Aku graduan sains tulen dan aku rasa terpanggil untuk meluahkan buah fikiran bila terbaca banyak seruan daripada pelbagai pihak supaya pertingkatkan kemasukan pelajar-pelajar ke dalam bidang sains. Persoalan yang aku nak utarakan di sini berkisar bidang sains tulen dan hala tuju graduannya lepas menempuhi menara gading.
Aku akan kongsi bahagian aku dengan kawan2 batchmate aku. Aku bersedia dikecam pegang persepsi negatif dan sebagainya tapi aku fikir students akan datang wajar diberi pendedahan untuk 2-2 belah sisi (positif/negatif) berlandaskan realiti dalam membuat pilihan. Di dada dada media, betul, semua nampak indah dan menarik.
Untuk perkongsian kisah aku, ini dia, 3/4 coursemate fizik aku masa ijazah lari daripada bekerja dalam bidang dan kerja bahagian tak berkaitan dengan kelayakan. Stigma masyarakat? Tak payah nak cakap lah. Masa awal2, “Lah, graduate field yang power, kerja ni je?” dah biasa di telinga. Rasa-rasa diorang ada pilihan tak? Aku jawabkan untuk pihak diorang senang je. Tak ada. Masa mula mula jadi fresh graduates dan semangat masih membara, job scope sangat limited dan diorang terpaksa ambil je apa peluang yang ada. Ada tu peluang kerja dalam bidang datang 5-10 tahun lepas graduate dan ramai tak nak ceburi balik sebabkan isu dah lama tinggalkan dunia tu dan jadi complacent. Boleh salahkan diorang ke?
Masa awal nak masuk course, akan datang janji2 manis mengatakan “Oh, negara sekarang memang akan pakai saintis, STEM sedang berkembang bla bla bla”. Korang akan menyesal bila graduate dan tengok pasaran kerja di industri hambar, lepas tu mulut2 ni pula akan tarik korang ke untuk sambung postgraduate only later on you’ll find it’s not any better in universities academia (read; nak jadi pensyarah universiti). Caveat is posts are limited and you’ll be fighting claws to get in and grant fundings too are limited (Nak maintain servis mesin buat experiment pun kadang tu fakulti tak cukup dana tahu tak). Masa tu mulut2 yang tarik korang ke alam ni akan senyap dan cabut. Hey KPI dah naik, yang berjanji manis naik pangkat dapat pencen. Job’s settled. Nobody cares about fixing the system.
Tapi aku hairan, dalam sistem ni macam tak ada suara beri amaran pasal krisis semua ni. Buat macam tak wujud padahal yang akan merana adalah students dengan stipend yang rendah, kena pula drag waktu pengajian sebab masalah2 teknikal sebegini. Yang betul2 kental akan grad dan mungkin sambung postdoc. Postdoc pun ada halangan dia juga, tapi biarlah aku kongsi setakat ni dulu.
Selagi pihak atasan, universiti atau mana-mana tak nak pikul tanggungjawab sosial bela nasib2 graduan sebegini (sekurang kurangnya perlu ada sistem untuk kawal kuota supply dan demand supaya nasib graduan2 ini terjaga), aku akan terus usaha cerita perkara sebenar dan perjuangkan nasib2 graduan sains tulen macam mana diorang bela golongan2 professional sains lain bila tak ada tempat atau berlaku lambakan.
– Scientist Frust