Nenek Saudara Yang Mahal

Nenek saudara aku ni sekarang umur dia 60-an, lebih kurang je dengan mak aku. Aku terdetik nak kongsi kisah dia semoga menjadi pedoman yang baik untuk ramai orang. Aku namakan nenek saudara aku Aisyah (bukan nama sebenar)

Sekitar tahun 70-an, Aisyah adalah seorang gadis yang boleh dikatakan paling cantik di kampung & pekan Pendang (kawasan tempat tinggalnya) sebab Aisyah ni berdarah kacukan Melayu – Benggali.

Wajah Aishah yang kecil tirus, hidung mancung, bulu mata panjang, rambut panjang, tinggi lampai, boleh dikatakan macam bintang Bollywood!

Ditambah lagi dengan gaya berjalan, tutur kata yang sangat anggun, lembut, & berkelas. (Ciri2 keanggunan ni sampai sekarang, ya, walaupun dah umur 60+)

Dan aku akui benda ni sebab Nek Syah masih cantik + anak² beliau memang betul macam Hindustan! Siap ada yang jadi model tau anak dia.

Okay sambung balik pada era 70-an.

Kecantikan Aisyah ini pernah mak aku cerita, masa mak aku keluar jalan dengan dia kat pekan, sepanjang jalan tu, siapa sahaja dan apa pun yang mereka sedang lakukan, mereka akan terberhenti.

Contoh, orang tengah sembang, terberhenti sembang sebab terpana tengok Nek Aisyah ni. Orang tengah menyapu, berhenti menyapu, orang tengah angkat barang, semuaaa terberhenti sebab terpana.

Mak aku masa tu terkejut tengok reaksi semua orang & peristiwa tu melekat dalam memori dia. Dari aku kecil sampailah umur dekat 30 ni mak aku selalu ulang cerita yang sama.

Dipendekkan cerita, Aisyah si cantik ni berjumpa jodoh pilihan keluarga dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacak. Tak silap lelaki ini berdarah kacukan juga. Mereka berkahwin dan pindah ke Kuala Lumpur. Aku namakan lelaki ini sebagai Din.

Din bekerja di Kuala Lumpur dan dimurahkan rezeki dari sehari ke sehari. Din sangat happy beristerikan Aisyah sebab Aisyah sangat baik & menurut segala keinginan suami & melayan dengan sangat baik & lemah lembut.

Din suka perempuan yang bersolek. Jadi, Aisyah ni sentiasa akan.pastikan diri beliau bersolek, bergincu , bercelak ketika suami dia pulang, walaupun ada anak kecil. Aisyah jadi suri rumah dengan melahirkan 4 orang anak yang comel.

Din pula semakin berjaya & menjadi kontraktor di Kuala Lumpur. Hidup mereka baik baik sahaja. Aisyah banyak menghabiskan masa di rumah, uruskan makan pakai suami, anak & tetap pastikan diri cantikk bersolek (bukan hal yang senang ye),

Manakala si suami sibukk bekerja untuk sara keluarga.

Suatu hari, Din pulang ke rumah dan memberitahu kepada Aisyah yang dia nak kahwin dengan seorang gadis di pejabatnya.

Din berfikir yang Aisyah mungkin akan beri izin sebab Aisyah isteri yang saangat baik, tak pernah melawan / meninggi suara dengannya.

Lagipun waktu itu kewangan Din sudah stabil. Dan Din masihh sangattt sayangkan Aisyah, tak sedikit pun terlintas untuk bercerai atau apa.

Tapi, ternyataaa, Din tersilap langkah!

Nak tahu Aisyah buat apa?

Dia tak marah langsung, tak nangis langsung atau tunjukkan apa2 reaksi membentak di hadapan Din.

Nenek Aisyah dengan tenang menjawab.

“Tak apa, kita cerai nanti jumpa dekat mahkamah” sambil tersenyum kelat dan berlalu pergi.

Din sangatt terkejut!

Dia cuba pujuk Aisyah, tapi Aisyah tak bagu peluang. Bagi Aisyah, ‘kalau betul sayang yang pertama, tak mungkin ada yang kedua’

& Aisyah rasa dia tak layak diduakan dengan segala pengorbanan, kesetiaan & ketaatan yang dia berikan. Dan Din tak layak lagi untuk terima apa2 dari dia.

Ya, Aisyah baik, lembut, cantik, tak permah melawan atau tinggi suara. Tapi dia mahal. Sekali dikhianati, tiada peluang kedua. Dan even dikhianati, dia masih anggun, tak marah cuma ketegasan dia, tak ada siapa mampu lawan walaupun Din sendiri.

Jadi, mereka pun bercerai dengan samgat mudah & tenang. Keluarga semua terkejut.

Oh ya, dalam tempoh2 selepas bercerai, Din sentiasa cuba memujuk Aisyah untuk kembali. Dia menyesal sebab lalai bercinta dengan gadis lain yang tak secantik Aisyah pun.. Biasa biasa sajaa. Cuma gadis tersebut muda.

Oh ya, walaupun selepas bercerai, Din tetap sediakan nafkah seperti rumah & wang sekolah anak anak untuk Aisyah.

Din sebenarnya sangat2 kecewa dan menyesal yang teramat, namun nasi sudah menjadi bubur, Din pun, meneruskan saja pernikahan dengan gadis pejabatnya.

Dengan Aisyah, Din cuma mampu berkawan sahaja, tak lebih dari itu.

Sekarang, 2024, Nek Aisyah sangat tenang tinggal di rumah sendiri sambil ambil upah mengasuh. Anak2 Nek Aisyah semua sudah bekerja. Nek Aisyah dengan tenang sentiasa beribadah dan habiskan masa di masjid.

Dia masih sangat anggun dengan Abaya & Khimar yang cantik. Masih bercakap lembut dan masih kelihatan anggun.

Sekian, cerita Nek Aisyah, yang melempar penyesalan kepada suami yang mengkhianati tanpa sebarang reaksi amarah.

Dan Tok Din pula, aku percaya, penyesalan masih bersarang di hatinya. Walaupun sudah hampir menjengah usia 70-an, Tok Din terpaksa repeat, besarkan anak² kecil, sekolahkan anak2 bersama isteri muda yang semakin pudar kecantikannya.

Isteri mudanya sekarang macam typical mak2, badan pun sudah naik, sudah kembang serba serbi, dan Nek Aisyah jauh lebih cantik & anggun darinya.

Yang Benar,

Cucu saudara Nek Aisyah,

– Shahi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Apa yg awk nk ‘confess’ sbenarnya, cuma nk puji kecantikan Nek aisyah awk tu je ke..? Tiada yg ‘sempurna’ kecuali Allah yg maha esa.. nabi Muhamad, kekasih Allah yg maha Agung tu pon diuji dgn macam dugaan, apatah lg kita manusia biasa ni.. mngkin awak nmpak nenek sedara awk tu dari segi luaran je, kecantikan pon boleh ‘luntur’ jugak seiiring dgn masa.. takdir kta, nek aisyah tu cecah umur 100 thn atau lebih, awak agak kecantikan dia masih kekal lg ke..? Mngkin awak anggap dia mcm ‘perfect’, tai still x brp sempurna jugak, klaw x takkn husband dia brani tnya nk kawen lain (pasal dia x bhagia ke, isteri gemok ke, itu bab lain), maknanya walau secantik atau sekaya mne pon isterinya dlu (nek aisyah), dia masih tersuka dgn org lain, mngkin adala kelemahan dan kekurangan nek aisyah kat mne2.. wallahu a’lam, Allah SWT lebih mngetahui..

    • Dik kat situ pengajaran dia jangan jd bodoh. Org dah bt kita skali jgn bagi peluang. Jaga harga diri, jadi mahal. Ni laki kantoi 11 kali curang pom maafkan lg dgn harapan lelaki berubah. Keduanya nenek tu dah bt terbaik, yg bodoh laki dia xmampu nak kawal nafsu. Klu lelaki tu baik confirm2 dah cukup. Benda ni aku tgk sendiri kat pakcik aku, bini dia ratu kebaya zaman muda2 dulu dan sampai skrg masih lg cantik. Xpernah lg pakcik aku curang walau sekali. Yang keluar kat mulut pakcik aku pujian2 je tentang bini dia. Bkn xde yg cuba goda pakcik aku tp pakcik aku xlayan katanya bini dah perfect nak bt ape tambah banyak2.

  2. Mana ko tau tokdin nyesal? Dia cite kat ko ke?, tu semua drama pukul 7 nk sedapkan hati sendiri je, masih anggun masih cantik yg sana gemuk hodoh dan tua. Org laki x pelulik pon dia lalui je apa dia da buat. Teringat mesti la teringat benda bersama lama dah mcm kita teringat musuh kita mcm kita teringat kata2 menyakitkan kita adakah tanda kita suka? Stop la imaginasi wahai wanita. Nek chah best camna pon sekarang hatinya penah terluka bilamana suami yg dikasihi pilih org lain. Semoga nek chah bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *