Nasihat Poyo Buat Wanita

Assalamualaikum, Terima kasih kepada IIUMC berkongsi confession aku. Ini kali kedua aku menulis. Tapi tajuk kali ini “bakal dikecam”. Aku tak kisah.

Mukadimah Perkongsian, Aku seorang lelaki belum berumahtangga nak nasihatkan secara “poyo” kepada wanita diluar sana yang tengah cari calon, yang dah kahwin, yang dah bersuami, yang dah ada anak.

Tolong BERSEDIA untuk menjadi seorang isteri bila nak beralih@sudah beralih kepada kehidupan rumahtangga.

“Hoi !! kenapa kau poyo sangat, nak bz pasal hal wanita. Dah la tak kahwin lagi, kau TOLONG nasihat kan kaum kau tentang tanggungjawab suami, bagi hadam betul-betul dulu. Kaum kau nih kebanyakkanya SAMPAH !! ”

Ya terima kasih, sebab kecam aku tanpa melihat terlebih dahulu kepada apa yang aku nak huraikan tentang tanggungjawab isteri secara umumnya, dan masalah-masalah yang berpunca daripada pihak wanita.

Aku tahu ada golongan wanita yang baca confirm tengah panas nak kecam aku. Yer silakan. Aku terima kecaman dengan rela hati.

Banyak sangat kita baca huraian dimedia social dan sebagainya, menceritakan suami yang gagal menjalankan tanggungjawab.

Aku pun tak tahu nak nasihat kaum adam nih macam mana. Sebab mereka nih diberi akal yang lebih baik, diberi tanggungjawab untuk jaga wanita dan akhirnya, GAGAL. Tak semua, namun rata-ratanya GAGAL.

Maka sekarang aku cuba untuk beralih kepada golongan wanita yang lemah lembut lagi penyayang, untuk aku sampaikan point-point penting ini. *senyum*

1. Bila seorang wanita berniat untuk mendirikan rumahtangga, pastikan wanita mencari bakal suami yang bertanggungjawab, Yang faham dan kenal Erti Tujuan Berumahtangga. Tak ramai lelaki yang faham tentang tanggungjawab suami.

Jika wanita rasa nak gamble dalam memilih lelaki untuk dibuat suami, aku minta hold dulu. Sekurang-kurangnya minta lelaki tersebut kenal pasti tanggungjawab suami.

Lelaki yang belajar agama pun, belum tentu faham tentang tanggungjawab suami. Ambilah masa untuk kenal bakal suami kita. Pilihan ini ada pada wanita. Berdoalah.

2. Bila seorang wanita berniat untuk mendirikan rumahtangga, pastikan wanita bersedia menjadi seorang isteri yang taat pada suaminya. Sebab tu aku pesan pada point 1, tolong cari suami yang bertanggungjawab.

Pilihan ini atas pilihan kita, kita bakal terikat untuk taat pada suami kita. Jika seorang wanita gagal untuk mencari suami yang bertanggungjawab maka ujian berat menanti kedepan.

3. Bila seorang wanita berniat untuk mendirikan rumahtangga, pastikan kita lupakan segala cita-cita dan kerjaya masa depan kita. Point nih memang terus kena cantas punya. Sebab aku dah menghalang wanita bekerjaya.

” KAU TAHU apa akan jadi bila wanita tak kerja ? takda doktor wanita ? takda jururawat wanita ? Tolong fikir dulu sebelum buat point sampah. Aku tengok kau macam dah lelaki level sampah.” Kejap la, aku baru tengah ambil feeling nak hurai point nombor 3, teros kena cantas.

Sabar – sabar, walaupun nampak macam aku utarakan point yang sampah, tapi aku cuba untuk fahami apa sebenarnya tanggungjawab isteri. Adakah isteri asalnya bertanggungjawab untuk keluar bekerja? Tidak, seorang isteri asalnya bertanggungjawab kepada suami dan anak-anak nya sahaja.

Namun ada beberapa sebab untuk isteri dibenarkan keluar bekerja.

3.1 Apabila Khidmatnya diperlukan oleh orang islam, Maka jatuh keatas isteri tersebut untuk keluar bekerja. Ini termasuk khidmat menjadi doktor, jururawat, cikgu, dan lain lain. Ada banyak juga sebenarnya sk1ll wanita yang diperlukan oleh orang islam.

Bergantung kepada hujah masing masing. Tolong bincang dengan jelas bersama bakal suami sebelum mendirikan rumahtangga.

3.2 Apabila Khidmatnya diperlukan oleh keluarganya, Ini kes kebanyakkan kita, dimana suami tak mampu menyediakan tempat tinggal dan makan minum dengan baik. Maka khidmat isteri untuk keluar bekerja dengan izin suami dibenarkan.

Selain daripada 3.1 dan 3.2 tiada sebab lain untuk isteri keluar bekerja. Sebab tempat yang terbaik buat isteri adalah disamping anak – anak dan suaminya, supaya diri nya lebih selamat daripada difitnah.

Fitnah dan wanita nih sangat2 berhubungkait sehingga boleh merosakkan perkahwinan yang dibinanya.

Aku minta wanita diluar sana tolong jaga diri. Fitnah Wanita nih penting. Suami yang Dayus akan pejam mata tentang fitnah wanita. Yang nampak fitnah wanita cuma, suami yang bertanggungjawab. Suami yang tahu dosa bakal ditanggung oleh nya.

Aku nak hurai tentang wanita yang mengejar cita-cita dan kerjaya nih, disamping itu berniat nak mendirikan rumah tangga. Tolong fokus kepada tujuan 3.1 dan 3.2 sahaja.

Jika kerjaya dan cita-cita ini melibatkan selain tujuan point 3.1 dan 3.2, maka wanita bakal hadapi masalah tanggungjawab menjadi isteri dikemudian hari.

Aku nak tambah hujah berkaitan dengan kerjaya wanita, ada wanita beranggapan bahawa jika suami nya meninggal, diceraikan dan sebagainya. Maka dia bakal menghadapi masalah untuk keluar mencari nafkah bagi meneruskan kehidupannya.

Ini kerana dia merupakan isteri yang hanya sekadar menjaga anak dan suami. “Cuba jawab Siapa nak bantu dia kelak ? ”

Sila berkongsi pandangan dengan suami untuk merancang masa depan dengan mencarum pelan hibah dan sebagainya.

Bagi situasi penceraian, Sangat penting untuk aku tekan kan, jika wanita diluar sana dah persiapkan diri untuk bersedia diceraikan, meminta cerai. Maka peratus wanita itu nak meminta cerai atau diceraikan oleh suaminya sangat tinggi.

Tolong, Please jangan persiapkan diri atau dengan kata lain bersedia untuk bercerai. Adalah lebih baik fokus kepada tanggungjawab masing masing, kuatkan hubungan suami isteri dengan kebergantungan kepada Allah. Tolong jauhkan diri dari mindset penceraian.

Bila kita letak mindset bersedia untuk bercerai, kita letak minda separuh sedar kepada cerai. Kita akan take the risk untuk bercerai. Impak penceraian sangat tidak baik kepada generasi masa depan. Aku tahu ada yang akan kecam aku tentang situasi ini.

Bertenang, jika kita jaga hubungan baik dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan pasangan. Kena yakin untuk percaya tentang rezeki Allah. Jika situasi tetap berlaku asbab kepada ujian kita, jangan khuatir tentang rezeki kita.

Yakin bila Allah uji kita, Allah akan bantu kita permudahkan untuk kita mencari rezeki. Penting untuk kita jangan letak tujuan “mind set bekerja” sebagai persediaan bercerai.

Aku nak tambah lagi, perihal wanita bekerjaya dengan alasan nak membantu ibu ayah di kampung, serta melangsaikan hutang pendidikan. “Siapa nak bayar hutang PTPTN aku nih , Kau cakap memang senang kan ?”

Aku cuba untuk bantu wanita buat keputusan dengan baik. Wanita yang tak bekerjaya, tak semestinya berada dirumah bersahaja. Boleh usaha rezeki lebih secara online @ offline @ kecil-kecilan.

Selagi mana usaha kita itu untuk membantu mak ayah, untuk selesaikan hutang dan sebagainya. Kita minta Allah murahkan rezeki kita, rezeki suami kita untuk bantu mak ayah kita.

Mungkin ada a few alasan lain yang cuba untuk wanita kerjaya ketengahkan, Aku harap wanita faham, aku dah cuba untuk selesaikan masalah tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan meletakkan kepentingan wanita tersebut di paling awal. Selebihnya adalah keputusan sendiri.

4. Bila seorang wanita berniat untuk mendirikan rumahtangga, pastikan dia menjaga hak suami dan anak nya, walaupun dia terikat kepada point 3.1 dan 3.2 .

Ramai yang akan kecam aku, “macam mana nak jaga kalau dah keluar kerja bantu orang islam atau bantu keluarga. PENAT tau tak ?” Yup ini sebenarnya nasihat yang aku nak sampaikan kepada isteri, yang terikat kepada point 3.1 dan 3.2.

Tolong maklum kepada suami anda, bahawa bertimbang rasalah terhadap isterimu yang terikat kepada point 3.1 dan 3.2.

Aku kena pesan kat wanita gunakan kelembutan dan dengan penuh kasih sayang dalam memaklumkan hujah dan tujuan, agar suami faham “kepenatan seorang isteri keluar bekerja”.

Suami selalunya tak faham, suami kira nak sedap je. Arah ikut suka. Dah bila isteri penat, suami akan mula cari alternatif lain seperti curang dan sebagainya.

Suami cuma nampak apa hak dia sahaja, Sebab apa? sebab antara tujuan berkahwin itu pada asalnya untuk pasangan tersebut berasa tenang, berkasih sayang dan sebagainya.

Suka aku ingatkan isteri perlu menerangkan “kepenatan seorang isteri keluar bekerja” secara berulang2 supaya suami faham pengorbanan isteri yang berkerja, agar suami mampu untuk membantu isteri menjalankan tugas-tugas dirumah dengan lebih baik.

“Istilah Penat” hanya untuk point 3.1 dan 3.2. Jika wanita nak gunakan alasan kerjaya semata-mata untuk capai cita-cita disamping itu menambah ayat “kepenatan seorang isteri keluar bekerja” maka suami akan suruh berhenti kerja. Pada masa itu kena taat pada suami yer.

5. Bila seorang wanita berniat untuk berumahtangga, kehidupan nya itu bukan sahaja terikat di dunia, malah terikat kepada perjalanan akhirat sama. Jika wanita itu solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga maruahnya, taat kepada suaminya (dalam perkara melibatkan hukum islam),

Maka dia boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya. Seharusnya seorang isteri tahu bahawa taat suami adalah antara kunci ke syurga. Pengakhiran yang dicari dalam hidup isteri adalah selamat Dunia Akhirat.

Itu sahaja nasihat poyo aku kepada wanita diluar sana. Pada pendapat aku Wanita- Wanita bakal menjadi ibu dan bakal melahirkan anak-anak generasi masa depan. Harus aku sampaikan pesanan poyo ini agar pada masa depan aku tak menyesal.

Tolong sampai kan sebaik mungkin kepada wanita – wanita diluar sana. Tak perlu share confession aku. Just share point penting kepada wanita lain.

Jika anda seorang lelaki yang membaca confession aku, kongsi kan kepada bakal isteri anda. Bincangkan bersama, Biar dia nilai adakah anda ini seorang lelaki bertanggungjawab atau tidak.

Bincang adakah bakal isteri perlu bekerja? Sebab nanti lelaki jugak yang banyak bising-bising, ending curang sebab kononnya tak dapat kasih sayang dan belaian seorang isteri.

Terima Kasih.

– En Oyen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!