Nasib Si Muka Awam

Hai, nama aku Syahir, umur 28 tahun ni. Aku nak story sikit pasal diri aku. Kamu semua baca tajuk pun dah tahu pasal apa, kan?

Dulu aku tak percaya yang aku ni termasuk dalam kategori awam, tapi bukan muka awam + pecah. Sebab kalau aku pandai matching pakaian dan sikat rambut, boleh dikatakan hensem sikit lah.

Banyak je kejadian-kejadian ni berlaku waktu aku shopping atau teman adik pergi beli barang kat mall.

Jenis aku ni suka pakai baju t-shirt berkolar hitam + seluar hitam atau seluar biru hitam. Mesti boleh bayangkan macam mana. Ditambah dengan muka aku yang bentuknya agak bulat sikit, jauh sekali ada jawline.

Okey, bila waktu pergi shopping kat mall, macam biasalah aku belek-belek baju kat situ, dan biasanya aku akan betulkan atau lipat semula kalau aku dah belek-belek tu.

Mungkin disebabkan kelakuan aku ditambah cara pemakaian aku ni, ramai customer lain tersalah anggap aku sebagai pekerja kat situ, hahaha.

Mungkin kamu semua kata mungkin sebab pakaian la tu. Entahlah, mungkin ya mungkin tidak. Tapi kejadian ni berlaku bukan saja kat kedai-kedai pakaian.

Kat kedai komputer, kedai runcit, paling tak boleh belah kat kedai repair kereta pun orang tersalah anggap aku staf kat situ.

Kejadian ni yang salah anggap aku sebagai staff bukan dengan Melayu je, rasanya dengan Cina, India, Bangla pun pernah salah anggap aku sebagai staf.

Mereka-mereka yang tersalah anggap aku sebagai staf tu tak tengok dulu ke yang aku pakai nametag atau kad staff atau tidak.

Paling pelik, aku ni jenis pakai selipar, tak kan lah staff jaga kedai baju pakai selipar, hahaha.

Ada satu kejadian baru-baru ni. Aku teman adik perempuan aku pergi cari pakaian di mall. Ya, dan memang betul ada orang ingat aku ni staff situ.

Aku beritahu lah kat adik aku, berdekah dia ketawa. Dia kata padan muka, siapa suruh suka pakai pakaian hitam.

Yang kejadian ni mungkin kali yang ke-20 lebih kurang, aku tak ingat. Waktu lepas kejadian tu, aku buat kerja gila sikit. Aku pergi cari baju baru dan terus beli.

Aku beli baju lelaki yang jenis oversize (warna biru gelap), acah-acah nak tukar gaya pakaian. Lepastu aku terus pergi ke tandas dan tukar baju dengan baju baru, baru rasa macam hensem sikit.

Maka berjalanlah aku dengan adik aku pergi ke kedai-kedai pakaian seterusnya dalam mall tu.

Tengah cari-cari baju dan belek-belek baju. Kau tahu apa jadi? Masih ada ingat aku staff kat situ, hahaha.

Ahhh, aku dalam hati dah pasrah ni. Dah tukar baju pun orang ingat aku staff juga. Memang muka awam betullah.

Aku yang masih berdiri kat situ pun cakap lah, “Eh, saya bukan staff sini,” sambil senyum macam kerang busuk, hahaha.

Sampaikan staff kat situ pun perasan kejadian tu. Rupanya kebanyakan staff lelaki kat situ kebetulan bajunya sama warna dengan baju aku.

Aku apalagi, beli baju dan terus belah dari situ, risau ada yang tegur lagi ingat aku ni staff situ.

Paling tak boleh lupa, 2 tahun lepas aku pergi jalan-jalan kat Indonesia, tengah jalan-jalan kat pasar malam sana, aku pergilah tengok cenderamata nak beli kan.

Sekali tu ada orang sana ingatkan aku ni penjual kat tapak pasar tu. “Ini ongkosnya berapa ya kak?”

Aku masa tu layan je lah orang tu, last-last aku bagitau aku bukan penjual dan orang Malaysia berwisata di sini. Hahaha.

Bukan setakat kat Malaysia je, tapi kat oversea pun aku ni dianggap muka awam, sampaikan aku tengah bercuti kat negara orang pun masih dianggap orang tempatan + penjual situ.

Macam tu lah nasib aku yang muka sebenarnya bukan awam sangat pun, tapi disebabkan cara pakaian, terus aku bertukar jadi si muka awam tegar. Sekian…

– Syahir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *