Nasib Merantau

Assalamualaikum. Thanks admin kalau disiarkan. Sebenarnya masalah aku ni rasanya dialami oleh ramai orang, tapi tak ramai yang tahu cara nak handle masalah ni. Tapi, sesapa yang tahu boleh tak share dekat comments. Need positivity right now.

Masalah aku adalah, yes, aku MALAS. Huhu. Jarang nak ada orang mngaku kan? Tapi, aku sanggup mengaku. Sebab aku dah tak nak dalam situasi emosi ni lagi.

Actually, aku tengah pregnant. 35 weeks. Dengan anak2 dua orang, 3 years and 2 years. Dah 2 tahun aku berhenti kerja, sebab tak mampu nak bayar pengasuh. Tambah2 plak ekonomi tengah slow, semua orang gigih mencari income sana sini, tapi aku still kat takuk lama huhu..

Banyak benda dah aku try, mostly online bisnes. Wow, mencabar seyh. Kena consistent, kena sentiasa update, kena sentiasa show positive untuk attract customers, kena ni kena tu. Aku tak reti, huhu. Aku dah buat semua tu, tapi after 6 months customers sendu, aku try penuhkan masa aku dengan benda lain, yang akhirnya bisnes aku terbengkalai. Huhuhu.. Yes, aku malas.

Mak mertua da perli2. Hadoih, lagi laaaaaa aku down. Aku try balik, kakak2 aku semuaa support, sanggup pinjam modal, aku try lagi. Kecundang lagi. Sadis woo.

Aku try buat2 positive tapi mak mertua aku cakap aku habiskn duit je pastu tak reti carik duit. Adoi. Sadis2. Tak apa2. Aku try lagi. Sebab aku rasa orang lain bisnes lagi la rugi ribu2, aku setakat burn 50,60 ringgit ja takkan nak mengalah kan.

Aku try, aku try and aku try lgi. Tapi mintak tolong sangat2, boleh tak orang sekeliling aku jangan judgemental sangat, jangan fikir aku tak usaha langsung, aku habiskan duit laki aku, aku malas. Korang dok asyik cakap aku malas, aku malas, aku betul2 rasa malas dah sekarang ni, huhuhu..

Aku solat tahajud malam2, solat dhuha tiap2 pagi, sebab bagi aku Allah la pemberi semangat aku sekarang ni. Dengan nak mnunggu hari nak bersalin lagi. Tapi terkena plak dengan akak nurse. Haih. Ye kak. Saya merantau kat sini kak. Saya bawak anak2 saya datang checkup. Ye kak. Dorang bising kak. Tapi takde orang boleh tolong jagakan dorang kalau saya datang klinik.

Akak tak payah jeling. Akak tak payah sindir. Minggu depan saya datang lagi kak. Sebab nurse incharge suruh datang seminggu skali. Akak sabar ye kak. Saya beranak nanti dah jarang2 jumpa dah, nanti sebulan skali la pulak ye kak. Nanti rindu pulak suara anak2 saya. *nampk tak aku negative sangat2 sekarang ni, huhu..

Ni semua bad vibes ni. So guys, boleh tak comment yang positive2 sikit.

1. Usulkn cara untuk aku bisnes dengan tenang, tak payah income tinggi melangit pun takpa, aku tak minta rezeki melimpah ruah, asalkan mencukupi untuk keluarga aku sudah.

2. Tips dari ibu2 merantau yang bawak anak2 kecik pergi klinik, sebab nanti aku dah beranak kena menghadap checkup lagi.

Sebab seriously im done with all the negativeness. Kena belajar sayang diri sendiri, dah tak nk malas2 and tenggelam dalam dunia malas ni. Any positive tips are welcome. Thanks guys and admins. Semoga Allah merahmati kita semua, aamin..

– Mekcah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *