali. Tp aku ? Sikit pun tak kasi. Tah lah aku ni dah belajar drpd kecik takmo meminta. Susah aku semua aku tanggung sendiri.

Boleh kira dgn jari bape kali je mak ayah aku bg duit utk belanja tp takpe aku kuat. Dgn sokongan makayah sedara aku tu aku masih kuat.

Pernah juga makayah sedara aku ni ajak duduk sekali dgn dorg. Dan aku masih berfikir. Hati aku ni mudah kesian dkt keluarga sendiri. Aku mesti terfikir kalau aku bla gitu je apalah yg dorg nak makan apa lah yg dorg buat. Sbb kebykkannya aku yg akan tanggung makan minum kalau gaji ayah dah habis byr hutang dan makan2 tak sampai 2week. Akak aku walaupun dh habis degree masih tak bekerja itu yg buatkan aku geram sgt!! Sbb dgn dia2 sekali aku kena tanggung makan minum. Pernah lah kitorg gaduh dalam group ws psl duit, wahh mulut dia yg terlebih ckp psl duit itu ini aku pun apa lagi terus ngungkit ler.

Pernah dia buat ayat yg menyinggung hati aku psl duit, terus aku sound aku ckp “KAU BEKERJA DULU CARI DUIT BAGI MAKAYAH KESAYANGAN KAU NI MAKAN, BAYAR ITU INI BARU KAU BINCANG PASAL DUIT DGN AKU” yes! Agak terasa hati juga dgn ayat aku sendiri tp bila dah tak tahan terkeluar juga. Maafkan aku rasa berdosa tp tu lah hakikatnya. Tp setiap peluh duit kudrat yg aku keluarkan aku tepuk dada kuat-kuat aku minta Allah ikhlaskan hati aku sekuat2nya dan lupakan segala apa yg keluarga aku buat dkt aku. Kalau cerita semua segala sakit aku tu korg bosan so aku bgtahu apa yg perlu.

Aku ni mudah bosan utk bekerja dgn org. Then aku pun buat bisnes online, meniaga nasi lemak bwh blok. Jd babysitter. Kalau ada masa terluang aku jadi maid. Kalau sesape perlukan perkhidmatan aku, aku dtg kerumah.

Itulah cara aku tanpa diploma tanpa degree aku mampu mencari duit dan bg parent aku duit walaupun kdg2 mengeluh. Tp disbbkan aku nak rezeki berkat aku bg juga dan tepuk dada utk ikhlas kan diri. Kdg2 terasa bagus diabaikan oleh keluarga sendiri sebenarnya. Kau mampu utk berbuat benda yg diluar jangkaan kau utk berdiri tegak tanpa bantuan dari org terdekat. Itu ini kau mampu buat. Adik aku no3 dan no 5 pun mampu utk buat duit tanpa pertolongan mak ayah sendiri. Adik aku no 5 umur 15years mampu dapatkan1k dlm masa seminggu berniaga online tp tak pernah lupa utk belanja family makan barang dapur dan sbgnya. Adik aku no 3 umur 18 mampu keluarkan duit utk belanja rumah dan tak lupa bg makayah sendiri duit.

Umur 18tahun blh dpt almost 24++ dalam masa sebulan (bulan depan bos dia nak naikkan gaji huhu excitenya!) Yelah bg org lain sikit gajinya tp bg aku atas usia dan spm shj aku rasa mcm wow!! mampu dpt gaji sebyk tu. Itu gaji shj blm lg tambah dropship jual iphone dia tu. Alhamdulillah aku tgk adik aku dan aku sekali rezeki murah sgt ada je org yg membeli. Adik aku yg aku sebut ni pun tak pernah meminta setakat ni. Dari A sampai Z semua sendiri . Aku bkn nak naik lemakkan adik beradik aku yg dua org tu tp takat ni, itu yg aku nampak atas kehidupan masing2. Bagi aku benda ni tanggungjawab. Akak aku yg degree tu dia tak mampu buat mcm yg kami semua buat sampaikan makayah aku sendiri dok potpet dgn akak yg tu. Yelah terlampau manjakan semua benda dapat dgn hanya petik jari.

Tp aku yakin dia usaha lebih confirm dapat. To confesor, cadangan aku kau buat apa yg kau nak buat jgn dgr cakap adik beradik yg serupa domba sbb nak tgk kau depress jatuh dan sbgnya. Kau ada apa yg lain takde. Kau mampu apa yg adik beradik kau tak mampu. Dorg jeles dgn kau. Cuma kau kena usaha lebih sikit. Cuma jalankan tanggungjawab yg sedia ada dan hidup kau akan lebih smooth. Seribu org tak suka kita akan ada sorg dua manusia yg sokong kita dalam diam. Cari lah org tu mungkin akan muncul tak lama lagi. Dont murung2 cahaya kebahagiaan akan dtg dkt anda. Goodluck!

– Contan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *