Salam perkenalan. Serba sedikit tentang saya, seorang wanita di awal 30-an, single, bekerja di syarikat swasta, introvert, BMI normal dan masih tinggal bersama parent.
Doakan urusan saya dipermudahkan untuk ada rumah sendiri (dalam masa 3 tahun lagi loan kereta da habis, baru fikir nak buat loan rumah. Heheee)
Seperti kebiasaan di umur begini, semua kawan sudah mempunyai keluarga sendiri, ada yang sudah ada rumah sendiri, bawa family pergi bercuti dan sebagainya.
Saya gembira tengok kejayaan kawan2 saya dan sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.
Tujuan confession ini adalah saya nak meluahkan apa yang saya simpan selama ini, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kehidupan saya dan saya terbiasa dengan hidup bersendiri.
Saya bebas buat apa sahaja yang saya teringin nak buat seperti pergi bercuti, tengok movie, pergi mall, check up doktor dan hampir semua saya boleh pergi sendiri.
Saya lebih selesa sendiri dan tidak mahu mengganggu kawan2 saya yang sudah berkeluarga jika hendak bersosial kerana saya faham mereka ada komitment lain yang lebih penting.
Yang bestnya tentang kawan2 saya, mereka sentiasa support dan ada dengan saya dan saya rasa teramat bersyukur kerana dikelilingi dengan persekitaran yang baik.
Baru2 ini parent saya bercadang nak kenalkan saya dengan kawan2 anak mereka sebab mereka risau akan kehidupan saya in future.
Ibu saya pernah cakap yang umur saya da masuk 30, tidak teringinkah nak berkahwin & berkeluarga, kawan2 saya semua da kahwin, katanya.
Nanti jadi anak dara tua, lelaki dah tak nak dan kalau masih tiada calon, mereka ada hak untuk carikan saya calon. At first saya rasa malu sebab saya rasa macam diri saya ni useless sangat dan tak laku.
Then bila saya fikir balik, saya dapat terima yang mereka hanya risau dengan saya. Walaubagaimanapun, saya tidak terima cadangan mereka, dan mereka akur dengan keputusan saya.
Saya ada abang, kakak dan adik. Semua kakak n abang saya telah berkeluarga dan masing2 dikurniakan dengan anak2 yang sihat.
Alhamdulillah.
Berbalik kepada soal kahwin ni, saya rasa saya masih tidak bersedia & tidak layak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri meski pula seorang ibu.
Dalam islam pun ada tertulis hukum2 tentang isu kahwin ni. Saya tidak pasti jika ada lelaki yang boleh terima kekurangan saya dan boleh bersabar dengan saya.
Saya mempunyai masalah saraf dan telah pon menjalani tiga kali pembedahan dan mungkin akan ada pembedahan lain in the future sebab saya masih ada check up dengan doktor dan tumor saya tidak dibuang sepenuhnya.
Saya rasa bersyukur sangat kerana ianya berjaya walaupon untuk kali kedua pembedahan itu agak merisikokan diri saya kerana saya ditempatkan di ruang ICU selama seminggu untuk pemantauan sebelum ditempatkan di wad biasa.
Sedikit info tentang penyakit saya. Ianya kebiasaan merupakan penyakit genetik (tetapi berbeza pula dengan saya sebab hanya saya ada penyakit ini berbanding parent dan adik beradik yang lain).
Ianya tumor yang tumbuh di sel saraf. Melalui pembedahan tidak menjanjikan ianya pulih sepenuhnya kerana sel itu boleh tumbuh semula. Plus, disebabkan itu saya ada tanda lahir yang sangat besar di bahagian badan saya.
Saya sendiri rasa insecure dengan keadaan fizikal saya. If nak tukar baju, saya akan pergi ke bilik kosong or bilik air kerana saya berkongsi bilik dengan adik.
Sebab saya malu dengan keadaan saya yang tidak sama dan sempurna seperti perempuan yang lain. Disebabkan itu saya rasa yang saya tidak mahu terlibat dalam alam perkahwinan.
Plus, apa yang membuatkan saya rasa tidak mahu berkahwin kerana probability untuk saya transfer penyakit ni ke anak2 tinggi.
Saya rasa serba salah jika saya menjadi penyebab bagi mereka nanti. Ianya akan memberi kesan yang hebat kepada emosi mereka.
Disepanjang saya belajar dan bekerja saya hanya menganggap lelaki yang saya kenal hanya sebagai seorang kawan dan tidak pernah buka hati saya untuk mana2 lelaki.
Sampai satu tahap saya pernah berdoa supaya hati saya ditutup untuk mana2 lelaki seperti itu juga mereka.
Mungkin disebabkan itu, saya tidak pernah terlibat dengan mana2 hubungan atau kata lain, saya tidak pernah bercinta.
Mungkin hati saya dah mati dan kosong.
Tetapi saya tidak dapat menidakkan fitrah sebagai seorang manusia sebab jika saya ternampak pasangan suami isteri, bawa anak mereka berjalan2, gembira dan pasangan atuk & nenek yang masih bersama di usia mereka, hati saya terdetik,
Tidak adakah peluang untuk saya rasa bahagia itu walaupun sekejap.
Tetapi bila saya tersedar ke realiti saya tahu ianya agak mustahil bagi saya dan memujuk hati saya dengan berfikir yang jodoh saya bukan didunia.
Saya juga pernah mengalami rasa sedih dengan keadaan diri saya diusia remaja dan selalu menangis sebelum tidur.
Tetapi semakin dewasa saya sudah boleh terima dengan keadaan saya dan mula belajar untuk tidak bergantung ke orang lain. Mungkin mata dan perasaan saya da terlalu penat dan imun dengan semua ini.
Saya tidak pernah menyalahkan takdir kerana ujian ini. Saya anggap ada hikmah disebalik semua ini.
Saya tidak pernah luahkan semua ini dengan kawan baik dan ahli keluarga yang lain. Saya tidak mahu nampak lemah dan sedih didepan mereka.
Akhir kata dari saya, saya memohon agar pembaca sentiasa mendoakan kesihatan dan urusan saya untuk beli rumah dipermudahkan. Saya harap doa yang baik juga berbalik ke kalian.
Jika korang ada kenalan or keluarga terdekat yang masih tidak berkahwin, mungkin mereka ada sebab tertentu. Bagi mereka masa dan berbincang dengan mereka.
Terima kasih, Assalammualaikum
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit