Nasihat Suami Untuk Isteri Bekerjaya

Sebagai seorang suami belum pernah terlambat untuk memberi peringatan kepada isteri yang dicintai kerana suami tahu dan pernah mengalami dugaan dan cabaran besar ditempat kerja, nasihat ini merupakan amanah suami yang memberi keizinan untuk keluar kerana suami memahami sekian lama menuntut ilmu (degree,master,phd holder) dan bergraduan kini mungkin masanya untuk mengejar impian tetapi amanah keizinan perlu di jaga dengan sebaiknya, antara pesanan yang terpahat di dalam hati dan fikiran suami ialah :

Jaga diri elok-elok, jadi lah perempuan yang ada maruah diri dan perasaan malu yang tinggi.
Kalau nak berhubung dengan lelaki biarlah ada keperluan yang mendesak seperti urusan kerja dan janganlah meleret sampai tergedik tak tentu pasal.

Sebagai seorang lelaki yang bermaruah dan tidak dayus yang senang sentiasa menasihati satu masa nanti tidak akan merasa menyesal selamanya untuk tinggalkan perempuan yang tak mahu berubah dan yang tak pandai menjaga maruah diri walaupun gaji berjuta ringgit tetapi tiada nilai disisi tuhan.

Yes, dekat belakang suami, mungkin dia tak tahu apa yang berlaku dan suami serahkan urusan diluar pengetahuannya kepada Allah, biar Allah tentukan tentukn redha dan laknat Dia terhadap kelakuan baik dan terkutuk, kejahatan yang disembunyikan lambat laun akan terbongkar yang menentukan adalah masa dan berubah menjadi lebih baik.

Tidak ada salahnya wanita yang ingin berkerjaya tetapi perlulah menjaga batas pergaulan, dan menjaga hak suami antaranya tidak mengadu masalah peribadi atau masalah kerja kepada lelaki yang tidak ada hak untuk masuk campur, kerana nafkah dan maharnya diberi oleh suaminya.

Jangan diremehkan isu batas pergaulan ditempat kerja kerana banyak kes pencaraian keretakkan rumahtangga bermula dengan meremehkan isu yang kecil ini. Jadikan iktibar kisah dan cerita orang lama, dan cegah sebelum parah.

Jangan jadikan urusan kerja sebagai alasan menghalalkan yang haram dalam isu pergaulan bebas ditempat kerja, of course your husband will appreciate cari rezeki halal for us but don’t do something haram 2 in 1 coz meaningless.

Kalua ada yang tak kena dalam hidup tu tandanya ada something perkara yang salah kita buat dengan pasangan, pentingnya redha dan keberkatan, walau di uji dia rasa berbeza senang nak bangkit kembali, dalam hal ini perbanyakkan istghfar dan memohon maaf.

Sebelum masuk kerja biar ada niat berkhidmat kerana Allah, kosongkan fikiran kerja kerana something else, jiwa akan kecewa, walau apa pun kerja halal yang kita lakukan ianya mulia di sisi Allah, tapi akan jadi hina jika tak jaga maruah dan pelihara diri dari anasir hati dan fikiran yang kotor terjebak dengan perkara yang sia-sia.

Apa yang orang buat tak semua betul dan baik, tapi buatlah apa yg Islam ajarkan walaupun kita seorang je yang lakukan, jangan disebabkn kerjaya kita ubah perangai baik kepada sikap jahat sehingga hilang prinsip dan maruah diri,tapi jadikn cabaran kerjaya dari perangai buruk kepada sikap yang baik, berprinsip dan bermaruah, susah tapi jangan berhenti mencuba.

Jangan lazimi dosa kecil seperti pergaulan bebas keluar dinner bersama lelaki sekerja dan bergelak ketawa, sharing problem kononnya urusan kerja sebab dengan dosa kecil kita lakukan akan berani buat dosa besar, sebab dah terbiasa lama kelamaan jadi darah daging yang kotor dan membarah.

Kalau dulu tak pernah atau segan malu nak tegur lelaki rakan sekerja tapi kononyaa atas nama kerjaya dah mula berjinak menegur bertanya hal kerja pada awalnya, bukan tak boleh tapi biar ada limit dan had batasan, kita bukan tak tahu dan tak susah nak memahami permainan syaitan yang mahu kita jatuh ke lembah hina, menghasut dan merosakkn jiwa, bertarung dengan emosi.

Lastly, jaga solat ibu segala ketenangan dan pencegahan maksiat mata, hati, jika masih ada iman ada rasa malu dengan Allah, this is soft reminder from ur beloved husband, mohon baca and hadam setiap kali solat, tegur kerana sayang.

Nasihat ini juga terpakai untuk para suami, kalau kita larang isteri kita itu dan ini sama lah juga dengan suami, dalam Islam hukumnya tetap sama dan tidak pernah berubah atau double standard.

– AHMAD

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit