Nenek Kebayan Dalam Bilik

Assalamualaikum semua. Saya Hasnul (bukan nama sebenar).

Saya ingin berkongsi sebuah kisah misteri yang berlaku kepada saya dan kawan² saya sewaktu belajar di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Kisahnya bermula, kami merupakan pelajar Asasi Pengajian Islam tahun 2017.

Sewaktu cuti semester, semua pelajar telah pulang ke rumah masing² kerana cuti semester.

Tinggallah kami yang merupakan pelajar asasi sahaja yang tidak pulang kerana kami ada program² yang diatur oleh penyelia sewaktu cuti semester.

Suatu hari, seorang kawan kami namanya Adham mengalami demam yang agak panas. Saya sebilik dengan Adham. Kami sebilik ada 4 orang. Saya, Adham, Luqman dan Syamil.

Kami bertiga sangat risau melihat keadaan Adham sebab Adham tidak mahu makan. Nak bawak pergi klinik pon Adham tidak mahu.

Setiap malam, Adham selalu mengingau seolah² macam ada benda yang datang mengganggunya. Antara ayat yang kami dengar, ”jangan ganggu aku” ”jangan ganggu aku” ”pergi dari sini”.

Berulang² ayat tu kami dengar. Selepas tu, saya memberitahu kawan² kami yang ada benda pelik dalam bilik kami.

Keesokan hari, saya dan kawan² saya yang lain, datang beramai² dan berkumpul pada waktu petang dalam pukul 6:30 kalau tidak silap saya.

Kami bercadang untuk bawa Adham ke klinik, tapi sebelum sempat berbuat apa².

Adham terkena histeria. Wehh takut masa tu, Adham mengamuk sampai pecah almari dan tingkap.

Kawan saya, kami panggil Mat Zin, dia call seorang Ustaz dari sekolah Tahfiz di Ipoh, Ustaz tu namanya Ustaz Hatta, kami minta Ustaz Hatta segera datang dan kami sanggup bayar untuknya.

Sebab masa tu memang sangat² kritikal taktahu nak buat apa.

Tidak lama lepas tu, bilik tu senyap. Saya pon buka pintu bilik. Dan Adham tiada dalam bilik. Kami masuk ramai² dan kelibat Adham tiada dalam bilik. Kami perasan tingkap terbuka.

Dan seorang kawan kami namanya Haikal ternampak Adham di bawah asrama berlari ke arah hutan. Masa tu dah maghrib. Kami ramai² kejar Adham masuk ke dalam hutan dibelakang asrama.

Waktu tu ramai diantara kami tidak berani mengambil risiko sebab dah malam ditambah pula dalam hutan. Siapa jer yang berani buat. Tapi kami masuk juga untuk cari Adham.

Tak lama kemudian kami jumpa Adham sedang duduk diam² dibawah pokok. Sedang menangis teresak-esak.

Nasib baik Ustaz Hatta telah sampai dalam keadaan kelam kabut. Pastu, Ust. Hatta minta kami tolong kepung kedudukan Adham.

Adham masih menangis, tiba² Adham menjerit kuat dan kami perasan mata Adham masa tu merah. Adham terus mengamuk dan kami pegang dia ramai².

Ustaz Hatta membacakan ayat² ruqyah kuat² dan sembur air jampi. Kemudian baru Adham diam. Kami pon bawa Adham balik ke asrama.

Ustaz Hatta ubat Adham didalam bilik, kami buat bacaan Yaasin beramai² dalam bilik saya tu. Malam tu Ustaz Hatta pulang dan memberikan kami air jampi untuk bagi kepada Adham.

Ustaz Hatta bagitau kami, Adham terkena Histeria. Ada makhluk halus yang mengganggunya.

Keesokan harinya, Ustaz Hatta datang kembali dan merawat Adham sekali lagi, Adham menceritakan kepada Ustaz bahawa. Setiap malam, ada makhluk halus berupa nenek kebayan yang datang mengganggunya.

Kadang² Adham ternampak hantu didalam bilik kami, seingat saya, Adham macam cakap hantu tu rambut panjang, berbaju hitam dan berlumuran darah duduk diatas almari.

Saya memang kelu lidah masa tu sebab Adham sebilik dengan saya.

Kemudian Ustaz Hatta beritahu, bukan bilik kami sahaja yang ada benda tu, tetapi blok asrama kami memang ada benda tu. Sebab itu tempatnya ditambah pula sebelah blok kami memang hutan.

Ustaz Hatta pon membuat pagar diseluruh blok asrama kami atas permintaan kami semua. Sebab kami semua memang takut tak terkata.

Bila dah lama kisah ni berlalu. Bulan 12 penghujung tahun 2017. Saya bertemu dengan Ustaz Hatta di Ipoh secara kebetulan. Kami pon berbual mesra.

Tiba² Ustaz Hatta berkongsi suatu cerita. Kisah Ustaz Hatta pernah mengubati pelajar² yang terkena gangguan di asrama kami.

Rupanya, kes Adham tu bukanlah kali pertama bagi Ustaz Hatta, sebelum² ini pon, Ustaz Hatta kerap datang ke USAS untuk mengubati pelajar² terkena gangguan.

Ustaz cerita kepada saya bahawa dulu di asrama tu, kalau tidak silap tahun 2010. Ada sekumpulan pelajar dari Sabah, mereka bermain spirit of the coin, iaitu permainan memanggil hantu.

Astaghfirullahalazim. Sememangnya, di blok asrama tu kerap kali muncul benda pelik² khususnya hantu.

Terima Kasih IIUM Confession kerana sudi berkongsi kisah benar saya ini. Ini sahaja perkongsian saya terima kasih.

– Hasnul (bukan nama sebenar) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *