Nasib Si Bongsu

Assalamualaikum.. Diharap admin sudi untuk siarkan confession aku ni..

Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Aku ada 3 orang kakak, 1 abang. Semua dah kawin dah ada anak masing2. Semua tinggal dengan mak ayah aku, kecuali kak long aku.

Umah mak ayah aku ni besar. Tapi bila terlampau ramai, jadi tak harmoni. Lebih2 lagi bila masing2 lepas tangan untuk buat kerja rumah. Semua mak aku buat. Masak, kemas dapur.

Aku lepas habis belajar terus kawin. Tujuan utama aku kawin awal sebab nak pindah keluar dari rumah tu. Sebab aku tak tahan dibuli kakak2 aku.

Dieorang suka psiko aku, seolah2 aku paling tak boleh di harap. Masa aku nak kawin tu, kakak2 aku dah warning suruh pindah keluar cepat2 sebab tak nak nanti susahkan mereka kena pakai tudung kat rumah.

Make it short, anak aku dah menjangkau umur setahun. Aku seorang surirumah sebab suami aku tak percayakan pengasuh. Suami aku pegawai kerajaan tapi gaji cukup2 je. Tapi kami bahagia.

Hinggalah suatu hari mak aku jatuh sakit. Minor strok.. Lumpuh separuh badan tak boleh jalan. Masa tu aku yang jaga sepenuhnya sebab semua kerja. Masing2 tiba2 sibuk. Kerja apa tengah malam2 baru balik. Balik kerja terus senyap dalam bilik. Aku lah yang uruskan semuanya.

Masa tu semua paksa aku pindah masuk umah mak aku. Tapi sorry memang tak akan. Aku memang pergi umah mak aku hari2, jadi tak perlu pindah masuk sana.

2 tahun kemudian alhamdulillah mak aku dah sembuh. Dah dapat uruskan diri sendiri dengan baik. Masa tu aku lega kejap, sebab aku dapat fokus kat keluarga, dapat besarkan anak aku dengan baik.

Tapi panas tak sampai ke petang. Masa tu aku sedang alahan mengandung anak kedua, tiba2 mak aku jatuh sakit lagi. Masa tu memang aku tak larat sangat2. Anak sulung aku pun dah start sekolah.

Aku bayangkan masa tu aku dapat rehat kat rumah. Tapi aku kembali rutin macam dulu, jaga dan uruskan mak aku. Kakak ipar aku tugas dia masak. Yang lain semua aku buat. Masa tu penat sampai tahap nak nangis. Tapi terpaksa gagahkan diri uruskan mak aku.

Masa tu kakak2 aku dah pindah rumah sendiri. Yang aku bengang, kak ngah aku, sejak dia tahu aku hari2 datang umah mak aku uruskan mak aku, dia ambil kesempatan hantar anak2 dia umah mak aku lepas waktu sekolah.

Anak dia 4 orang, 2 sekolah menengah. Sorang sekolah rendah, sorang lagi tadika. Dia tak hantar kat pengasuh sebab risau katanya.

Masalahnya kat sini, dia bukan sekadar tumpangkan anak2 dia, tapi dia tinggal macam tu je. Anak2 dia makan memilih. Hari2 nak makan nasi dengan ayam/telur sahaja. Kak ipar aku bukannya hari2 masak ayam. So bila hari kak ipar aku masak ikan, mak aku akan suruh aku masakkan telur untuk anak dia.

Aku bukan berkira, aku penat. Aku penat urusakan mak aku, anak aku sendiri. Kak ngah aku sepatutnya beli lah sesuatu contohnya ayam goreng yang RM2 tu ke masa hantar anak dia datang umah mak aku tu.

Aku bukan takat kena masak untuk anak2 dia, aku kena mandikan dan basuh berak ank dia yang tadika tu. Allah.. Penat sungguh aku rasa. Kadang2 kalau dia tak sempat ambil anak dia kat sekolah, aku yang terpaksa ambil.

Aku kadang2 nak berkeras, tapi mak aku akan marahkan aku. Dikatanya aku jenis berkira, tak boleh mintak tolong. Aku sedih.

Aku dah cukup penat uruskan mak aku, dengan keadaan aku sedang hamil, alahan lagi. Nanti petang aku balik umah aku, memang aku dah lembik, nak masak pun tak larat dah. Hari2 aku tapau je untuk suami aku. Tu belum kira kalau aku demam, aku tetap kena buat tugas aku tu.

Aku sedih bila ingat, dulu2 time akak aku dalam pantang, mak aku jaga sepenuhnya. Masak semua. Tapi masa aku dulu, walaupun masa tu mak aku sihat lagi, tapi aku kena masak sendiri. Sebab akak2 aku marah, kononnya menyusahkan mak aku. Aku masa tu dah la bersalin caeserean, baru tiga hari berpantang. Semua aku buat sendiri. Memang tak berpantang.

Untuk kelahiran anak kedua ni, aku dah rancang nak berpantang rumah sendiri. Suami aku dah kumpul duit nak hire orang jaga aku dan baby sepanjang dalam pantang ni. Tapi guess what? Kak ngah aku menentang sepenuhnya.

Disuruhnya aku berpantang umah mak aku. Dia siap pertikaikan habis tu nanti siapa nak uruskan mak? Luluh hati aku.. Memang langsung takde belas kasihan kat aku agaknya. Dalam pantang pun nak suruh aku buat kerja berat2.

Kak ngah aku orang paling lantang bersuara, dan dia juga orang paling selfish. Dah la tinggal anak2 dia umah mak aku, petang balik kerja terus balik umah dia. Alasan nak balik masak. Hari minggu langsung tak jenguk mak aku, alasan hari minggu je lah dia nk rehat2 pun. Orang lain tak pe tak kerja suri rumah je.

Ye memang aku suri rumah, tapi aku dari pagi sampai mahgrib jaga mak aku, umah aku sendiri pun aku tak sempat nak jaga. So sama je lah kan? Aku harapkan hari minggu dia datang lah uruskan mak aku sebab hari biasa dia kerja , tapi bayang pun takde.

Mak aku seolah merelakan dan meletakkan seluruh tanggungjawab kat bahu aku. Aku pun penat. Sampai rasa tak ikhlas. Suami aku pun ada cakap kenapa mcm aku sorang je jaga mak aku..

Aku masih muda, aku teringin nak jadi seperti ibu muda lain, bawak anak pergi jalan2 balik sekolah. Penat alahan boleh baring rehat kat rumah. Tapi tu lah, nak buat macam mana jalan takdir hidup aku dah macamni.

Benar la yang orang kata 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Kepada semua wanita bekerjaya, tolonglah jangan ingat korang je penat kerja sibuk. Walau kerja, bukan tiket nk lepas tanggungjawab jaga ibu bapa kat adik beradik lain yang tak kerja.

– Lara Alana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *